My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.
Showing posts with label Aku Bukan Liabiliti. Show all posts
Showing posts with label Aku Bukan Liabiliti. Show all posts

Saturday, 28 March 2020

Contoh penulisan kritikal

(This post is still under construction)

Yang manakah antara berikut merupakan ulasan karya yang kritikal?
Nyatakan alasan anda.


Contoh 1:
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa……….. Hasil dapatan ini menyokong apa yang telah didapati oleh Tan (2002), Hamzah (2005), Laili (2007), Salwa (2007) dan terkini Rafi (2017), Norliza (2018) dan Zulkifli (2019). Walaupun dalam kajian ini, peserta kajian adalah guru yang mengajar peringkat sekolah rendah sedangkan dalam kajian Tan adalah ......., didapati kedua-dua kajian memaparkan ........... Maka, ini memberi implikasi bahawa guru tanpa mengira tahap pelajar yang diajar…. Pernyataan ini sebenarnya telah pun diutarakan oleh beberapa kajian terdahulu seperti … namun terdapat sebilangan pengkaji dan sarjana yang menyangkal pernyataan ini (citation) Ini kerana mereka berpandangan bahawa …. yang pada hemat pengkaji/penulis adalah boleh diterima atas dasar.......

Contoh 2:
Norzita (2004) dalam kajian mendapati min tahap kemahiran guru.......
Johari Shasudin dan Baharudin Mustafa (1999) membuat kajian atas 160 orang guru....Dapatan kajian menunjukkan bahawa......
Kajian Norizan (2003) mendapati bahawa guru kurang mempunyai.......
Tan (2002b) membuat kajian atas 4 buah sekolah telah mendapati.........

Contoh 3
Kajian tempatan mengenai sikap guru boleh dibahagi kepada dua kategori, iaitu a) ___- dan  b) ______. Didapati kebanyakan kajian memfokus kepada jenis pertama (misalnya, Norzita, 2014; Norizan, 2015). Kedua-dua kajian Norzita dan Norizan menjalankan kajian atas __________ dan dapatan mereka menunjukkan bahawa…………Bagi jenis kedua yang lebih menekankan kepada ............., kajian Tan (2010b) telah memaparkan bahawa……….Walaupun membuat kajian atas sampel yang berbeza, Johari Shamsudin dan Baharudin Mustafa (1999) telah pun menunjukkan bahawa……….. Tetapi, pada keseluruhannya, masih kekurangan kajian yang menyentuh tentang sikap guru dari segi……Oleh itu, satu kajian yang bertujuan ……. adalah sangat diperlukan pada masa kini.

Jawapan:


Monday, 9 March 2020

Setelah 3 sem saya di sini, Prof lah orang pertama ...

Assalamualaikum Prof

Just a random message for you

Tahniah Prof. Sesungguhnya sepanjang hampir 3 semester, Prof adalah orang pertama yang betul betul menyedarkan saya yang saya adalah seorang guru dalam masa 4 tahun lagi insyaAllah.

Malam ini saya mula membaca buku "Aku bukan liabiliti". Belum habis sebenarnya, baru tips ke 12. Tetapi hati saya cukup terkesan , semangat saya tiba tiba rasa berkobar kobar untuk menjadi seorang mujahid ilmu yang amat disegani seperti Prof. Yang tidak pernah berputus asa, seorang yang sentiasa mempunyai matlamat yang jelas.

Sejujurnya, untuk menghabiskan perjalanan Degree ini sudah cukup membuatkan saya letih, rasa putus asa, rasa tidak mampu serta rasa tidak yakin dengan diri sendiri apatah lagi mahu melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ph.D. Jauh sekali 😭

Tetapi apabila membaca nukilan Prof , cerita mengenai perjalanan Prof semasa Ph.D membuatkan saya rasa " Saya juga mahu pengalaman seperti prof " "Saya juga nak rasa apa yang prof rasa"

InsyaAllah Prof, doakan saya dan rakan-rakan yang lain mampu menjadi seorang insan yang hebat seperti Prof.

"Semoga segala pengorbananmu menempatkanmu di Jannah" - Aku Bukan Liabiliti



Monday, 7 October 2019

Aku Bukan Liabiliti: Pelukan vs Stress

Cerita sikit.

Tentang “S-t-r-e-s-s”.

Semasa ceramah di sebuah sekolah pada Sabtu 5 Okt 2019 (SMKSS), dengan tajuk ‘Bagaimana menjadi guru yg relevan di abad ke-21’, sempat saya kongsi pengalaman menangani stress belajar PhD dahulu.

Kerana saya juga guru, saya tau stress seorang guru.

Senang saje. Semua orang boleh buat.Senang saje. Semua orang boleh buat.

Kisahnya...

“Pulang dr universiti. Setelah selesai jumpa penyelia yg minta baiki itu ini.


Aduhhhh. Stress. Sabar. Ini proses belajar.


Sampai rumah. Sebaik saja pintu rumah saya tolak, terkedek-kedek si kecik tu datang.


Bajunya tebal warna merah, pipinya nipis kemerah-merahan, dek sejuk angin winter, rambutnya lurus di depan menutup dahinya.


Waktu tu saya cukup penat. Sejak dalam kereta rasa nak tidor saja. Dan saya plan nak terus naik bilik dan tidor.


Tapi bila dia terkedek-kedek meluru ke arah saya, bertatih-tatih hampir jatuh, melemparkan senyum menampakkan barisan gigi susunya yang jarang, buat saya kesian dan geraammm.

Lalu saya rendahkan badan saya, tolak beg sandang ke tepi badan, tangan saya depangkan. Saya sambut dia dengan pelukan.


Ya! Saya peluk dia kuat-kuat! Dia spontan mencium pipi saya. Pipi saya yg sejuk dr angin Bristol 5C menyentuh pipinya yang suam dari haba pemanas di rumah kami di Leinster Avenue.


Magik! Terasa satu aliran keluar tenaga negatif dr badan saya


Terasa mengalir masuk tenaga positif dr anak yang saya peluk tu.


Malam itu, saya berjaga hingga 3 pagi dalam dingin winter, menyiapkan draf utk penyelia saya baca. Saya diberi masa 2 minggu.



















Memang saya boleh pilih ‘break’ di hujung minggu.


Tapi tenaga dari pelukan anak saya berumur 3 tahun tadi buat saya kuat. Ia tonik. Waktu tu, saya cuma ingat nak bagi draf siap.’

Itulah kisahnya.

Sekarang dia dah 14 tahun. Sedang menghafaz quran di sebuah sekolah. Sehingga sekarang saya masih suka memeluknya. Memeluknya kuat-kuat. Merangkulnya kemas-kemas.

Terutama bila dia pulang hujung minggu; sebelum kami solat jemaah, dan selepas solat jemaah. Saya peluuuukkk kemas2.

Hakikatnya, saya menumpang tenaganya. Tenaga penghafaz quran.

Dia pula menumpang saya. Tenaga dari seorang ibu.

Kami simbiosis.

Dialah sebahagian perjalanan “Aku Bukan Liabiliti” saya.

Terima kasih Adik! Semoga Allah merahmati Adik.


Bacalah #AkuBukanLiabiliti




https://www.facebook.com/eyja.joe.3/posts/10156827520768337?comment_id=10156829576463337&notif_id=1570445956990739&notif_t=feed_comment


























Saturday, 17 August 2019

Bimbingan Penulisan (Bahagian 1- Aspek Teknikal)


Siri: Road to Scholarly Teachers


Video ini merupakan panduan asas aspek teknikal dalam penulisan esei untuk tugasan pelajar persediaan di IPT.


Perkara yang dibincangkan:


1. Konvension dalam penulisan

2. Kandungan:

  • domain kognitif
  • domain afektif- penggunaan 'saya' sebagai elemen naratif pembelajar sambil menekankan keilmiahan.

Pesanan penulis: Follow the youtube channel



https://www.youtube.com/watch?v=MiOAcFxd47M

Thursday, 18 July 2019

Bila ‘spacebar’ bertemu ‘colon’, ‘slash’ dan ‘hyphen’

Semua orang tak kira peringkat usia tak boleh lari dari keperluan menulis, kan?
Terutamanya para pelajar dan para pendidik.
Oh ya! Para ‘journalists’ or ‘even bloggers’!

Sering kedapatan penulis menulis dengan tatacara yang menyalahi ‘grammar rules’, atau ‘punctuation rules’. Dalam kalangan pelajar, kes sebegini sangat banyak ditemui.

Kalau anda merupakan cikgu yang memeriksa kerja murid yang sebegini, sakit mata dan kadangkala menggelegak hati membacanya. 

Berdasarkan pengalaman saya memeriksa kerja pelajar dan memerhatikan bahan penulisan orang atau rakan-rakan, kelihatan seperti perkara ini dipandang remeh.
Sudah tiba masanya perkara-perkara asas tatacara penulisan ini diberi perhatian serius. Hal ini kerana, kesilapan remeh yang berulang-ulang berlaku dalam teks atau dokumen, menjejaskan kualiti kandungan. Pembaca akan rasa terganggu! (terutamanya yang tahu bab punctuation ini. Dan semestinya semua orang
wajib tahu kerana ia sangat asas!)

Jadi saya coretkan sedikit di sini beberapa tips.
Mohon perhatikan perkara-perkara asas berikut:

1. Tatacara penggunaan *‘colon’* ie “:”

Grammar rules say *no space* before a colon “:”😁

Sebelum colon, tidak perlu spacebar

Cth betul:
Berikut adalah senarai barang:

Cth salah:
Berikut adalah senarai barang :

2. Tatacara penggunaan slash ‘/‘

Grammar rules say *no space* before and after a slash "/". 😁

Contoh betul:
suka/tidak suka

Contoh salah:
suka / tidak suka


3. Tatacara penggunaan sempang/hyphen:

Grammar rules say *no space* before and after a hyphen"-". 😁

Contoh betul:
Kanak-kanak

Contoh salah:
Kanak - kanak

Tolong gitau pelajar-pelajar kita yang sedang menulis assignment, RPH, laporan, minit mesyuarat dan seumpamanya 😁.
(Pada saya , kesilapan-kesilapan yang *bakal guru perlu elakkan, kerana guru adalah contoh)

Juga kepada rakan-rakan guru atau bukan guru yang memang kerjanya menghadap penulisan je sehari-harian!

#proofreaders hat’s on 🎩 ! 😁

#Road to scholarly teachers

Jika rasa bermanfaat, sila share. 
Terima kasih.
p/s Credit to proofreader Eve

DrNK

Sunday, 12 May 2019

Life Is a Redox - A monologue: Memetik Sumber Kedua: Kesilapan yang sering diabai...

Life Is a Redox - A monologue: Memetik Sumber Kedua: Kesilapan yang sering diabai...: Siri Penulisan: "Road to Scholarly Teachers" Kawan-kawan, jika penulisan ini bermanfaat, mohon kongsikan dengan para pelajar aga...

Memetik Sumber Kedua: Kesilapan yang sering diabaikan

Siri Penulisan: "Road to Scholarly Teachers"

Kawan-kawan, jika penulisan ini bermanfaat, mohon kongsikan dengan para pelajar agar menjadi jariah kepada penulisnya.

******************************************************

Sering kali kita terjumpa penulisan pelajar yang memetik sumber sekunder di dalam teks mereka.

Apakah yang dimaksudkan dengan sumber sekunder?

Satu petikan dari penulis yang dimasukkan ke dalam penulisan kita tetapi ia diperolehi melalui sumber lain, bukan dari penulis asal. Bermaksud kita sebagai penulis, TIDAK membaca sumber asal, cuma membacanya dari sumber kedua.

Terdapat syarat atau  keadaan-keadaan tertentu yang membolehkan kita memetik sumber sekunder. Antaranya ialah seperti berikut:

1. Sumber asal adalah terlalu klasik (atau antik???) ditulis oleh sarjana dahulu kala namun masih dirujuk oleh kerana teori yang dipeloporinya masih relevan hingga kini. Contoh Einstein, Dewey, Bruner, Piager, Dave, Imam Bukhari, Imam Muslim dan ramai lagi

2. Buku atau sumber asal disahkan tiada dalam simpanan perpustakaan seantero dunia

3. Buku atau sumber asal berada dalam arkib dan sukar untuk diakses walaupun telah menggunakan pelbagai cara

4. dan mana-mana keadaan yang logik yang membenarkan petikan sumber sekunder dilakukan oleh penulis

Jadi apabila berlaku keadaan demikian, penulis boleh memetik sumber tersebut secara sumber sekunder tapi mestilah dengan cara yang beretika.

Lihat contoh di bawah, adakah ia tatacara yang betul dalam memetik sumber kedua?

1.  Menurut Piaget (2017, dipetik dalam Plato, 2010), pendidikan merupakan satu proses yang berterusan di mana kehidupan itu sendiri ialah pendidikan....

-Anda (sebagai penulis) ingin memetik Piaget (2017) yang dijumpai dalam penulisan Plato (2010).


2. Kajian oleh Mohammad (2016) menunjukkan bahawa 90% pelajar pasacasiswah menghadapi masalah dalam penulisan akademik di mana sering ditemui mereka menulis dalam gaya 'salin dan tampal' di dalam pelaporan kursus akademik mereka; suatu keadaan yang menggambarkan tahap kemahiran pemikiran dan penulisan kritikal yang membimbangkan. Hal ini menimbulkan tanda tanya berkaitan latihan dan mutu penyeliaan yang diterima oleh pelajar terbabit sewaktu di insititusi pendidikan yang menganugerahkan ijazah pertama mereka. Dapatan ini disokong oleh Piaget (1967) yang mengatakan bahawa.....

-Anda sebagai penulis berhujah tentang kajian Muhammad. Anda ingin menyatakan bahawa kajian Muhammad menyokong teori Piaget.

**************************
Dalam kedua-dua contoh di atas, dapatkan anda melihat kesilapannya?

Jika anda dapat mengesan kesilapannya, maka anda merupakan penyelia atau pembaca yang tajam pengamatan dan kritikal pemikirannya semasa membaca/memeriksa kerja pelajar anda.

Jika tidak, andalah salah seorang penyelia/tenaga pengajar yang dimaksudkan dalam kajian Mohammad (2016)  tadi; iaitu tidak berfikiran kritikal semasa menyemak kerja pelajar dan tidak sedar pun apakah sebenarnya tatacara beretika dalam memetik sumber sekunder (jangen mare errr).

Dalam hal ini, sebagai pembaca,  penilai mahu pun penyelia, pemikiran kritikal dan pembacaan analitikal dalam mengesan dan mengamati penulisan yang beretika adalah  merupakan kriteria penting dalam menentukan mutu sarjana yang kita akan lahirkan nanti (sebenarnya bab pemikiran dan penulisan kritikal ni satu bab yang lain, insyaAllah kita akan bercakap mengenai penulisan kritikal dalam kesempatan yang lain).

Untuk post hari ini, mari kita fokus kepada teknik memetik sumber sekunder dahulu.

1. Dalam no 1 di atas, Plato menulis artikel dalam tahun 2010, manakala Piaget menulis artikelnya dalam tahun 2017. Dari segi kronologi, logikkah, si Plato dalam tahun 2010 memetik Piaget yg belum pun lagi menulis artikelnya pada waktu itu? Maka ini kesilapan yang besar.

Saya sering berjumpa pelajar yang menulis sebegini.

2. Sementara dalam contoh no. 2 pula:

a) Masakan dapatan Mohammad yang ditulis pada tahun 2016, disokong oleh Piaget pada tahun 1967. Jadi ia kesilapan teknikal dari segi ayat. Namun, konotasi di sini ialah ia membayangkan penulis tidak faham teknik penulisan akademik. Penulisan ini perlu diolah semula.


Mungkin apa yang ingin dikatakan oleh anda sebagai penulis dalam contoh 2 ialah begini:

b) Kajian oleh Mohammad (2016) menunjukkan bahawa 90% pelajar pasacasiswah menghadapi masalah dalam penulisan akademik di mana sering ditemui mereka menulis dalam gaya 'salin dan tampal' di dalam pelaporan kursus akademik mereka; suatu keadaan yang menggambarkan tahap kemahiran pemikiran dan penulisan kritikal yang membimbangkan. Hal ini menimbulkan tanda tanya berkaitan latihan dan mutu penyeliaan yang diterima oleh pelajar terbabit sewaktu di insititusi pendidikan yang menganugerahkan ijazah pertama mereka. Dapatan ini menyokong teori yang dikemukakan oleh Piaget (1967) dan Bruner (1983) bahawa pemikiran kritikal merupakan ciri-ciri  yang wajib ada pada seorang pelajar yang sedang dibentuk menjadi seorang sarjana atau graduan tersedia masa depan.....


Itu adalah contoh berhujah secara akademik (contoh sahaja....belum cukup kritikal dan analitikal lagi tu, kita akan bercakap mengenai hal ini di waktu lain). Tapi maksud ayat  dalam 2(b) sudah berbeza dr 2(a) tadi. Kenapa? kerana 'dapatan ini menyokong' adalah tidak sama dengan 'dapatan ini disokong'


Sebenarnya, apabila kita menjumpai literatur atau penulisan yang banyak in-text citations dan rujukan, itu bermakna sumber itu boleh dipercayai (reliable). Dalam erti kata lain, apabila kita menjumpai banyak petikan dan maklumat berguna dalam sumber tersebut yang merujuk atau berasal dari sumber yang lain, maka literatur tersebut tinggi kebolehpercayaannya.

Walau bagaimanapun,  ada kaedahnya untuk memetik sumber sekunder. Mengikut stail APA:

1. Kita perlulah memberi kredit kepada kedua-dua sumber asal dan sumber kedua yang bermaksud kita perlu memberitahu pembaca sumber asal bahan tersebut dan sumber sekunder (iaitu dari mana kita perolehi sumber asal tadi).  


Jadi:

Keadaan 1:

Menurut Piaget (1967, dipetik dalam Norliza, 2010), pendidikan merupakan satu proses yang berterusan di mana kehidupan itu sendiri ialah pendidikan....

Perhatikan:

a) Logik kronologi iaitu susunan tahun.

b) Dalam senarai rujukan di hujung artikel anda, hanya senaraikan Norliza (2010) sahaja. Piaget tidak perlu kerana literatur asal ini sudah tidak boleh diperolehi dari mana-mana sumber melainkan dalam penulisan sarjana terkemudian sahaja. Anda hanya membaca pandangan Piaget melalui tulisan Norliza sahaja.


Keadaan 2:

Anda ingin memetik satu kajian oleh Norliza et al. (2016) yang mana di dalamnya terdapat pelbagai kajian orang lain pula iaitu Omar dan Aminah (2011), dan Ikram dan Kamsiah (2012) (kesemua ini adalah sumber asal).


Contoh penulisan yang betul:

Terdapat peningkatan nilai dalam pandangan masyarakat terhadap tugas seorang guru yang melihat guru sebagai "pembelajar sepanjang hayat yang sebenar kerana manifestasi pembelajaran secara berterusan sepanjang karier seorang guru rentetan perubahan yang drastik dan dinamik yang didepani mereka" (Omar dan Aminah, 2011; dan Ikram dan Kamsiah, 2012)" (Norliza et al., 2016, p 18).


Perhatikan:

a) Cara membuat petikan di atas.

b) PENTING: di dalam senarai Rujukan (pada hujung artikel anda, HANYA petik sumber Norliza sahaja. Omar dan Aminah (2011), dan Ikram dan Kamsiah (2012) TIDAK PERLU kerana ia sumber kedua yang anda tidak dapat akses.

Cuma, perlulah diingat, jika sumber asal adalah agak baharu, dalam lingkungan 10 tahun begitu, anda DISARANKAN untuk mendapatkan sumber asal secara bersungguh-sunnguh dahulu. Jika segala ikhtiar tidak membuahkan hasil, baharulah kaedah sumber kedua dibenarkan.

Di sini, etika penyelidik haruslah anda praktikkan setiap masa!

Sekian, untuk post kali ini. InsyaAllah jumpa lagi di lain kesempatan.

Jika bermanfaat, mohon kongsikan.

Mohon betulkan jika saya salah...jom kita belajar bersama-sama...

Road to scholarly teachers!

Wallahua'lam-DrNK

Sunday, 5 May 2019

"According to": guna jangan sembarangan


Kawan2 yg sdg semak pelaporan pelajar, jika boleh, pesan pd pelajar spt mana di bawah ini:

‘According to’ (Menurut) x boleh simply use especially dlm tesis/ academic paper. ‘According to’ must be followed by scholar(s), meaning, the writer must cite scholar yg ada h-index and memang pakar dlm bidang tu. 

...Cth yg salah: ‘according to Norliza (2016),  problem-based learning ....

Who is norliza, is she guru/sifu/scholar in PBL? How many papers have she published (and being cited) in this area? (Tgk dlm google scholar/ SJR or the like utk tgk h-index). 

Kalau nak refer jugak kpd Norliza yg bukan sifu PBL tp findings dr paper dia tu menarik sesangat ttg PBL, jadi kita katalah,

 ‘based on a study by norliza (2016) who worked on a theory developed by bla bla bla, she found that teachers who exercised PBL approach in their teaching process ... this finding suggest a contradicting impact on students in contrast to the findings suggested by xxx (researcher or study lain plk).
According to  Piaget (2010), PBL approach used by a teacher could be the promoting factor towards bla bla bla however in some circumstances ... bla bla bla... 
The scenario has fuelled debate in...’


*In a nutshell, “According to’ must be used sparingly, and must refer to ‘real scholar’ .*

Maksud Scholar tu students kena faham betul2. 


Ini hasil workshop academic writing yg saya sering ikut. Ramai students x faham ni. Tugas kita betulkannya.

Wallahua’lam... betulkan jika saya salah... sini kita semua penyelia penyelidikan dan doctorates, kita blh buat percambahan minda bersama2

Thursday, 23 August 2018

Literature review, should be earlier or later

Excerpt from a Fb Post (DG Support group):

I have a rather odd question with regards to lit reviews.

In my research, I have done 2 reviews, i.e.
1) the general lit review that covers all aspects of my research. For example, entrepreneurship, innovation and creativity
2) I also did a systematic lit review to specifically answer one part of a my research question. For example, what is entrepreneurship? This is due to the many perspective and definitions of entrepreneurship and has arguably given more confusion to this specific body of knowledge.

My question is, due to the nature of lit review and systematic lit review (for its purpose in relevance to answering research question(s):

1) can I have 2 reviews in on one thesis?

- If so, any recommendations on how to position the two reviews? Obviously, the normal lit review can be in Chap 2. BUT the systematic lit review is a method chosen to answer one of the RQ thus not making it part of Chapter 2?

- if I have no options and I need to have only 1 review, i.e. in Chap 2, how do I then differentiate the two reviews when the Systematic Lit Review is answering a specific question in the RQ?

Thoughts / advice on the matter is greatly appreciated.

Thank you.

My response:

The problem with Malaysian theses is that they are to be looked and appeared structured or linear. But the fact is that, thesis writing and doing research are not linear processes. I faced the same problem too while I was doing my PhD- where to put the review that I recently found after my data collection? If I put it in the later chapter it may look awkward for I appeared to be doing an insufficient review before my data collection. On the other hand, if I put it earlier, then the suspense ends there since the answer is already known, why bother to do the research then? This chronical can just go on and on in order to fix and conform to the norm of a linear process.

Luckily, my supervisor's idea and mine are parallel-don't worry too much about where and when it should go into your thesis, the main thing is that you just know how to make your thesis/argument a case. Embed and intertwine the info from lit reviews as to support your case and argument. If you feel it should support your discussion then bring it in in your discussion chapter. If you feel like putting it earlier then give some hints (and only hints) earlier just to create some curiosity (and make a case that the issue should be researched on).

Well, i dunno whether I have made myself clear to you. But the gist is, only you know how to craft your own thesis to make it convincing. Writing a thesis is like playing with a magic spell, it's nothing, believe me, it's nothing at all, it's just so small, to others.  But since you are the one who feels that it's a big issue and that you feel you are the magician, the magic wand is all yours and with that, you "make things happen"!

Just my 2 cents. All the best.

Monday, 20 August 2018

English in social science versus...


Siri scholarly teacher

Bila baca pengalaman masing-masing, it reminisces mine.

With regards to English usage, i'm not a TESLian and being dumped in Bristol's post grad school of which surrounded by mostly TESLian colleagues really proved a challenge to me (despite my IELTS 7.0 😇). 

My SV once said, my English is too structured, which is not suitable for social science language. 

This led her to send me to english class (what??!!! wait, my ielts is 7 kot) hence made me feel so bad to have to learn English again!!!

And she continued saying that I love to write ' the data proves that' which for her in social science seems inappropriate. She said,  in social science, the language must be well guarded like, 'the data suggests that', 'it may well be obvious that...' NOT 'it is obvious....' bla bla bla. 


Saya termenung, rupanya ada style tertentu untuk English social science ni...macamana nak blajar lenggok English for social science? 

The grammar is one thing, article 'a' 'the' bila nak buh and x perlu buh... Fuhhhh. Baca mat salleh tulih sedap je.

Lama saya terperuk di library menatap thesis dan articles written for pure and social science discipline, comparing and contrasting and trying to rewrite. 


Gradually and finally saya dapat lah nmpak bezanya. Rupanya lenggok bahasa social science lebih mencabar especially if you're doing quali or mixed. It was truly a learning process for me. 

From the experience, I learnt how to write critically and analytically (still learning actually) and the process goes on till now.  

The more u think u know, the more u don't know how much more is unknown, and that keeps u motivated to go along.

The excitement of knowing what you don't know and about to discover, keeps yourself moving on... 

DrNK
#fikirxhabis
#ABL_Akubukanliabiliti
#Mujahidilmu

Monday, 6 August 2018

Important Prerequisite that people always let go: Passionate to explore

Assalamualaikum Word4Thesis's Fans,

My name is Dr Norliza Kushairi. Sometimes, I team up with Dr Zuli during his workshops.

Let me share some experience in dealing with enthusiastic participants during our workshops. 


From series of workshops done, I found that most of us are keen to learn MS Word for Thesis. However, we (not all) tend to forget ONE important element that we should bring together with us to the workshop, or even when we're alone. This forgettable element creates anxiety in us while writing a thesis


Before we start panicking that our thesis format betrays us, please, inculcate this 'element' in us:-

*PASSIONATE to EXPLORE

 Or simply ask ourselves: Am I passionate enough to explore (the features in Word)?

This SUPERB word (actually 'ATTITUDE') "PASSIONATE" might save us a hundred years of unnecessary stress and headaches.


What do I mean with 'PASSIONATE to EXPLORE'?

It means that "Don't be afraid to Explore, Dude". Easy.

The underlying meaning is - BE BRAVE, BE COURAGEOUS to HIT THE KEYBOARD (Mat Salleh kata, 'don't be  a coward, after all it's just a keyboard, they cannot bite you'). Difficult.

Now, tips....
Be naughty with your keyboard...
Be mischievous with your computer screens..
Click and explore anywhere on MS word features that you like...that you are afraid before...

So, friends, I am reminding myself too - just feel free to explore the features in MS Word....
*click any tabs, 
*punch any menus, 
*scroll up and down the submenus, 
*jump up and down all the options, 
*climb up and down the buttons, 
try and error, later, you will be surprised by how you learn things so fast...

...and how you find yourself submitting your thesis in no time! insya Allah.

Till then. 



These message/tip will also be available in our forthcoming book (with Mohd Zuli Jaafar)

Tuesday, 3 April 2018

Aku Bukan Liabiliti catatan pengalaman dan pedoman mujahid ilmu 1

Testimoni dari pembaca ABL:
Sejak baca buku ABL ni, rasa lebih yakin bahawa pilihan untuk sambung belajar ni betul. Biarpun banyak dugaan, tetapi seperti kata penulis ABL, tidak ada yang mudah bila mengaji ni, tambah2 peringkat PhD.
Kata Dr Norliza Kushairi (DrNK) penulis ABL bahawa 'buat PhD macam poligami' macam kena batang hidung aku....aku ni selfish sungguh sampai lupa dah nak ajak isteri keluar makan, minum2 petang hujung minggu macam aku pernah buat dolu-dolu sejak dua menjak aku 'kahwin dengan si gadis genit PhD' ni (bak kata penulis ABL). aduhhh teruknya aku!!!! rasa berdosa ssangat.
Terimakasih DrNK atas pedoman dan kata semangat yang digarap dalam buku beliau. Aku insaf sangat.
'Jom Yang, kita keluar minum petang ni' Mesej aku pada isteri tercinta.
'Ye ke bang????...abang tak kena ngadap tesis ke?' teks dari isteri aku.
'Nope. abang nak spend dngan Ayang petang ni'. Jom siap2 lepas asar kita keluar na...name me the place...you'll get it..asal jgn ke bulan dah Yang...abang tak de sayap nih.'
'yahoooo...yebedabedooo...' respon whats app isteri aku.
kawan-kawan...take stock..look behind...take a break...do please your loved ones...pada mereka ada berkat...insyaALLAH.
-testimoni pembaca ABL-
Nota admin: Terimakasih tuan atas testmoni yang sangat bermakna ini.