My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Saturday 29 July 2017

Author Voice: Genetik Hukama Anda

Saya nak berkongsi sikit sblm malam labuhkan tirainya. Since group ni terdiri dr mereka yg tengah sambung mengaji.


🌹🌹🌹🌹🌹
Monolog sarjana:

Kita tdk blh lari dr kemahiran menulis. Menulis utk tesis  adalah satu proses yg memerlukan kemahiran berfikir yg tinggi. Yg membezakan *seorang sarjana yang sedang dibikinkan* dan bukan sarjana adalah pemikirannya yg diterjemahkan mlli penulisan tesis yg baik.

Tesis adalah suara pemikiran, *voice* kita sebagai penyelidik, yg ingin mengemukakan hujah based on apa yg kita dapati dr proses pengkajian kita yg bertahun-tahun.

Berbekalkan sedikit peluang dan pengalaman  proofread tesis atau artikel orang lain, ramai  masih tidak dpt menulis dengan voice sendiri (termasuk saya yg masih lagi tekun menggilap bakat).

Apabila membaca tulisan dari seorang sarjana, baharulah kita tahu di mana kita. Jika kita tidak tersentak, maka jauh lagi perjalanan kita.


Kebanyakan draf tesis yg saya proofread setakat ini, ia sekadar laporan sahaja. Ambil sini dan cedok sana lalu jadilah ia satu perenggan.

Nahi!Nahi! Itu bukan *tesis*. Itu aktiviti *copy* *and paste*.

Saya pun masih belajar. Tesis saya dahulu pun bukan sempurna dan terbaik. Cuma saya sempat sedar tentang voice apabila digesa untuk baca, baca dan baca oleh SV saya yang tegas.
"Eyja, your writing is still wobbly. Tighten it up'.
Belati yg menusuk kalbu! Sudah lima draf, masih blm diterima. Itulah proses belajar saya.

Proses baca-baca-baca tanpa henti itu akhirnya memberi acuan kpd minda saya ttg lenggok bahasa akademik yg mempunyai karisma, yang bersuara di dalam bait2 tinta, disulam dalam ayat2 perkasa yg menggemakan *suara si* *penulis*, walaupun kertas itu tidak bersuara.

Adalah satu proses yg sukar utk membuat acuan pemikiran  aras tinggi yg sama seperti sarjana itu, kpd penulisan saya. Hingga hari ini saya masih belajar. Dan kerana saya sedar kesilapan saya yg lalu semasa melakukan PhD, saya tidak mahu anda menjadi mangsa seterusnya dalam alam digital yang membuka peluang yg luas utk aktiviti kopipes tanpa maruah.

Jadi belajarlah tanpa jemu menghasilkan *voice anda* dalam tesis. Anda akan rasai perubahan dalam pemikiran jika anda menghayati makna kesarjanaan.


We are scholars in the making. Let's make ourselves be seen - as scholars!

drkushairi.proofread@gmail.com

#Passionate proofreader trademark#

Fill in this form (http://jomshare.info/passionate-proofreader) to get academic service from drkushairi


No comments:

Post a Comment