My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Thursday, 18 July 2019

Bila ‘spacebar’ bertemu ‘colon’, ‘slash’ dan ‘hyphen’

Semua orang tak kira peringkat usia tak boleh lari dari keperluan menulis, kan?
Terutamanya para pelajar dan para pendidik.
Oh ya! Para ‘journalists’ or ‘even bloggers’!

Sering kedapatan penulis menulis dengan tatacara yang menyalahi ‘grammar rules’, atau ‘punctuation rules’. Dalam kalangan pelajar, kes sebegini sangat banyak ditemui.

Kalau anda merupakan cikgu yang memeriksa kerja murid yang sebegini, sakit mata dan kadangkala menggelegak hati membacanya. 

Berdasarkan pengalaman saya memeriksa kerja pelajar dan memerhatikan bahan penulisan orang atau rakan-rakan, kelihatan seperti perkara ini dipandang remeh.
Sudah tiba masanya perkara-perkara asas tatacara penulisan ini diberi perhatian serius. Hal ini kerana, kesilapan remeh yang berulang-ulang berlaku dalam teks atau dokumen, menjejaskan kualiti kandungan. Pembaca akan rasa terganggu! (terutamanya yang tahu bab punctuation ini. Dan semestinya semua orang
wajib tahu kerana ia sangat asas!)

Jadi saya coretkan sedikit di sini beberapa tips.
Mohon perhatikan perkara-perkara asas berikut:

1. Tatacara penggunaan *‘colon’* ie “:”

Grammar rules say *no space* before a colon “:”😁

Sebelum colon, tidak perlu spacebar

Cth betul:
Berikut adalah senarai barang:

Cth salah:
Berikut adalah senarai barang :

2. Tatacara penggunaan slash ‘/‘

Grammar rules say *no space* before and after a slash "/". 😁

Contoh betul:
suka/tidak suka

Contoh salah:
suka / tidak suka


3. Tatacara penggunaan sempang/hyphen:

Grammar rules say *no space* before and after a hyphen"-". 😁

Contoh betul:
Kanak-kanak

Contoh salah:
Kanak - kanak

Tolong gitau pelajar-pelajar kita yang sedang menulis assignment, RPH, laporan, minit mesyuarat dan seumpamanya 😁.
(Pada saya , kesilapan-kesilapan yang *bakal guru perlu elakkan, kerana guru adalah contoh)

Juga kepada rakan-rakan guru atau bukan guru yang memang kerjanya menghadap penulisan je sehari-harian!

#proofreaders hat’s on 🎩 ! 😁

#Road to scholarly teachers

Jika rasa bermanfaat, sila share. 
Terima kasih.
p/s Credit to proofreader Eve

DrNK

1 comment: