(This post is still under construction)
Yang manakah antara berikut merupakan ulasan karya yang kritikal?
Nyatakan alasan anda.
Contoh 1:
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa……….. Hasil dapatan ini menyokong apa yang telah didapati oleh Tan (2002), Hamzah (2005), Laili (2007), Salwa (2007) dan terkini Rafi (2017), Norliza (2018) dan Zulkifli (2019). Walaupun dalam kajian ini, peserta kajian adalah guru yang mengajar peringkat sekolah rendah sedangkan dalam kajian Tan adalah ......., didapati kedua-dua kajian memaparkan ........... Maka, ini memberi implikasi bahawa guru tanpa mengira tahap pelajar yang diajar…. Pernyataan ini sebenarnya telah pun diutarakan oleh beberapa kajian terdahulu seperti … namun terdapat sebilangan pengkaji dan sarjana yang menyangkal pernyataan ini (citation) Ini kerana mereka berpandangan bahawa …. yang pada hemat pengkaji/penulis adalah boleh diterima atas dasar.......
Contoh 2:
Norzita (2004) dalam kajian mendapati min tahap kemahiran guru.......
Johari Shasudin dan Baharudin Mustafa (1999) membuat kajian atas 160 orang guru....Dapatan kajian menunjukkan bahawa......
Kajian Norizan (2003) mendapati bahawa guru kurang mempunyai.......
Tan (2002b) membuat kajian atas 4 buah sekolah telah mendapati.........
Contoh 3
Kajian tempatan mengenai sikap guru boleh dibahagi kepada dua kategori, iaitu a) ___- dan b) ______. Didapati kebanyakan kajian memfokus kepada jenis pertama (misalnya, Norzita, 2014; Norizan, 2015). Kedua-dua kajian Norzita dan Norizan menjalankan kajian atas __________ dan dapatan mereka menunjukkan bahawa…………Bagi jenis kedua yang lebih menekankan kepada ............., kajian Tan (2010b) telah memaparkan bahawa……….Walaupun membuat kajian atas sampel yang berbeza, Johari Shamsudin dan Baharudin Mustafa (1999) telah pun menunjukkan bahawa……….. Tetapi, pada keseluruhannya, masih kekurangan kajian yang menyentuh tentang sikap guru dari segi……Oleh itu, satu kajian yang bertujuan ……. adalah sangat diperlukan pada masa kini.
Jawapan:
No comments:
Post a Comment