My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Friday 6 April 2018

DIlema seorang guru (FB Post)

Dilema seorang guru:
"Hari Ahad ni ada kelas, tapi mesyuarat pulaakk..
minggu lepas outstation, kelas pun tak ganti lagi...macamana ni? ISO audit, teruk nanti..."
Anda pernah berada dalam situasi begini?
Apa yang anda rancang nak buat untuk atasi masalah ni?
Buat kelas gantilah kan, sudah tentu. Tapi banyaknya nak ganti...6 jam....
Pengalaman saya, dalam keadaan begini, kalau 2 jam pun dah penat, apatah lagi hingga 3-4 jam dan seterusnya....mutu pengajaran kita pasti menurun. Dalam masa yang sama, kita nak cover silibus, jadi naklah mengajar/bagi kuliah (jika di uni) juga, kan?
Jangan bimbang. Anda boleh elakkan kualiti pengajaran menurun apabila kelas melebih sejam...
Jangan beri kuliah sewaktu interaksi bersemuka tersebut. Haah! Habis tu bila nak habis silibus????
sabar....beberapa tips dari pengalaman saya guna pedekatan Flipped Classroom...sekadar berkongsi...
1. Sediakan bahan kuliah lebih awal dan rakamkan pengajaran anda (buat video). atau cari video dalam internet (khan acedemy, sephia.orglynda.com, you tube...contoh)
2. Arahkan pelajar tonton video tersebut. Pastikan semua sudah menonton. Bagaimana? upload dalam edpuzzle (sebagai contoh) dan anda boleh monitor pelajar anda yang sudah dan belum menonton (mekanisma kawalan dan pemantauan).
Boleh juga edit video tersebut guna edpuzzle dan buat kuiz di dalamnya. Jadi, pelajar menonton sambil menjawab soalan. Memang menarik.
3. Semasa interaksi bersemuka pula, banyakkan hands-on. Beri kuiz, tutorial, amali, mini-projek, bentang berdasarkan tugasan yang diarahkan di dalam video tadi. macam-macam la boleh buat...janji guru kreatif mereka aktiviti untuk pelajar.
4. Selang selikan dengan penerangan (saya namakan mini-kuliah atau just-in-time teaching) jika perlu bg individu atau kumpulan pelajar yang perlukan.
Ingat yer sahabat-sahabat, Flipped Classroom ni bukan mengharamkan kuliah ye...cuma dia optimumkan kegunaan kuliah (khutbah guru) tersebut.
5. Dekatkan diri dengan setiap pelajar. Pergi kepada mereka secara individu dan tanya khabar "how're you doing...boleh buat...faham tak? ....contohhhh...
Kalau depa tak faham, demonstrate. di sini praktikkan kemahiran menyoal aras tinggi untuk rangsang pelajar berfikir. jangan dmeo, spoon feed ajer...
6. Spot pelajar yang advance sikit. gunakan mereka untuk ajar rakan yang lambat sikit (peer learning)....
hmm apa lagi...
ala..sebenarnya korang lagi hebat dan berpengalaman...kongsila apa korang buat yer...
dapat pahala...
sekian. corat coret jumaat. semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment