My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Saturday 24 November 2018

Pt 1: 14 obsolete things in 21st century school (tulisan asal Ingvi Hrannar Ómarsson)-Pt 1

Siri Guru Belajar bersama DrNK: Sehari selembar info

14 obsolete things in 21st century school (tulisan asal Ingvi Hrannar Ómarsson)-Pt 1

Diolah semula: DrNK

1. Computer Rooms



The idea of taking a whole class to a computer room with outdated equipment, once a week to practice their typewriting skills and sending them back to the classroom 40 minutes later, is obsolete.

Computers or technology shouldn’t just be a specific subject, that’s not sufficient anymore but rather it should be an integral part of all the subjects and built into the curriculum.

Masih adakah lagi sekolah di Malaysia yang menggunakan kaedah ini?
Ingatkah apa yang berlaku semasa mula-mula komputer diperkenalkan di sekolah? Dan juga pernah sekitar awal lewat abad 20 iaitu dalam tahun 1997 hingga awal tahun 2000, konsep sekolah bestari diperkenalkan dan makmal-makmal komputer mula diwujudkan dengan pelaburan yang sangat tinggi?

Setujukah anda bahawa, setelah hampir dua dekad, kini makmal komputer dalam ruangan dinding 4-segi seolah-olah kurang relevan. Ini sebahagiannya disebabkan oleh kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi melalui peranti mudah-alih (mobile gadgets). Akses kepada maklumat melalui Internet telah merubah corak komunikasi manusia secara global. Maka, hakikatnya pendidikan, yang merupakan sistem jaringan keilmuan dalam ketamadunan manusia, juga turut berubah.

Namun perubahan inilah yang sering diperbahaskan. Kelajuan perubahan dan kemajuan pendidikan di setiap Negara sangat subjektif dan bercorak relatif. Frasa pendidikan abad ke-21 kedengaran di mana-mana.

Yang maju, yang ketinggalan, yang masih termangu-mangu, yang buat tak tahu, yang rasa macam tahu tapi tak buat apa satu, yang takut nak tahu, yang tak tahu tapi malu nak mengaku, yang beri alasan selalu bila peluang menjengah untuk jadi tahu— macam-macam ragam manusia kelihatan.

Biarkan mereka. Cuma kita sebagai pendidik di abad ke-21, perlu tanya diri sendiri, relevankah lagi diri untuk mengajar anak-anak yang dikelilingi lambakan maklumat yang akses kendiri? Jika info sudah mampu diakses kendiri oleh anak-anak ini, maka aspek mana lagi yang kita masih boleh menjadi relevan?

Spiritualiti—yang mungkin makin tercicir dan dipencilkan—maka menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan spiritualiti subur seiring teknologi.

Quoting Dr Maszlee “Happiness, Love, and Mutual Respect – key to positive learning environment”, I would love to rephrase it this way: Happiness, Love, and Mutual Respect- key to positive LEARNING ECOSYSTEM. Ecosystem resembles loads of mutual relationships-symbiosis among the entities. If one goes wrong, the rest will fall down.

Humble lines: DrNK

No comments:

Post a Comment