My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Monday 6 August 2018

Oh! That 'dreadful' practicum...sigh!!!

Practicum phase is often a nightmare to most trainee teachers. But hey! not to all!

Quite a number of them enjoyed the period and came out with flying colours outwitting the initial judgment they had during the early days at school.


Here are some tips (or could I say lines of motivation) to my beloved trainee teachers out there.
Sorry, the language is mixed up, as I scribbled in my mobile in between other tasks.

This note was written pursuant to the observation done today. I transferred it here in its original draft which I shared with my students via my mobile.

*********************
Sedikit refleksi/ maklumbalas dr saya:

Banyak lagi ruang2 penambahbaikan, antaranya:

1) cara penulisan RPH yang ke arah student centred

Ramai pelatih cenderung menulis ‘Guru’ sebagai aktor utama dlm aktiviti
Cth:
Guru menerangkan..
Guru membuat kesimpulan...


Penulisan sebegini menyebabkan guru tidak melihat bhw aktor utama dlm sesi PdP adalah murid. Jadi ia menyebbkan sesi PdP didominasi tingkahlaku guru sebagai ‘pengajar’ sahaja.

Walhal yg sewajar berlaku di abad ke-21 ialah *guru berperanan sebagai ‘mentor, coach atau fasilitator’.* dan ini perlu digambarkan di dalam penulisan aktiviti pdp.

Penulisan sebegini juga tidak berjaya menekankan peranan guru sebagai *‘learning designer’. *
Selalu pelatih lupa bahawa mereka (iaitu guru) adalah *learning designer not only a transmitter of knowledge.*

Persepsi ini harus diubah pd abad ke-21 ini.
Antara dua peranan ini besar perbezaannya.

Cth:
Murid *berbincang * prosedur ujikaji di dalam kumpulan dengan bimbingan guru (elak *guru menerangkan* prosedur ujikaji)
Murid diperiksa kefahaman melakukan ujikaji melalui penyoalan guru secara individu, berkumpulan dan kelas, sblm ujikaji dilakukan.

... contoh sahaja tu... mungkin ada cara lain yg lbh baik. Rujuk SV anda.

2. Pentaksiran: saya dapati bahagian ini merupakan *the biggest grey area* bg para pelatih. Bhgn ini perlu didokumentasikan dengan jelas dan meyakinkan.

Rujuk Zubair dan Michele kalau nak belajar apa yg saya kongsikan. Ttp mgkn apa yg saya kongsi tidak begitu bagus lgi. Jika ada rakan2 lain yg ada idea yg dikongsi oleh SV masing2, kita boleh belajar dr satu sama lain. Sbb kita sedang dlm proses pembelajaran. We are co-learners.

3. Dokumentasi:

Mengimbas kembali, Pelajar tak ramai cemerlang praktikum kerana aspek dokumentasi yg lemah jd kita kena sama2 fikir bagaimana nak buat dokumentasi dgn baik kerana semasa pemantau memantau,  dokumentasi adalah bukti yg menyimpan segala usaha2 pelatih sepanjang praktikum. Ia adalah rujukan penting selain pemerhatian dlm kelas.

So, macamana ye nak upgrade sistem dokumentasi u all? Kena ada kreativiti.

Td saya beritahu anak2 seliaan saya, kalau buat perubahan dr segi pengurusan kelas cthnya ‘cheer slogan’,  ‘break-away’ pun dikira inovasi n kreativiti dlm pdp dn boleh dimasukkan dlm ruang inovasi pdp folio, cuma buat report dan buh gambar sedikit.

Bukti bergambar penting.
A Picture tells a thousand words.


4. Set induksi:

"No need to use bombastic materials, but the way you use the materials must be bombastic." This is the motto that I use and believe in.

How?

Set induksi seeloknya guna pengalaman harian spy murid teruja memberi respon, sesuatu yg santai, tidak bersifat terlampau konseptual, tidak menyebabkan murid rasa ‘terancam’ bila salah jawab. Sesuatu yg menyeronokkan murid utk berfikir bersama2 guru dalam suasana yg engaging.
So macamana?

Gunakan penceritaan, pengalaman harian yg hampir dgn murid, elakkan slaid jika bahan kandungannya ‘detach’ dr pengalaman sebenar murid, elakkan terlampau abstrak, terlalu konseptual. Berikan sesuatu yg praktikal, cukup utk jentik rasa ‘ingin tahu’ dan rasa "aahhhhhh tak sabarnya aku nak belajar dengan cikgu ni!!!!’.

Saya berikan satu contoh:
Nak ajar kemahiran mengukur menggunakan nombor? Nak ajar alat pengukuran?

Guru masuk ke kelas dengan wajah yang serius (berlakon), tanpa berkata apa-apa, terus ambil bbp kertas dan menggumpal dengan rasa marah lalu mencampakkannnya jauh-jauh ke sudut belakang kelas.

Guru ambil lagi bbp helai kertas, gumpal dan campak lagi ke sudut hujung kelas.

(Lihat reaksi murid.) kalau masih bising dan tak beri tumpuan, ulang lagi la cikgu gumpal2 dan campak tu, sampai murid terbeliak tengok cikgu dan wajah depa ada tandatanya WHY????

Guru memerhati. Tangan guru berpeluk tubuh seolah2 sdg marah.

Dengan serius, Guru panggil nama seorang murid (pilihlah murid yg selalu buat hal dm kelas spy suasana lebih suspen, cth si A)

Guru arahkan murid A berdiri di hujung kelas tempat kertas jatuh.

Seorang lg murid B dipanggil. Diarahkan berdiri di satu sudut kertas yg lain. (Kalau A dan B ni selalu gaduh dlm kelas lagi elok). Biar kelas suspen.

Guru: A, saya hendak Kamu jalan ke B, sambil jalan sambil kira berapa langkah kamu nak sampai ke B, dan kutip kertas kat situ. Serah pd B. Kira dengan kuat.

Murid2 memerhatikan A gerak ke arah B sambil mengira.

Guru:B kamu jalan ke tempat kertas A, sambil kira brp langkah kamu ambil. Kutip kertas kat situ.

Guru panggil C minta C ke tempat A dan gerak ke B. C kira. (Ini nak tgk sama tak jarak A ke B dan jarak C ke B, guru je tau sebab ni).

Lepas sesai,  guru soaljawab dgn murid:agak2 kamu la, apa si A, B dan C ni buat? (pelbagai respon diterima, tak kisah la betul salah yang penting, depa tu semua tumpu perhatian sehabis mungkin dan  dengar betul2)

Guru solajawab lagi:
brp langkah A->B?
B->A? C—>B?

Sama ke tak? Kenapa?
Apa alat yg boleh ukur secara piawai? Bagaimana? Yang mana? Bla bla bla... soal la sampai sesi tu bawa kpd tajuk dan isi lesson hari tu... nombor dan pengukuran... bla bla...di sini teknik penyoalan penting, masa ni amalkanlah penyoalan aras berfikir tinggi  : Why, how, which, who, ....


Guru: Jadi murid2, agak2, hari ni kita nak belajar apa ye?

Murid jawab ramai2.

Guru pandang kelas, sambil angguk2 ( eye contact, body gesture) tapi belum bg respon.

Sambil mata memandang keselurhan pelajar seolah2 ‘mencari mangsa’ Guru lalu panggil nama seorang pelajar.

Mamat, kita nak belajar apa hari ni?
Mamat jawab.

Guru tanya ali: ali, betul ke jwpn mamat? (Teknik relay soalan, bouncing).

Lepas Ali jawab Guru angguk sambil kata hmmmm... (macam kaunselor bila dengar masalah klennya)

Kelas, apa kita nak belajar hr ni?

Kelas jawab.

Baiklah, guruu mengiyakan jawapan murid sambil tulis tajuk di papan putih/hitam.

Guru pandang kelas (eye contact) tanya lagi dengan nada penuh semangat:

Jadi kelas kita nak belajar apa hari ni?

kamu semua dah sedia???

Sudah tentu Guru akan dengar: sedia cikgu!!!!!!!!!


Maka Guru, silakan lah mengajar dgn dedikasi.
Jadi, x perlulah slaid bagai dlm set induksi. Kan nak trigger minat murid je dulu.

Kalau guna slaid pun tp murid pandang kosong je pd slaid tuh ,x de maknanyerrr...

Tapi (ha!!! ada TAPINYA) kalau slaid tu membantu, cthnya nak ajar pasal itik, murid pula tak pernah tengok  itik maklumlah duk di bandor, Maka kalu guru tak leh bawa itek ke kelas, tunjuk lah slaid yg ada gambar animasi itik kuek kuek duk bunyi atas slaid tu. Kalau cara camtu murid blh trigger interest n focus, maka silakan guru, x salah dan x berdosa.

Dan jika slaid yang sama blh digunakan untuk fasa2 lain dalam PdP berulang-ulang kali, maka itu lebih baik. Itu namanya, cost-effective!

Ingat tidak perlu terlampau akademik or serious thinking, teka teki pun boleh asal murid teruja nak belajar dgn cikgu sorang ni.


Moral of the story: set induksi biarlah cost-effective,cost-benefit.
Ok setakat tu dulu.

Saya kongsikan di sini spy adik2 pelajar sem3 blh look fwd to preparing for your upcoming practicum.

Ok all the best!!!

Think aloud!
Share your ideas. Follow me!!!!

TQ
DrNK
6 August2018

No comments:

Post a Comment