My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Monday 20 August 2018

Mengulang dengar tidak salah, mengulang baca bertambah faedah (Part 2)

Mengulang dengar tidak salah, mengulang baca bertambah faedah.

Masa adalah musuh utama bagi mereka yang sedang menyiapkan proposal atau tesis. Namun, masa tidak boleh disamakan dengan ilmu. Apabila kita merugikan masa, kita rugi sekali. Tetapi jika kita merugikan ilmu, kita rugi berkali-kali.

Mukaddimah ini ada kaitan dengan coretan saya kali ini.

Baru-baru ini saya memerhatikan satu senario yang membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi sedikit panduan.

Seorang rakan yang sedang buat PhD diajak oleh rakannya yang juga sedang belajar untuk sama-sama menghadiri kuliah oleh seorang Professor dari sebuah uni terkenal. Kuliah tersebut bukan kuliah rutin. Ianya atas jemputan khas. Bukan calang-calang orang yang dijemput untuk berkongsi ilmunya dengan pelajar yg sedang berjuang mendapatkan PhD ini. Telah banyak kali penganjur cuba mendapatkan Professor ini dan baharu kali ini Professor dapat memenuhi jemputan. Sudah tentu banyak tips akan dikongsi. 

Namun apa yang menghairankan, walaupun berada di penghujung tempoh pengajian dan proposal masih belum lepas, namun bila diajak, dia membalas,  'Alah dah dengar dah dulu, malaslah nak pergi'. 

Lalu persoalan saya, adakah ilmu untuk didengari sekali sahaja? 

Sebenarnya, dari pengalaman saya sendiri membuat perkongsian ilmu melalui ceramah, walaupun tajuk ceramah saya sama, hakikatnya, pengisian tetap ada yang berbeza. 

Masakan tidak. Pengalaman belajar selama empat tahun, ditambah dengan pengalaman berhijrah dan berkelana di negara orang dengan keluarga yang besar dalam mengejar ilmu, menjadikan pendekatan ceramah unik bagi setiap audiens.  

Dan dari pemerhatian saya, sebahagian besar pengisian ditentukan oleh reaksi atau respon hadirin.  Cara hadirin menunjukkan minat dan mengemukakan soalan akan mewujudkan satu atmosfera perkongsian yang unik.

Saya pernah beberapa kali ditanya dengan soalan yang sama oleh hadirin perempuan yang mempunyai  anak: 'Bagaimana Dr menguruskan anak yang ramai semasa mengaji?'

Jawapan saya pelbagai. Ini kerana pengalaman saya mengendalikan situasi tersebut rencam.

Jadi dalam sesi ceramah tersebut saya sempat menyentuh tentang beberapa tip manakala di sesi ceramah yang lain, tip lain pula yang terlintas di fikiran saya untuk dikongsi, apabila terpandangkan wajah hadirin tadi.

Oleh itu, hadir ke ceramah yang tajuknya sama, tidak menjamin isu dan isinya sama. Audien berbeza membawa isu yang berbeza. 

Jadi, jika anda adalah pelajar yang masih 'struggle' menyiapkan proposal atau tesis, ulanglah mendengar tip-tip melalui sesi perkongsian pakar.

Tidak salah menjadi begitu pemurah menghulurkan telinga dan mendermakan masa untuk mendengar panduan dari pakar-pakar yang sudah tentu pernah melalui apa yang anda sedang lalui sekarang.

Mungkin koleksi manfaat yang ditimba  dari mengulang dengar, dapat membantu mempercepatkan proses pengajian kita yang asyik tertangguh. Mengulang dengar, mencatat dan mengulang baca adalah titik bengek dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti. 

*******
Kadang-kadang soalan yang ditanya audiens juga mewujudkan iklim perkongsian yang unik dari satu ceramah ke ceramah yang lain. dari situlah, tips-tips secara spontan yang berasaskan pengalaman akan timbul. 

Sebagai contoh, saya ditanya oleh seorang hadirin perempuan, bagaimana Dr uruskan anak yang ramai semasa mengaji?

Intipati jawapan saya pada hadirin ini pada asasnya sama tetapi gaya penyampaian  saya tetap berbeza berbanding semasa saya ditanya sebelum ini.Kerana saya akan bertanya hadirin tersebut erapa orang anak yang beliau miliki dan berapa umur mereka. Saya ada anak dari pelbagai aktegori umur semasa mengai dulu dan dalam masa yang terhad saya hanya mampu ceritakan apa yang paling relevan dengan beliau. 

Di waktu lain pula, apabila soalan yang sama ditanya oleh hadirin lelaki, pendekatan saya berbeza pula. Ada tip-tip unik yang saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan lelaki yang sama-sama belajar. 


No comments:

Post a Comment