My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Monday, 9 March 2020

Setelah 3 sem saya di sini, Prof lah orang pertama ...

Assalamualaikum Prof

Just a random message for you

Tahniah Prof. Sesungguhnya sepanjang hampir 3 semester, Prof adalah orang pertama yang betul betul menyedarkan saya yang saya adalah seorang guru dalam masa 4 tahun lagi insyaAllah.

Malam ini saya mula membaca buku "Aku bukan liabiliti". Belum habis sebenarnya, baru tips ke 12. Tetapi hati saya cukup terkesan , semangat saya tiba tiba rasa berkobar kobar untuk menjadi seorang mujahid ilmu yang amat disegani seperti Prof. Yang tidak pernah berputus asa, seorang yang sentiasa mempunyai matlamat yang jelas.

Sejujurnya, untuk menghabiskan perjalanan Degree ini sudah cukup membuatkan saya letih, rasa putus asa, rasa tidak mampu serta rasa tidak yakin dengan diri sendiri apatah lagi mahu melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ph.D. Jauh sekali 😭

Tetapi apabila membaca nukilan Prof , cerita mengenai perjalanan Prof semasa Ph.D membuatkan saya rasa " Saya juga mahu pengalaman seperti prof " "Saya juga nak rasa apa yang prof rasa"

InsyaAllah Prof, doakan saya dan rakan-rakan yang lain mampu menjadi seorang insan yang hebat seperti Prof.

"Semoga segala pengorbananmu menempatkanmu di Jannah" - Aku Bukan Liabiliti



No comments:

Post a Comment