My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Thursday 10 October 2019

"Membongkok di lantai": Antara tersurat dan tersirat



Kata orang, belajar di universiti perlu ada 'class'.

Dewan seminar air-cond, kerusi moden, pelajarnya duduk mendengar kuliah dalam susunan barisan yang teratur. Patuh menyalin nota sambil mendengar.

Semasa saya membawa pelajar ke foyer perpustakaan, dan mengarahkan mereka duduk berkumpulan di atas lantai, menarik perhatian yang lalu lalang.

Ada yang kehairanan. Ada yang melemparkan senyuman.

Tak kurang yang mengajukan soalan.



Agaknya dibenak mereka seribu satu persoalan.

Dewan kuliah air-cond, kenapa belajar di sini?










Yang tersurat: mereka kelihatan kepanasan, kekebasan, kelenguhan.

Nampak tidak teratur. Bersimpang siur. (macam gelandangan? 😶)


Yang tersirat:


Mereka bakal-bakal guru yang bakal mengajar


cucu cicit saya dan saudara saudari sekelian.



Cucu cicit kita sekarang, yang akan hidup bukan di zaman kita sekarang.


Cucu cicit kita adalah generasi yang berdepan pelbagai cabaran, dugaan, teknologi, maklumat dan seribu macam kemodenan.




Pada abad 20, dan pada abad ke-21, perkara apakah yang tidak pernah berubah? Ya, pendidikan. Lebih tepat lagi, gaya pengajaran.

Yang tersurat, pelbagai perkara telah berubah.

Telefon: dulu tekan keyboard, sekarang touch pad

Kereta: dulu kereta lembu, sekarang kapalterbang

Bilik darjah: dulu bersusun-susun berbarisan, sekarang?

Jadi, jika bakal guru yang dilatih di universiti hanya duduk di kerusi disusun berbarisan, menadah telinga satu hala pada syarahan, bagaimana mereka dapat alami secara peribadi pengalaman berkolaborasi di dalam kumpulan sesama rakan, berkomunikasi bertukar-tukar pandangan, bersatu minda menyelesaikan permasalahan, mencipta dan menjana idea dari pelbagai fikiran?

Ramai percaya bakal-bakal guru perlu didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang kita mahu mereka aplikasikan di sekolah nanti.

Tapi berapa ramai sanggup perlahankan rentak silibus dan biarkan pengalaman 'peer-learning' menjuarai keadaan?



Jika mereka perlu duduk atas lantai, ya biarkan!

Jika mereka perlu berpindah-pindah dari satu stesyen ke satu stesyen, lakukan!

Jika mereka perlu menconteng beramai-ramai di atas kertas mahjong, kerahkan!

Jika mereka perlu belajar di luar kelas, di atas padang, di tepi taman, di pesisiran kolam, bawakan!

Biar mereka tahu, apa rasa duduk di lantai, apa rasa menconteng beramai-ramai di kertas mahjong, apa rasa mendengar dan menyoal dalam stesyen-stesyen yang berlainan, apa itu rasa menghormati pandangan orang, belajar 'agree to disagreement'

Kelak, mereka tahu bagaimana anak murid mereka akan berkelakuan.

Mereka akan lebih bijak menangani keadaan.




Hakikatnya, universiti bukan kilang yang mencipta robot yang pandai ambil nota dalam dewan.

Kita, di universiti sedang melahirkan pendidik dengan roh keguruan, agar murid terdidik dengan seluruh kemenjadian.














Yang tersurat adalah ketidakselesaan, dan kurang keakuran kepada skema perancangan (Scheme of work).

Yang tersirat adalah pengalaman, yang tidak mampu dibeli dengan syarahan.


"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya" 
(Ali bin Abu Thalib ra)

"Life is education itself" (Dewey)


2 comments:

  1. Saya setuju dengan apa-apa yang Dr. tulis. Walaupun masih dalam keadaan menyesuaikan diri dalam pelbagai jenis kaedah pembelajaran yang Dr ajar. Harap-harap pengalaman dapat memanfaatkan saya dalam proses pembelajaran dan pengajaran saya pada suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Teoh. Much appreciated. We’ re co-learners, co-learning designers. We are in ‘an interdependent academic ecosystem’.

    ReplyDelete