Thursday, 9 August 2018

Ohh..that dreadful practicum..sigh (Part 2)


Hasil dari pemerhatian terhadap beberapa kelas semasa Penyeliaan Pertama Praktikum

Set induksi (SI) dan Sesi Cungkil idea atau Aktiviti  permulaan (AP) (dalam 3-part lesson)

Pemerhatian saya: ramai guru pelatih cenderung menggunakan ABM yang kompleks semasa SI atau AP. Tidak salah.

Tetapi apa yang lebih penting ialah BAGAIMANA menggunakan ABM tersebut, BUKANNYA APA ABM tersebut.

It's THE HOW, not only THE WHAT.

Maka di sini saya kongsi sedikit  pengalaman semoga menjadi panduan untuk para guru pelatih
******************
Set induksi: gunakan kaedah atau bahan bantu mengajar yg hampir dgn kehidupan murid.

Tujuannya: galakkan murid respon dengan aktif apabila mereka sendiri pernah alami peristiwa atau kejadian yg guru sedang ceritakan.

Cth:
Guru nak ajar pasal jenis tanah.

Guru nak tarik minat murid pd pelajaran dan juga nak korek pengetahuan sedia ada murid.

Guru mulakan dengan soalan (dengan nada yang ceria, penuh bersemangat):

Siapa pernah pergi pantai?( ini soalan ringkas, tahap rendah, tapi cukup utk cetuskan respon murid dan hilangkan rasa takut murid)

Murid respon. Soaljawab berlaku (mungkin aras rendah):
Pantai mana? 
Dgn siapa?
Seronok?

Baik tutup mata kamu. Bayangkan sebuah pantai yg kamu pernah pergi. (Guru guna nada yg sesuai, bercerita)

Kamu nampak awan... 
kamu nampak langit...
Pohon nyior...
Pasir... kamu pijak dgn tapak kami... apa kamu rasa?....dapat rasa tak?
Mcmn rasanya? (soaljawab berlaku-jana idea, cungkil pengalaman lalu)
Best tak?

Baik...buka mata kamu.
(Waktu ini guru nk tnjk gambr pantai pn boleh)

Mula Soaljawab ttg rasa tanah, sentuh ttg teksturnya dll.

Murid-murid, apa lagi jenis tanah yg kamu tahu??

Cungkil idea murid
Jana idea murid

Hmm...pandai anak murid cikgu (intonasi suara, kecindanan)

Baiklah agak2 kita nak belajar apa hari ini?

Lalu... cikgu masuk ke dalam aktiviti utama.

Set induksi ini berlaku dlm 5 -7 minit sahaja.
Harus smooth flow ke dlm topik hari itu.

Tujuan aktviti permulaan:
-Tarik minat murid
-Sediakan minda murid
-Cungkil pengetahuan sedia ada murid.

Jadi, dalam merancang set induksi/aktiviti permulaan, ingat 3 perkara asas ini:
-harus santai/bersahaja, 
-mesti relate dgn kehidupan murid, 
-cungkil sebanyak mungkin pengalaman lalu murid.


Think aloud.

Share your ideas. 

Selamat Maju Jaya
~DrNK

1 comment: