My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Sunday 30 August 2015

Mengulang dengar tidak salah, mengulang baca bertambah faedah

Masa adalah musuh utama bagi mereka yang sedang menyiapkan proposal atau tesis. Namun, masa tidak boleh disamakan dengan ilmu. Apabila kita merugikan masa, kita rugi sekali. Tetapi jika kita merugikan ilmu, kita rugi berkali-kali.

Mukaddimah ini ada kaitan dengan coretan saya kali ini.

Baru-baru ini saya memerhatikan satu senario yang membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman. 

Seorang rakan yang sedang menyambung pengajian PhD diajak oleh rakannya yang juga sedang belajar untuk sama-sama menghadiri kuliah oleh seorang Professor yang hebat dari sebuah universiti terkenal. Bukan calang-calang orang yang dijemput untuk berkongsi ilmunya dengan pelajar yg sedang berjuang mendapatkan PhD ini.  Maka, kuliah tersebut bukan sesuatu yang rutin. Sudah tentu banyak tips akan dikongsi. 

Namun apa yang menghairankan, walaupun berada di penghujung tempoh pengajian tetapi proposal masih belum lepas, bila diajak ke majlis ilmu sebegini, dia membalas,  'Alah dah dengar dah dulu, malaslah nak pergi'.

Saya faham, kekangan masa menjadikan kita terlalu berkira-kira dengan masa. Masa terasa amat suntuk untuk pergi duduk dan mendengar sahaja. Oleh itu, kita rasa cukup dengan mendengar sekali sahaja.

Lalu persoalan saya, adakah ilmu untuk didengari sekali sahaja? 

Sebenarnya, dari pengalaman saya sendiri membuat perkongsian ilmu melalui ceramah, walaupun tajuk ceramah saya sama, hakikatnya, pengisian tetap ada yang berbeza. 

Masakan tidak. Pengalaman belajar selama empat tahun, ditambah dengan pengalaman berhijrah dan berkelana di negara orang dengan keluarga yang besar, menjadikan intipati perkongsian saya boleh disentuh dari pelbagai sudut. Cara hadirin menunjukkan minat dan mengemukakan soalan akan mewujudkan satu atmosfera perkongsian yang unik bagi setiap audiens.   

Saya pernah beberapa kali ditanya dengan soalan yang sama oleh hadirin perempuan yang mempunyai  anak: 'Bagaimana Dr menguruskan anak yang ramai semasa mengaji?'

Jawapan saya pelbagai. Ini kerana pengalaman saya mengendalikan situasi tersebut rencam.

Saya berkongsi pelbagai tips yang timbul dari 'trial and error' secara langsung dengan anak-anak saya. Di satu sesi, saya sempat menyentuh tentang tip 'pelukan anak sebagai pembuang stress' manakala di sesi ceramah yang lain, saya berkongsi tentang 'peranan ibu sebagai ketua jemaah'.

Secara amnya, ia bergantung kepada wajah hadirin yang bertanya. Seolah-olah saya dapat rasakan apa yang dilaluinya.

Oleh itu, hadir ke ceramah yang tajuknya sama, tidak menjamin isu dan isinya sama. Audien berbeza membentuk iklim perkongsian yang berbeza. 

Jadi, jika anda adalah pelajar yang masih 'struggle' menyiapkan proposal atau tesis, jadilah dermawan yang menghulurkan telinga dan mendermakan masa untuk mendengar panduan dari mereka yang sudah tentu pernah melalui apa yang anda sedang lalui sekarang.

Pengalaman mereka dan anda tidak semestinya sama, tetapi ada yang tidak berbeza.

Siapa yang tahu, dalam 100 panduan yang dikongsi, ada satu yang anda amat cari-cari selama ini tetapi tidak disedari.

Oleh itu, mengulang dengar ibarat mengulang baca.

Keduanya terjalin dalam satu proses ampuh,
membentuk  titik bengek perjalanan yang perlu anda tempuh,
dalam mempercepatkan proses pengajian anda yang asyik tertangguh.

Mujahid ilmu,
terus bangunkan ummah berilmu.


Friday 28 August 2015

Menulis dan Butang ‘Pause' (DrNK)

‘Belajar Phd ni kena buat macam datang ofis- 8 jam sehari. Clock in dan clock out.”

Saya percaya ramai yang pernah dengar nasihat di atas. Seolah-olah ada mesin punch in (dan punch out?). Tetapi 8 jam yang bagaimana? Berterusan tanpa henti? Atau secara terkumpul dengan beberapa kali hentian?

Persoalannya, yang manakah antara keduanya yang memberikan kita semaksimum mungkin output dalam masa yang sedikit, dalam keadaan masa yang mencemburui kita?
Saya pernah tersilap memahami kaedahnya.  Tidak bangun-bangun dari kerusi dengan niat untuk menulis. Semata-mata nak kumpul 8 jam. Nak fokus 8 jam bekerja; tak mahu rugi masa ke sana ke sini. Duduk je sepanjang hari mengadap’ skrin komputer.

Saya akan memaksa diri untuk berfikir walaupun idea dah tidak muncul-muncul lagi. Saya lihat jam. Belum pun sampai 4 jam. Duduk lagi. Merenung komputer. Cuba memerah idea.

Tapi pengalaman mengajar saya. Setiap kali berkeadaan begitu iaitu tidak produktif lagi, seolah-olah ada satu paksaan ke atas saya untuk bangun.

Tetiba rasa nak ke tandas, tetiba rasa nak minum segelas hot chocolate. Dan  saya perhatikan, ia sebenarnya bukan ‘bangun’ yang kosong,

Selepas beberapa kali memerhatikan baharulah saya dapat formulanya. Ia mengembalikan produktiviti saya!

Setiap kali rasa ‘sayang’ meninggalkan kerusi itu bermaharajalela, walhal apa yang dibuat hanyalah berkhayal dan merenung skrin sahaja, maka saya ‘paksa’ diri bangun.  

Ajaibnya, apabila bangkit sahaja dari kerusi, dan beberapa langkah meninggalkan kerusi kesayangan saya, perlahan-lahan idea-idea mula muncul; corak-corak untuk  menyambung penulisan menjelma.
Rupanya benar. Mengikut Dr. Chuck Hillman, pelajar yang ‘exercise’ sebelum exam dapat ‘perform’ dengan lebih baik.  Iaitu mereka yang melakukan pergerakan fizikal yang banyak sebelum aktiviti otak berlaku, dapat berfikir dengan lebih produktif.

Maka, saya gunakan formula butang ‘PAUSE’.  Bangun dan bergerak dari kerusi.
Sebenarnya apa yang saya lakukan ialah melakukan ‘exercise’ terhadap otak saya.
Ia tidak susah untuk difahami secara saintifik. Peredaran darah, tarikan dan hembusan nafas, pengambilan masuk dan pengaliran oksigen. ianya adalah satu keperluan bagi badan dan otak yang sedang bekerja.
Jadi, nasihat saya, bila sudah tidak produktif, tekanlah  butang ‘PAUSE’. Lakukan ini secara interval.

Buat-buatlah ke dapur. Bancuhlah minuman kegemaran anda atau bancuhlah minuman untuk pasangan atau anak-anak anda.

Ataupun sekadar untuk membasuh muka.
Malah lebih baik lagi, jika secara interval, anda bangun lalu mengambil wuduk.  

Carilah apa sahaja alasan agar otak anda dapat ‘exercise’ dengan berjalan dalam jarak yang dekat di sekitar rumah anda.

Amaran! Jangan menuju ke TV dan buka saluran kegemaran anda; kerana jika anda  lupa ‘jalan pulang’,  ia adalah malapetaka.

Cubalah.

Jangan lupa, kongsikan dengan saya apa yang anda rasai sebelum dan selepas kembali ke kerusi kesayangan anda.

Thursday 27 August 2015

alim ulamak dan sarjana

Dalam masysrakat kita, pemahaman dr segi bahasa:

Alim ulamak= org berilmu agama

Sarjana= orang berilmu/pakar dalam bidangnya


Alim=> ilmu (perkataan dasarnya) => sarjana

Berlainan ejaan namun membawa konotasi yang sama.

Marilah kita 'mencari' ilmu.
Istiqamah dalam 'mencari'nya adalah jihad kita.
Jihad dalam memperolehinya membezakan kita dengan mereka yg tidak melakukannya.

Monolog: Menulis dan bercinta (Motivasi buat Mujahid Ilmu)

Monolog: Menulis dan bercinta (Motivasi buat Mujahid Ilmu): Bercinta? Hari- hari nak jumpa, luah perasaan. Lama tak bersua, rindu-rinduan. Selalu sangat jumpa, bosan. Lalu berlaku episod gaduh-gad...

Ummah berilmu?

Ayuh bangunkan ummah berilmu,
kerana maruah agama diamnya di situ,
Tidak akan sewenangnya ia dipalu,
Dek musuh yg kerjanya membambu,
Asal sahaja peluang bertamu.

Bukan salah musuh membambu,
Peluang dicipta dek kelekaan dirimu,
Jangan hingga nangismu tidak berlagu,
Melutut merayu tidak lagi laku.

DrNK

Menulis dan bercinta (Motivasi buat Mujahid Ilmu)

Bercinta?
Hari- hari nak jumpa, luah perasaan.
Lama tak bersua, rindu-rinduan.
Selalu sangat jumpa, bosan.
Lalu berlaku episod gaduh-gaduh sayang-Missed calls, mesej tiada balasan,
Merajuk konon, jadi pendaam
Bila bertemu kembali, macam2 nak dibualkan...


Menulis?
Hari- hari mesti nak menulis walau satu perkataan.
Selalu-selalu sangat menulis, dia mai rasa bosan.
Time rindu nak menulis, idea pulak tak datang.
Time banyak idea, mood nulis pulak hilang.

Tapi satu perkara yg perasan...
Komputer hari-hari nak kena pasang,
Menulisnya yang belum tentu kesampaian...

Jadi bercinta dalam menulis satu kemestian.
rasa cinta itu perlu dicipta, diwujudkan.
Merajuk lama-lama tidak bawa pulangan.

Mujahid ilmu, ayuh selesaikan perjuangan!

DrNK

Hadis: Ilmu bukan untuk meremehkan

Hadis menuntut ilmu

Hayati hadis ini dan ikhlaskan diri kita dalam menuntut ilmu.

 عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ لِيُبَاهِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيَصْرِفَ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ فَهُوَ فِي النَّار. رواه ابن ماجه.

Dari Ibnu Umar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa menuntut ilmu untuk meremehkan orang-orang bodoh, atau untuk mendebat para ulama, atau untuk menarik perhatian manusia, maka ia akan masuk ke dalam neraka." HR Ibn Majah (249)

NViVO, Doraemon dan Mesin Ajaib

Santapan minda buat mujahid ilmu (terutama diriku yang msih terkial-kial berkelana mencari ilmu)

Baru-baru ni saya terdengar perbualan di antara dua orang pelajar PhD di dalam sebuah perpustakaan. Mereka sedang berkira-kira untuk membeli perisian NViVo dengan penuh semangat. Dalam perbualan mereka, saya dapat mengesan salah faham tentang fungsi perisian NViVO - masukkan sahaja data temu bual dalam NViVo dan tema-tema akan dijana secara otomatik.

Ini satu fahaman konsep yg membimbangkan dalam kalangan pelajar lepasan ijazah. Tambah membimbangkan jika fahaman ini dipegang oleh pelajar ijazah lanjutan peringkat PhD.

Jika boleh saya analogikan, fahaman tersebut ibarat begini: kita masukkan kad ATM ke dalam mesin dan taraaa! Duit pun keluar (itupun jika akaun berduit).

Atau begini: kita adalah Doraemon yang sedang memegang mesin ajaib dan sambil berkata 'Keluarkan Temaaa!' maka membuak-buak tema yang keluar sebagai dapatan kajian kita.

Lalu dengan rasa kasihan dan niat ingin membantu, saya beranikan diri menanyakan

beberapa soalan kepada mereka, yang boleh saya ringkaskan begini:

1. Berapa kali telah dengar rakaman temu bual tersebut?


2.Sudahkah ditranskrip temubual tersebut?

Jawab mereka: Oh belum lagi...nanti kami masukkan semua tu dlm NViVo lah... Nanti dia analisislah.

Nah, ini kesilapan besar. Tanpa mendengarnya sendiri berulangkali, sebelum melakukan transkripsi, kita tak mungkin dapat memulakan analisis kerana proses mendengar data berulangkali adalah sebenarnya permulaan analisis (pra-analisis).

Kenapa?

Proses mendengar temubual perlu dilakukan berulang kali kerana ia merupakan peluang untuk kita mula mengesan kod-kod dan corak-corak awal data tersebut. Sambil mendengar kita boleh membuat beberapa catatan atau 'memo'.

Bila kita mentranskripsikan temu bual, sekali lagi kita mendengarnya dan pada waktu ini kita sepatutnya telah dapat menangkap kod-kod yang berpotensi untuk dikumpulkan.

Setelah itu, baharulah kita memasukkan transkripsi ke dalam mesin NviVo.

Proses pra-analisis di atas dilakukan secara manual.

Akhir sekali saya tanya, sambil mata saya melilau ke serata meja mencari sebarang buku rujukan yg mereka gunakan 'Sudahkah dirujuk, dibaca dan difahami buku-buku berkaitan prosedur analisis data kualitatif?'

Belum.

Nah. Anda pembaca dapat kesan silapnya?

Kelihatannya, mereka tidak faham 'requirement' atau 'prerequisite' sebelum gunakan NViVo atau sebarang perisian menganalisis.

NViVo bukan mesin Doraemon di mana kita boleh membuat hajat meminta segala dapatan keluar. Kitalah (penyelidik) yang akan menentukan bagaimana tema itu keluar. Kitalah yang perlu menetapkan kod-kod yang timbul dari data.

Kesimpulannya, dalam pendekatan kualitatif, kitalah (penyelidik) instrumen sebenar dalam penyelidikan. Kitalah yg menentukan kod, kategori dan akhirnya tema dari data itu. NViVo atau apa sahaja cuma mengikut arahan seperti mana mana yg kita arahkan.

Jadi, belajarlah menganalisis secara MANUAL dahulu. Kemudian, baharulah kita boleh menjadi Doraemon yang berhajat kepada mesin ajaib NViVO untuk menguruskan data kita.

DrNK 27 Ogos 2015