SKETSA: BERKAT KEGIGIHAN DAN KERENDAHAN HATI SEORANG MUJAHID ILMU
"BEST PAPER PRESENTER" in Special Education International Conference 2019." (25-27 Sept 2019, SED, MoE)
"BEST PAPER PRESENTER" in Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Norma Baharu 2021 (21-22 April 2021, IAB)
Kisahnya...
Kertas (2019) ni asalnya ialah paper Master student yg saya 'supervise', Cikgu Bibi. Dia seorang guru, sangat kental, optimis dan mudah terima teguran. Dia tido bangun rumah saya buat tesis hingga siap. Ini cerita lama. 2017-2018.
Alkisah dalam kisah...
(2017): Dia mula berkampung tiap kali cuti dan hjg minggu di rumah saya semata2 nak belajar, menimba ilmu dan pengalaman serta menghabiskan tesis masters yang tertunggak beberapa tahun (beliau dpat HLP pada 2013).
FLASH BACK: Mastersnya 5 tahun, bermula 2013. Waktu tu, saya memberi ceramah dan bengkel utk penerima biasiswa KPM/HLP. Setelah itu kami tak bertemu lagi.
Rupanya lama dia mencari saya utk berguru. Tesisnya penuh liku.
(2017): Akhirnya, 2017 mempertemukan kami kembali dalam arena jihad ilmu. Sejak itulah dia 'berkampung' di rumah saya. Bermulalah episod bersengkang mata menyiapkan tesis beliau.
Senang berkongsi ilmu dgn orang sebegini. Tidak sombong dan merendah diri. Sentiasa menghormati saya sebagai guru. Malah sebenarnya kami seperti adik bradik. Masalah dia masalah saya juga.
(2018): Akhirnya, berkat kegigihan beliau, beliau konvo Ijazah Sarjana di UM pada 2018. Alhamdulillah.
Setelah selesai masters, kami berganding bahu utk jadikan bahan masters 3DLEXIC sbg inovasi.
(2018-2019): 3DLexic memasuki byk pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Alhamdulillah sentiasa dapat Gold.
Tapi Ckg Bibi x pernah berhenti. Ckg Bibi proaktif cari peluang perbaiki produknya. Dan saya cukup senang support dan bekerja dengan beliau. Kami mempunyai chemistry. Alhamdulillah.
(2019): Kami sepakat pula berganding menulis artikel hasil dari tesis Masters beliau (3DLexic). Kertas yang dibentangkan hasil drpd projek Masters beliau mendapat 'BEST PAPER PRESENTER' (gambar).
(2021): Sekali lagi kami berganding bahu untuk projek penyelidikan baharu: PENGURUSAN TEKNIK PENYOALAN GURU DALAM PROSES INSTRUKSIONAL PEMULIHAN KHAS BERINTEGRASIKAN VAKT
Dan sekali lagi dinobatkan sebagai Kertas Pembentangan
Terbaik
.Menang bukanlah segalanya....kegigihan itulah yang paling utama...'No Pain No Gain'.
Saya pula: Bermula dari seorang penceramah kursus, sahabat, kakak, pendorong, kepada beliau, kini...tugas saya semakin berat dan mencabar untuk beliau. Kerana...
Cikgu Bibi menunggu tarikh utk mendaftar di UUM sebagai pelajar PhD. Saya pula insyaAllah diberi amanah untuk menyelia beliau.
terus mendoakannya.
Saya nukilkan kish ini supaya saya tidak lupa insan-insan yang mencorakkan kehidupan saya.
Saya harap kisah ini inspirasi buat anak2 pelajar semua.
Cikgu Bibi 'resembles' myself and those out there in our old days.
Her character is among those characters I picturesque in my masterpiece, "AKU BUKAN LIABILITI"
Semoga semua kita berjaya tunaikan amanah sebagai profesional pembangun ummah!
Bacalah AKUBUKANLIABILITI
No comments:
Post a Comment