DrNK_to be posted, [14.08.21 10:25]
NAK MENULIS KENA BANYAK MEMBACA?
Apabila ditanya soalan sebegini, saya cuba mengimbas kembali kembara saya dalam penulisan.
Genre kita org sains biasanya akademik… saya pun byk kena tulis genre akademik sbb KPI artikel ilmiah.
Tapi saya perasan saya ada inclination towards genre info creative. Sy pnh tulis sajak dn terpilih utk majalah sekolah hahaaaa.. tapi sekali tu je lah. Masa tu x silap f3@f4.
Saya inspired tulis sajak tu sbb saya ada terbaca sajak2 dlm newspaper yg ayah saya beli (wpun saya duk asrama tapi bl balik hujung minggu saya cilok paper2 lama, kdg2 masa kemas rumah wktu cuti saya guna paper tu utk lapik2 atau lap2, masa tu mata saya sempat la curi2 baca.
Kdg2 baca paper yg lamaaa dr buat kerja cuci rumah 🙊heheehee).
So ada la ruangan2 cerpen sajak situ. Nak kata minat sgt tu tak.
Tp sy ingat saya admire mcmn penulisnya ‘personify’ objek2 menjadikan ia hidup dlm tulisan dn pmbacaan.
Personifikasi tu trbayang dlm minda saya waktu tu. apa maksud dia ni, itu yg terfikir oleh saya, dn sy cuba bayangkan.
Waktu tu, of course lah saya x tahu pun psl ‘personifikasi’, metafora, perlambangan dll. Itu yg saya kagum dn buat saya tenung bait2 ayat tu.
Jadi mungkin kerana saya mengkagumi sesuatu jadi kekaguman itu secara tanpa sedar membntuk satu latihan bawah sedar dlm diri saya.
Ia menjadi program latihan minda bawah sedar yg saya tak sedar. Aihh berbelit tak?
Impian tercipta bawah sedar
Ya. saya menyimpan ‘impian bawah sedar’ saya dlm keadaan tanpa sedar. Begitulah kot.
Masa di uni, sy amik bidang sains. Bljr Kimia Fizik Bio. Kena tulis laporan amali setiapp minggu. Penulisan yg berstruktur. Tapi ada latihan pemikiran kritikal dan analitikal sewaktu menguji hipotesis.
Namun penulisan dlm format yg ditetapkan.
So x boleh ‘rewang2’ otak ni.
Straight je otak saya, agaknya cam zombie.
Tu yg kekadang sy rasa stereotype. Bila jd gitu, saya capai magic pen saya, saya doodle.
Saya cuba lukis muka orang (yg akhirnya jadi macam… 🙈 shhhh 🤭🤫 sbb bukn pandai pun tp berangan je lebih).
Macamana pulak sy boleh suka doodle muka orang? Ya, saya kena shift buat sesuatu yg larikan saya dr keadaan yang rutin. Saya 'PAUSE' (ni saya ada tlis dalm Aku bukan liabiliti, ABL, iklan sikit ya, hehe)
Ahh ya saya baru tringat peristiwa ni!
Belajar dengan 'meniru'
(Saat Ni dlm mata saya ternampak2 suasana dlm kelas di sekolah rendah, wajah kawan saya tgh lukis sebelah saya smbil sy memandang lukisan dia.)
Kawan saya ni, dia pandai. Selalu dpt nombor 1 dlm kelas. Anak seorang Ustaz terkenal waktu tu (dah Arwah, bapanya, innalillah). Dia duk semeja sebelah saya dlm kelas di sekolah rendah. Sekarang dia dah jadi Doktor di Utara Semenanjung.
Saya dapat kontek beliau kembali apabila secara tak sengaja, apabila ketahui anak kami sekolah di asrama yang sama dalam tingkatan yang sama di sebuah sekolah di asrama penuh di Utara, Alhamdulillah (namun bukan kebetulan, kerana tiada kebetulan dalam takdir ALLAH).
Nama anak saya yg bongsu saya mcm nama dia, tapi dia tak tau (suami sy suggest nama tu. mengikut suami saya, masa sy ngandungkan anak bongsu, saya sedang gigih uruskan 'konflik' dgn biasiswa saya. anak sya merupakan 'impian' atau 'cita-cita' saya, mengikut suami saya. jdidalam bahasa arab, itulah maksud nama anak sy. saya blm tulis lg cerita ni di mana2, insyaAllah buku kedua saya. NANTIKAAAAAN 😁).
Kawan saya yang bijak ni, dia pandai lukis bibir dan gigi orang senyum. Saya kagum, lukisan dia cantik, nmpk real, putih berseri gigi, manis mulut tu…mcm ubat gigi Darlie… haaaa mcm tu lah.😬😬. jadi pada saya dia cerdik,bijak, sopan santun sangat lemah lembut (mmg sesuai anak ustaz) dan dia bijaaaaak..nombor satu setiap kali peperiksaan. masyaALLAH).
berbalik pada lukisan beliau...
Jd saya imitate cara lukis mulut gigi org mcm kawan saya tu.
Mata pula saya doodle juga, bila tgk kawan sekolah menengah saya lukis mata, sgt menawan, mcm mata kartun Jepun tu, bulat, mata hitam besauu berkilat…
Bila buat PhD, di awalnya tulisan saya structured. Walhal saya buat bidang social science. Rupanya penulisan structured yg saya mahiri sejak di Uni tempatan masa first degree krn didoktrinkan dgn pemikiran objektivisme tu mendapat teguran SV saya.
So saya kene ‘leteiaq manja’ oleh SV saya Prof Marilyn Osborn. Dia htr saya ke kelas bhs inggeris utk kuasai teknik menulis sains social...Ohhh, ada pesen lain ke menulis sosial sains???aduhhhhh.
Alhamdulillah sekejap je saya blh ‘grad’ dr kelas tu… 2 bulan je kot, asal 6 bln.
Stress saya sbb bila kena join kelas tu terhenti sekejap proses penulisan proposal sya.
Walhal saya ligan nak balik cepat x nak lama2 di Bumi Ratu Inggeris (saya ada nukilkan peristiwa ni dlam AKu Bukan Liabiliti, ABL, iklan sikit lagi no:
http://www.nennybook.biz/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA2827).
(Sekarang ada offer, set kombo ada promosi, untung ni)
|
(mana nak dapat buku ni? klik: http://www.nennybook.biz/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA2827
buku2 lain pun bnayak di sini: nennybook.biz) |
Bila saya tgh tulis tesis, sy submit draf chapter, sekali lg SV saya tegur (SV yg baru, Prof Susan Robertson, krn yg asal pncen.
Jd saya pun alami SV yg bettukar2, mcm orang lain yg mengaji PhD juga, dugaan mcm2, suspen kan waktu tu.
Saya ingat Susan tegur: Eyja your writing is woobly. Where’s your voice?
Voice? Apa tu????
Adui. Pening saya.
Latihan membina 'otot kritikal"
Maka bermulalah episod saya duk bertapa dlm library. Berbulan-bulan geng!
Bukan cr bahan tesis! Kali ni, saya sengkang mata, buka tesis demi tesis, helai demi helai, setiap hari!
Hanya utk apa? Hanya utk study lenggok2 irama penulisan sains sosial.
Saya namakan ini episod membina otot kritikal dalam otak saya. Ya ia ibarat 'brain gym'; saya mengarahkan neuron2 dalam anatomi otak beriadah, berekreasi dan berlatih dengan ayat-ayat penulisan ilmiah yang kritikal, dan analitikal.
Saya cuba membina otot-oto kritikal dalam anatomi otak saya.
Saya mencari 'voice' dlm tesis2 mereka ni. Voice untuk menghidupkan voice dlm penulisan saya.
Dan saya memang kagum sangat dengan penulisn mat salleh ni. Bila depa argue sesuatu, siap dengan fakta dan hujah yg ampuh.
Depa punya argumen memang konkrit, yg abstrak jadi realisitik,
minda saya terjentik.
Lalu waktu tu, hati saya berdetik, bisakah saya menulis begini cantik?
Hati saya terdetak, mampukah saya tulis sebegini mantap?
Setelah saya belajar berjam2 setiap hari dalam library, hari demi hari, dan beli bbp buka critical thinking karya... (tak ingat dah nnt saya cari dan share sini) saya mula redraf semua chapters saya..ada 10 bab tesis sya.
(OK saya dah jumpa, dalam amazon ada, RM92+, Stella Cottrell)
Saya menangis masa tulis tu. siksa nya. dah la saya bukan orang tesl, sya x pandai berbasi berbasa dlm basa inggeris. (Kisah seterusnya ada dalam ABL, x larat dah nak tulis sini. saya OK je, takut tuan/puan laaa bosan n penat baca tulisan sy ni 😉).
Menulis dari hati
jadi berbalik kepada pandangan dan soalan atas tu, kena baca banyak ke?
ya lah. pada saya kena banyak baca.
baca banyak dan banyak baca. sama ke tak sama?
banyak baca.
banyaaaak baca mungkin tak melekat apa2 kalau kita baca tanpa ketara sedar ttg tujuan membaca.
Baca banyak. Baca banyaaak pun tak akan hasilkan apa2 kalau kita baca tanpa matlamat.
jadi nak buat camne?
jadi nak baca kena set kan matlamat.
bayangkan apa akhirnya akan dapat.
bayangkan hasilnya nanti rupa hasil yang kita akan tatap.
pesan saya: jgn terlalu rigidkkan dng struktur tertentu. tulis tanpa henti saat idea menerjah.
pada waktu kemudian, baru sunting idea-idea tadi.
ini jg bergantung genre.
nasihat saya: mulakan dengan genre kreatif iaitu bentuk bebas utk asah otak keluarkan kembali peristiwa harian spt kita tulis diari. anggap x de org nka baca (diari kan, ia peribadi, jadi kita x risau orang nak nilai) ini step pertama. kemudian baru sunting dgn letakkan sasaran pembaca. waktu ni idea dah ada dah.
Sbb, jika kita terlalu takut nak mula, apa dalam hati, tak keluar.
Keluarkan dulu dr hati, kenang peristiwa2 yng kita paling ingat, disakiti, digembirakan? sudah tentu ada, kan?
Perisitiwa2 begini kita mudah ingat dan senang tulis. Dulu2, saya suka tulis diari.
Ia satu terapi mida saya. Ada berlaku apa2 yang saya sedih, saya suka, saya akan tulis. Saya akan lega selepas tulis sorang2. saya tulis apa yang saya rasa dan perkara yang perlu sy buat utk penawar hati saya.
saya mula tulis diari sejak di uni. Dicadangkan oleh Guru Bahasa Inggeris saya. dia suruh saya sentiasa tulis jurnal/diari utk latih lahirkan perasaan saya. Masa sekolah rendah saya rasa tak pernah tulis diari kot, tak kenal diari lg masa tu.
jadi saya mula berjinak2 tulis diari utk tujuan yg lebih universal bukan utk improve BI saya shj.
dan kerana saya ada ramai adik beradik bilik tidor kami share jadi almari pun kami share. jadi diari sya tulis dalam jawi.
bahasa inggeris yang dijawikan. hahaha. ni baru rahsia saya keluar. jadi x de sapa pun faham apa saya tulis. saya je faham. ada diari tu masih ada saya simpan hingga sekarang.
kalau hilang pun, hilang dalam simpanan.
jadi berbalik semula kepada pokok pangkal perbincangan kita di sini.
kena banyak membaca? Ya,
membaca dengan penuh ketara sedar; nak cari pedoman, nak cari panduan.
dan kagumi dalam hati kekuasaan Allah akan ilmu2 yang tercatat oleh penulis, bukan penulisnya. Penulisnya adalah perantaraan sema-mata.
itulah hebatnya kekuasaaan Allah.
maka tak hairanlah, jk ada saintis, sarjana atau profesional bukan Muslim yang membaca Al-Quran dngn ketara sedar tujuan mereka, akhirnya akan dpt hidayah.
tak kira ketara sedar itu berunsur baik atau buruk pada asalnya, kerana ada je yg baca nak cari kepincangan al-Quran, namun dek kerna mukjizatnya Al-Quran itu, akhirnya akan terbuka kebenaran satu persatu, kerana alquran tak pernah bercanggah dgn kejadian alam, yang kini mampu diterangkan secara saintifik sedikit demi sedikit.
Dan sunnah nabi pun saintis telah berjaya selongkar kenapa nabi melakukannya, ada kaitan dgn kesihatan dan fitrah fisiologi dn biologi penciptaan manusia.
maka pokok pangkal adalah mengakgumi Pencipta kita iaitu Pemilik Ilmu itu sendiri.
jadi sekali lagi, berbalik kpd persoalan tadi, nak menulis kena banyak membaca?
Jawapan ya, asasnya membaca dan peneguhannya ialah ketara sedar yang akan tujuan kita membaca.
Nak mula di mana???
Start with the end in mind.
Now, what's your END?
(Nota: catatan perkongsian dalam telegram Flipped Classroom. Terima kasih Pn Syami KMPP kerana initiate penulisan ini.)