Tentang “S-t-r-e-s-s”.
Semasa ceramah di sebuah sekolah pada Sabtu 5 Okt 2019 (SMKSS), dengan tajuk ‘Bagaimana menjadi guru yg relevan di abad ke-21’, sempat saya kongsi pengalaman menangani stress belajar PhD dahulu.
Kerana saya juga guru, saya tau stress seorang guru.
Senang saje. Semua orang boleh buat.Senang saje. Semua orang boleh buat.
Kerana saya juga guru, saya tau stress seorang guru.
Senang saje. Semua orang boleh buat.Senang saje. Semua orang boleh buat.
Kisahnya...
“Pulang dr universiti. Setelah selesai jumpa penyelia yg minta baiki itu ini.
Aduhhhh. Stress. Sabar. Ini proses belajar.
Sampai rumah. Sebaik saja pintu rumah saya tolak, terkedek-kedek si kecik tu datang.
Bajunya tebal warna merah, pipinya nipis kemerah-merahan, dek sejuk angin winter, rambutnya lurus di depan menutup dahinya.
Waktu tu saya cukup penat. Sejak dalam kereta rasa nak tidor saja. Dan saya plan nak terus naik bilik dan tidor.
Tapi bila dia terkedek-kedek meluru ke arah saya, bertatih-tatih hampir jatuh, melemparkan senyum menampakkan barisan gigi susunya yang jarang, buat saya kesian dan geraammm.
Lalu saya rendahkan badan saya, tolak beg sandang ke tepi badan, tangan saya depangkan. Saya sambut dia dengan pelukan.
Ya! Saya peluk dia kuat-kuat! Dia spontan mencium pipi saya. Pipi saya yg sejuk dr angin Bristol 5C menyentuh pipinya yang suam dari haba pemanas di rumah kami di Leinster Avenue.
Magik! Terasa satu aliran keluar tenaga negatif dr badan saya
Terasa mengalir masuk tenaga positif dr anak yang saya peluk tu.
Malam itu, saya berjaga hingga 3 pagi dalam dingin winter, menyiapkan draf utk penyelia saya baca. Saya diberi masa 2 minggu.
Malam itu, saya berjaga hingga 3 pagi dalam dingin winter, menyiapkan draf utk penyelia saya baca. Saya diberi masa 2 minggu.
Tapi tenaga dari pelukan anak saya berumur 3 tahun tadi buat saya kuat. Ia tonik. Waktu tu, saya cuma ingat nak bagi draf siap.’
Itulah kisahnya.
Sekarang dia dah 14 tahun. Sedang menghafaz quran di sebuah sekolah. Sehingga sekarang saya masih suka memeluknya. Memeluknya kuat-kuat. Merangkulnya kemas-kemas.
Terutama bila dia pulang hujung minggu; sebelum kami solat jemaah, dan selepas solat jemaah. Saya peluuuukkk kemas2.
Hakikatnya, saya menumpang tenaganya. Tenaga penghafaz quran.
Dia pula menumpang saya. Tenaga dari seorang ibu.
Kami simbiosis.
Dialah sebahagian perjalanan “Aku Bukan Liabiliti” saya.
Terima kasih Adik! Semoga Allah merahmati Adik.
Bacalah #AkuBukanLiabiliti
https://www.facebook.com/eyja.joe.3/posts/10156827520768337?comment_id=10156829576463337¬if_id=1570445956990739¬if_t=feed_comment
We are everything but never a liability
ReplyDelete