My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Monday 20 August 2018

Siri Guru Belajar : Musim praktikum tiba lagi-Bila murid cemerlang mau jadi guru

Pagi ini, saya teringatkan apa yang diberitahu oleh pelajar saya ttg praktikum yang sedang mereka jalani sekarang. otak saya juga berfikir-fikir ttg rungutan2 dan komen dari beberapa rakan saya berkenaan pelajar yang tidak menunjukkan prestasi yang baik semasa praktikum.


Apa yang membuatkan saya teringatkan komen2 mereka ialah kerana timbul bbp persoalan dalam diri saya. 


Pertama: meraka merupakan pelajar cemerlang yang terpilih mengikuti pengajian di luar negara setelah tamat SPM lima tahun yang lalu. Usai gradusai mereka di uni terkemuka luarnegara, ke IPG lah mereka dihantar di tanah air untuk di’latih’ menjadi guru berjiwa pendidik.. 


Apabila mengingatkan aspirasi kementerian ini bertambah ligat fikiran saya berputar di atas paksi kerisauan dan keprihatinan. 

Beberapa persoalan bermain di difikran saya: adakah mereka menjadi guru kerana ia pilihan ibubapa mereka? 

Adakah mereka sudah lupa janji semasa mereka menandatangani perjanjian pengajian dengan penaja mejeka iaitu pihak kementerian? 


Bukankah, mereka telah berJanji utk menggunakan ilmu dan kepintaran mereka utk kembali berkhidmat mendidik anak2 bangsa?


Terpanggil saya berfikir apakah yang boleh saya lalukan sebagai mentor? Jikalah mereka anak-anak saya, agaknya nasihat bagaimanakah yg harus saya berikan?

Fikir saya belum habis...

Saya mula mewujudkan group telegram "jom sembang praktikum" tahun ini (2018) bertujuan menyediakan satu wahana santai untuk kami berbincang masalah praktikum tanpa ada rasa sekatan ...pastoral care...begitulah lebih kurang peranan yang saya cuba mainkan.

kebetulan saya memang gemar merakam video pelatih saya mengajar, bertujuan untuk jadikan sebagai proses pembelajaran. maka pada kali ini, saya edit video yang dirakam melalui telefon bimbit saya menggunakan viva video dan saya muatnaik dalam you tube. kemdian saya tulis sedikit di dalm blog beberapa komentar dan pandangan saya.  saya juga kongsi video tersebut di dalam telegram dan blog.

saya harap pelatih saya memahami hasrat saya untuk membantu mereka. corak pendidikan masa depan negara ini bergantung kepada mereka. 

untuk merealisasikan impian ummah, saya selaku mentor atau pensyarah penyelia bertanggungjawab memastikan pelatih saya memahami amanah yang kami pikul.
'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'

Semoga sama2 berperanan untuk saling memanfaatkan.




No comments:

Post a Comment