LastikMinda1: Mengapa kita mengeluh dengan penyelidikan?
Ramai orang, termasuk saya sendiri (suatu waktu dulu, sekarang ok ler sikit), mengeluh bila diminta buat kajian atau penyelidikan. Mengapa ya?
Adakah kerana ianya sukar? Sesuatu yang bukan rutin harian? Sesuatu yang terlampau ilmiah. Atau kerana ianya di'brand'kan pada intelektual sahaja?
Sedangkan, pada hakikatnya, sehari-harian kita sebenarnya terdedah dengan fenomena yang boleh mencetuskan pertanyaan. Dari pertanyaan, timbul rasa ingin mencari jawapan..Nah, itu lah basic kepada suatu penyelidikan...persoalan yang ingin dicari jawapannya. Jika anda sudah ada perasaan itu, maka anda telah menempah tiket penerbangan untuk menjadi seorang penyelidik (mungkin perkataan ini menggerunkan). Baiklah, sebenarnya bahkan bukan itu sahaja, anda sebenarnya menempah untuk menjadi ilmuwan, kayawan, jutawan, budiwan (?), budiman. Bukankah semua 'wan-wan' ini sesuatu gelaran yang positif? Tak perlu lihat dari sudut material sahaja. Pengertian jutawan dan kayawan melalui hobi menyelidik ini adalah sesuatu yang implisit, bukannya bermaksud wang ringgit. Anda akan lebih berpengetahuan, lebih berdaya tahan, lebih berdaya saing, minda lebih tajam, dan bla, bla... Anda perlu laluinya sendiri baru anda dapat rasakan ni'mat 'wan-wan' ini. Tunggu apa lagi..ayuh! teruskan pengembaraan anda.
Sekarang, di awanan pengembaraan mencari jawapan, lengkapkanlah diri anda dengan ilmu-ilmu menjalankan kajian. Kenapa perlu ilmu ini? supaya jawapan yang anda temui nanti tinggi kebolehercayaannya dan kesahannya, bukan hanya semata-mata tekaan atau dakwaan kosong. Kelak orang yang sedang mencari jawapan kepada persoalan yang sama akan senang mengiyakan penemuan anda itu. Ilmu-ilmu inilah yang dikatakan ilmu ke arah proses yang sistematik dan saintifik dalam mencari jawapan.
Berbeza dengan penemuan kepada persoalan tanpa melalui kaedah yang sistematik dan saintifik, penyelidikan yang tidak melalui kaedah yang saintifik dan sistematik atau diterjemahkan ke dalam bahasa omputihnya, 'rigorous', akan hanya mengundang rasa tidak percaya orang yang membacanya. Maka berhati-hatilah apabila anda sedang mengembara mencari jawapan, kerana jawapan yang diterima secara ilmiah adalah yang melaui proses yang saintifik, sistematik dan rigor.
Selamat mengembara di dunia penyelidikan!!
My Teaching and Learning Philosophy
- Dr Norliza Kushairi
- Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment