My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Sunday 8 March 2020

Seeing values in you


How do you measure your own teaching?

Sharing my student say, posted on her FB.




๐Ÿ’•๐Ÿ’–๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒนAssalamualaikum w.b.t

Izinkan saya untuk brkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang pembelajaran saya brsama dr Eja.

Ketika saya dan sahabat saya mahu menjejakkan kaki ke Perpustakaan Sultanah Bahiyyah UUM, kami trserempak dengan dr Eja. Pensyarah kami semasa di semester ke 3.

Dengan teruja nya kami memanggil beliau. Dari jauh sudah kelihatan beliau tersenyum. Dia masih mengenali kami, anak anaknya semasa di semester ke 3.

dengan hormat nya.. Saya mencium tangan beliau, memeluknya erat.. tanda menghormati org yg telah banyak berkongsi ilmu nya kepada kami, tanda kami masih rindukan beliau untuk mengajar kami lagi..

Perasaan saya ketika itu..sebak, saya tidak tahu mengapa.. Mungkin sifat keibuan beliau.. Cara layanan beliau sepanjang belajar bersama beliau.. Nilai yg disampaikan oleh beliau yg saya rasa sgt boleh dijadikan ikutan untuk kami bakal guru..

maka kami berbual seketika.. Dan bermulalah adegan-adegan ulang tayang kisah pada semester lepas.. ๐Ÿ˜†

Jujur saya katakan saya suka dgn dr Eja.. Mksud saya ketika sesi bersama beliau di dalam kelas.. Saya suka ketika dr Eja mengajar kami. Saya bukanlah pelajar yg aktif dlm kelas.. Saya bukan lah pelajar yang rajin mengangkat tangan untuk menjawab soalan.. Saya lebih suka mendengar dan memerhati.. Dan saya akan berfikir dan kaitkan setiap yang disampaikan itu dengan kehidupan saya..apa yang saya perhatikan, dr Eja banyak memberi "value" setiap kali sesi pembelajaran beliau..


Value yg prtama

ketika saya dan beberapa ahli kumpulan saya mahu bersiap sedia untuk mencari maklumat tntang topik yang akan kami bentang, beliau sudi melayan kami..Melayan seperti kami ini sahabatnya.. Menerangkan begitu banyak sekali maklumat sampaikan saya rasa mcm nk bawak balik dr Eja sbb bnyak lagi soalan-soalan yang nak ditanya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Umumnya semua daripada kita tahu, tugas seorang pensyarah itu sangatlah sibuk, dengan mesyuarat itu ini.. Menanda kertas, layan students lain lagi.. Bukan kita seorang saja students mereka.Tapi layanan dr Eja itu,membuat kami ini rasa seperti sangat dihargai .Terima kasih dr Eja!


Value yang kedua

Setiap kali sesi pembelajaran, akan beliau selitkan nasihat.. Akan beliau selitkan tentang agama.. Saya suka.. Sebab ia sangat kena dgn jiwa saya.. Ada satu lagi pesanan dr Eja yang saya ingat. Iaitu setiap pagi kena rajin baca Al-Quran atau mendengar Al-quran sebab ayat Al-quran itu mempunyai satu gelombang positif yang mampu bagi tenaga kepada kita. Jadi jom lah kita sama-sama amalkan.


Value yang ketiga

Dalam sesi pdp pula, dr Eja banyak mengajar perkara baharu.. Jujur saya katakan,sebelum ini saya tidak tahu untuk mencari maklumat yg benar,atau dlm erti kata lain sumber ilmu yang sahih. Maklumat yang ada di internet itu terlalu banyak, dan kita tidak tahu kesahihan maklumat tersebut.. Dr eja banyak berkongsi tentang itu dan saya rasa saya boleh apply sampai bila bila.. Contohnya dr Eja bgtahu kepada saya serba sedikit..jika mahu mencari maklumat kita boleh search di google scholar, mandeley,science direct, academia, end note dan bnyak lg...kesemua jurnal dan article dalam sumber-sumber ini adalah sahih.. Hal ini kerana, kesemua jurnal trsebut telah dinilai berkali kali oleh individu-individu yg pakar dalam bidang tersebut, atau dalam erti kata lain peer review. Saya tahu perkara ini melalu dr Eja..

Mungkin org lain boleh menganggap ini merupakan prkara biasa, semua org dah tahu nk search pakai apa..

Tapi saya berkata ini dalam konteks diri saya.. Saya memang tidak tahu,dan saya sedang mengorek banyak lagi ilmu-ilmu baru.

Daripada prkongsian dr Eja Saya mula nmpak serba sedikit bunga bunga jika saya mahu menyambung pengajian ke peringkat master. Saya juga mula berminat dengan perkara-perkara yang melibatkan pembelajaran abad ke 21. Saya juga mula tahu dan ambil kisah tentang istilah baru contohnya seperti Latihan dalam perkhidmatan (LADAP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ,Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Long Life Learning (pendidikan sepanjang hayat).

Selain itu, dr Eja juga adalah antara pensyarah education saya yang ' advance'. ketika sesi pembelajaran, beliau sangat menfokuskan tentang pembelajaran abad ke 21. Contohnya aplikasi zoom us. Aplikasi zoom us ialah aplikasi di mana para pelajar dan pensyarah boleh bertemu muka melalui maya..satu prkara yang baru bg saya. Ini baru benar-benar kelas online!

Akhir sekali ialah, selepas habis pembentangan topik, maka setiap kumpulan yang membentang digalakkan untuk menjalankan permainan di dalam kelas. Kebiasaan permainan yg sering kita dgr ialah KAHOOT dan QUIZZLET. Tetapi ketika tiba giliran kumpulan saya untuk melakukan pembentangan, dr sarankan untuk kami menjalankan aktiviti Tarsia.

Maka bermulalah sesi saya dan ahli kumpulan meneroka apa itu Tarsia. Alhamdulillah, pada hari pembentangan, kami brjaya mengendalikan topik pmbntangan dan juga aktiviti Tarsia bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Jd prmainan ini sangat membantu menjdikan sesi pdp kami menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.

Oklah. Cukuplah setakat ini sahaja prkongsian saya. Satu lagi kata-kata Dr Eja yang saya akan ingat. “kata-kata yang disampaikan daripada hati akan sampai kepada hati juga.” Saya berharap semoga sedikit perkongsian dan luahan saya ini dpt memberi manfaat kepada org lain.


“Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain” Sekian. Terima kasih.


Amy Najwa Binti Mohd Ramlee

6/3/2020

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat


๐Ÿ’•๐Ÿ’–๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน


Alhamdulillah.


Dalam lambakan pelbagai gejala sosial melanda institusi pendidikan, masih ada anak-anak pelajar di abad 21 yang mencabar ini yg masih dapat menilai pengorbanan seorang guru.


Coretan beliau adalah hadiah utk ramai lagi guru2 di luar sana yg jauh lebih baik, lebih hebat, lebih berinspirasi dari diri saya yang kerdil, penuh dengan kekurangan ini.


I tribute her reflection for all teachers out there.

Teachers, you are awesome in your own way.


Amy, semoga berjaya menjadi guru berjiwa pendidik. Kata-kata yang baik seumpama doa yang akan kembali kepada pengucapnya.






No comments:

Post a Comment