My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Saturday 27 January 2018

Bila pelajar PhD kata 'part paling saya tak suka ialah membaca'

DrNK-Scholarly words, [27.01.18 21:04]
🍀💥☕️🍾🍼🍎🌶🍭Sketsa sarjana (Siri Orang Tua Belajar)

Seorang rakan menghadiri satu bengkel postgraduate pd suatu hari yg indah....

Semasa berbengkel seorang pelajar/peserta memberitahu:  "saya ni perkara paling saya tak suka ialah membaca... tapi datang sini sebab dah dapat HLP dan cuti pun dah lulus".

Lalu, dengan bersahaja (tanpa ada rasa bersalah) dia meminta rakan saya tu membantunya handle that ‘paling tak suka membaca’ part. In other words, dia meminta rakan saya ‘membaca’ dan ‘mengulas’ (literature review) untuknya.

Startled in disbelief, my friend just said: Puan, pernah dengar ttg peribahasa ni, ‘lembu punya susu, sapi dapat nama?

Dia mengangguk-angguk.

Kawan saya sambung:
Kenapa ada peribahasa tu Puan?

Dia senyap.

Kawan saya kata lagi:
’nak buat PhD memang kena baca sendiri puan, benda tu tak dapek la saya nak nolong... itu kan research puan sendiri.
Kalau Puan upah saya pun, tak de maknanya. Saya dapatlah ilmu dan ganjaran RMnye... tapi Puan dapat apa?
Esok2, ilmu tu juga yg Puan nak kongsikan dengan orang lain nanti. Masa tu Puan akan nyesal tak usaha sendiri. Dah byk kes Puan, akhirnya terbongkar PhD jika tak genuine prosesnya’

Saya, yang mendengar kisah ini rasa terheran dan terkesima. Adakah ini ujian utk penerima HLP tu tadi?

Adakah ada trenda mereka suka-suka memohon HLP dan apabila dapat mereka suka suka kata ‘tak suka membaca’. OhMyGod! 🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️


Ramai di luar sana mengharapkan privilege HLP ni.

Jika niat tak berapa betul semasa memohon HLP tapi Allah rezkikan juga HLP despite our intention, maka pada pandangan saya, ia sebenarnya satu ujian dr Allah, utk melihat sifat amanah kita.

Ramai yg genuinely memohon tak dapat, tapi yang ‘suka suka mohon’ dapat. Ujian lah kan? It’s simple.


“Wahai orang2 yg beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah juga kamu mengkhianati amanah yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui” (al-anfal:26-33)

Jadi, berfikirlah apabila memperolehi satu peluang.

Orang yang berjaya mengambil peluang

Orang yang gagal mensia-siakan peluang

Orang yang hebat mencipta peluang.


HLP adalah rezki, rezeki adalah ni’mat dan ni’mat adalah satu ujian.

Wallahua’lam...
DrNK
https://norlizakushairi.blogspot.com/2018/01/sketsa-sarjana-siri-orang-tua-belajar.htm