My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Tuesday 22 September 2015

Cangkir yang kosong, menarik ilmu dengan lebih mudah

Cangkir yang kosong, menarik ilmu dengan lebih  mudah (DrNK)

Terdapat satu petua yang boleh kita aplikasikan semasa  kita sedang mencari ilmu baharu: mengosongkan cangkir sebelum melangkah masuk ke 'dewan ilmu'.

Apakah maksudnya?

Begini. Seringkali apabila saya menghadiri sesuatu majlis ilmu, untuk mendengar kuliah atau sebagainya, seboleh-bolehnya saya akan mengosongkan cawan yang saya bawa.

Ia agak sukar sebenarnya. Kecenderungannya adalah untuk membawa bersama-sama saya 'secangkir "kopi" yang telah penuh'.

Apa berlaku jika kita membawa cawan yang 'readily' penuh ke dalam majlis ilmu?

Akan berlaku 'state of denial'. Otak kita cuba 'reject' apa yang kita baru nak belajar.

Ini kerana kita tidak letak atau tidak 'set' objektif pada minda untuk menadah ilmu baharu.

Jadi, minda tidak dapat beri isyarat kepada pancaindera untuk "ALERT' apabila isyarat 'ilmu baharu' sedang blink-blink. Telinga jadi kurang peka, mata jadi kurang perasan, hidung jadi kurang bau, tangan jadi kurang nak mencatat, dan seumpamanya.

Sudahnya, saya keluar dari 'dewan ilmu' tanpa dapat intipati baharu. Masih tidak boleh apply teknik-teknik yang disampaikan.

Jadi, saya cuba ubah. Bila ingin mencari sesuatu yang baharu dalam apa yang saya lihat, dengar atau baca, saya letak radar otak saya dalam ZON MERAH. Dan saya pastikan, antena 'kritikal' dipasang bagi memudahkan isyarat tersebut dikesan.

Cubalah. Namun, jika anda mengantuk, sediakan secangkir kopi panas untuk diminum, bukan untuk menjadi perisai menghalang tembusan ilmu baharu! OK Mujahid ilmu. Selamat maju jaya!




Friday 4 September 2015

Menilai ni'mat dalam ujian, mengukur ujian dalam ni'mat

Menilai ni'mat dalam ujian, mengukur ujian di dalam ni'mat (DrNK)

Sesetengah orang lancar perjalanan mengaji.
Sesetengahnya pula penuh onak dan duri.
Inilah yang menambahkan rencah ratus cerita PhD.
Menjadikan ia tidak habis-habis dikongsi.

Tatkala kedua-dua peristiwa berlaku di depan mata kita,
akhirnya kita menjadi saksi kepada kejayaan kedua-dua mereka,
Walau pun coretan di diari laluan kejayaan jauhnya berbeza.

Di satu buku catatan
terselit cerita penyelia kematian, bahan kecurian, anak kesakitan,
lalu, mengutip kesukaran sebagai latihan  kesabaran.
Tawadhu' menjadi peneman.

Siri demi siri dalam episod penghambaan,
menyaksikan airmatanya berguguran,
lembut air mata itu, akhirnya menguatkan fikiran,
sejuk air mata itu, akhirnya memanaskan semangat perjuangan.

Tidak putus asa,
berserah dalam usaha,
tawakkal dalam doa.

Lalu terbinalah resepi kejayaan.
Terbangunlah 'substance' personaliti ilmuwan.

Usai kegetiran, perkongsian kejayaan menjadi lazat.
Nilai sebuah ujian. Bertukar menjadi ni'mat.

Di ketika yang lain, seorang rakan merakam catatan
penyelia tidak berkerenah, keluarga tidak bermasalah.

Kurang 'ujian', kurang air mata berguguran. Akhirnya, berjaya.

Gembira? Iya.
Ni'mat? Juga Iya.
Namun nilainya, bagaimana?

Itulah kisah kejayaan yang sama namun berbeza laluannya.

Lalu, apa yang biasanya dikutip dari kejayaan ini?
Apa pula yang dijaja dari kegemilangan ini?
Baik oleh yang mengalaminya atau oleh yang memerhatikannya?

Dalam kedua-dua hal di atas, ia tergantung kepada pemikiran pemiliknya.

Andai yang mudah berjaya bangga mengatakan ia faktor kepandaiannya,
ni'mat yang kembali menjadi ujian padanya.

Andai dia akan jadi lebih tawadhu' mensyukuri kesenangan yang dilimpahi kepadanya,
ni'mat yang membuahkan ni'mat kepadanya.

Pokok pangkalnya adalah nilai altruisma pada ujian dan ni'mat.

Baiklah. Tinggalkan sebentar kisah mereka berdua ini.

Persoalannya, diri kita ini. Apabila kejayaan sudah digenggami, kita telah berada di puncak tinggi, pemikiran yang bagaimana kita miliki; secara kendiri dapat melihat ujian itu satu ni'mat dan ni'mat itu satu ujian, atau orang lain yang melihat ni'mat yang kita miliki sebagai satu ujian buat diri kita?

Bagaimana kita melihat setiap peristiwa dialami, sebagai proses membangunkan diri?

Lalu, saya teringat satu analogi, seorang rakan telah berkongsi: 'money make money'.

Orang yang bijak mencipta kekayaan, mampu mencipta siri-siri kekayaan lain melalui pelaburan asasnya.

Begitulah juga halnya dengan ilmu, jika dipandang dengan lensa ilmuwan, jika difikir beracukan alQuran, sesuatu kejayaan akan membuahkan 'kejayaan intrinsik' yang lain.

Ilmu menjana ilmu. Ibadah menghasilkan ibadah.

Lalu, terpulang kita.
Menilai ni'mat dan ujian dalam satu pengukuran ketaqwaan, adalah peluang penjanaan 'ilmu' yang berpanjangan.

Cebisan renungan buat diriku sendiri. Alhamdulillah. Astaghfirullah.

www.norlizakushairi.blogspot.com
FB:Norliza Kushairi Eyja