My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Thursday 29 October 2015

"Makin baca makin rasa tak tahu", ibarat menuju lubuk emas!

"Makin baca makin rasa tak tahu", ibarat menuju lubuk emas!

Semasa saya di universiti dahulu, oleh kerana universiti saya melanggan jurnal dari pelbagai penerbit dan mempunyai akses kepada pelbagai pangkalan data, saya tidak ada masalah yg besar apabila mecari artikel yang penting untuk saya baca.

Namun masalah timbul apabila saya nak menulis atau mengulas artikel tersebut kerana supervisor selalu beritahu yang penulisan saya masih lemah, unsur kritikal tidak mantap; Sepertinya saya membuat laporan sahaja, katanya.

Masa tu SV tidak sebut pasal 'voice'. Dia hanya kata penulisan saya 'woobly'; tak sampai ke tahap yang dia nak. Dia tak pulak ajar saya bagaimana nak tulis seperti dia hendak. So saya bawa balik draf penulisan saya tu dan cuba tenung-tenung lagi macamana nak baiki penyampaian idea saya tu. Sampai ke tahap saya dah buntu macamana lagi nak baiki tulisan saya.

Jadi saya sering ke perpustakaan, duduk berjam-jam  membaca thesis orang lain. Waktu begini, saya tidak baca contentnya, saya cuma 'study' gaya mereka menulis.  Rasa kagum selalu menyelubungi saya terhadap bakat mereka!

Lepas tu saya akan rasa hiba dan menangis bila mengenangkan di mana saya.

Kenapa saya sebagai orang Islam tidak boleh tulis sedemikian, walhal ilmu itu adalah milik Pencipta saya yang saya imani, dan saya sembah setiap hari? saya tidak cukup 'berdoakah'- minta ilmu tu diizinkan keapda saya?

"Ya Allah Kau Maha Pemurah, Kau berikan ilmuMu kepada sesiapa sahaja yang berusaha tanpa mengira siapa mereka."

Lalu saya berkata kepada diri, saya mesti berusaha dapatkan skill menulis ni sebab saya beriman padaNya, pemilik ilmu ini.

Maka saya teruskan pencarian saya, di kedai-kedai buku, di perpustakaan, di laman-laman web. Blackwell, Borders juga Oxfam adalah kedai buku berhampiran univrsiti yang selalu saya 'lepak' untuk menggali buku-buku sedemikian. Berjam-jam saya membelek-belek buku ni, membelek-belek harganya sekali. Kadang-kadang cecah ratusan ringgit. Haduii....

Jika harganya terlalu tinggi, saya akan ke amazon. Cari used book. Boleh la dapat dalam GBP10-GBP20 jika buku-buku masih baru dan dari kualiti yang baik. Bagus juga teknik saya ni, sebab saya boleh selami intipatinya dahulu dan kemudian baru membelinya online. Kerana dalam talian, tak puas saya nak review contentnya.

Bila saya beli buku2 tu, saya terpaksa 'catu' wang belanja saya makan untuk beberapa hari. Kerana duit pound sterling waktu tu ialah GBP1= RM7. Kos sehari makan saya jika saya beli makan tengahari yang murah ie shawarma dalam GBP5=RM35 sehari (wah..sedapnya..'terngiang-ngiang' rupa daging dan rasanya :)).

Bila musim kering sebegitu, saya cuma makan roti dari rumah dan minum air masak banyak-banyak. Kadang-kadang hanya dengan dua keping roti dan berbotol air masak dari jam 7.30 pagi hingga jam 11 malam di universiti. Tapi, alhamdulillah, perut saya tak pulak lapar waktu tu.

Walaupun saya terpaksa menanggung akibat iaitu catu dan ikat perut selama beberapa hari kerana beli buku-buku tu, tapi saya rasa sayalah orang paling kaya waktu tu. Kerana, ni'mat memiliki buku tu seolah-olah macam dapat seketul EMAS. Saya akan cuba hadam tips-tips dalam buku tu sehinggalah satu hari SV saya kata 'Eyja! You have made huge improvement'. Selang 3 bulan lepas tu, sedar-sedar saya dapati saya di dalam bilik menghadapi viva.

Ni'mat menemui, membaca dan menghadam ilmu-ilmu dari penulis hebat sebegini subur hingga ke hari ini.

Hari ini, jika saya dapat jumpa buku, artikel atau sumber yang dapat membuatkan saya rasa macam 'makin banyak yang tak tahu', saya rasa sayalah orang paling kaya,  kerana pada saya, apa yang "ditemukan kepada saya" dari "rasa tak tahu" itu ialah "lorong-lorong" menuju LUBUK EMAS! *

* Nota:
1. Frasa "ditemukan kepada saya" read: kerana dengan izin Allah Dia membawa saya kepada ilmu ini
2. Metafora 'menuju LUBUK EMAS' merujuk kepada 'menjadi ilmuwan')






3 comments:

  1. Thanks for sharing your great journey dr, leh bg tips x mcm ne nk tau buku/journal tu bgus or x :)

    ReplyDelete
  2. tq. kena tgk objektif kita cari buku tu.

    jika journal (journal or artikel, kena tahu beza), lihat impak faktornya, lihat siapa reviewernya, editornya etc.

    jgn pilih predator jurnal. ada list jurnal yang blacklisted dalam google. boleh cari

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dr.
    Thank you for sharing your journey to 'Lubuk Emas'.

    ReplyDelete