My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Thursday, 10 October 2019

"Membongkok di lantai": Antara tersurat dan tersirat



Kata orang, belajar di universiti perlu ada 'class'.

Dewan seminar air-cond, kerusi moden, pelajarnya duduk mendengar kuliah dalam susunan barisan yang teratur. Patuh menyalin nota sambil mendengar.

Semasa saya membawa pelajar ke foyer perpustakaan, dan mengarahkan mereka duduk berkumpulan di atas lantai, menarik perhatian yang lalu lalang.

Ada yang kehairanan. Ada yang melemparkan senyuman.

Tak kurang yang mengajukan soalan.



Agaknya dibenak mereka seribu satu persoalan.

Dewan kuliah air-cond, kenapa belajar di sini?










Yang tersurat: mereka kelihatan kepanasan, kekebasan, kelenguhan.

Nampak tidak teratur. Bersimpang siur. (macam gelandangan? 😶)


Yang tersirat:


Mereka bakal-bakal guru yang bakal mengajar


cucu cicit saya dan saudara saudari sekelian.



Cucu cicit kita sekarang, yang akan hidup bukan di zaman kita sekarang.


Cucu cicit kita adalah generasi yang berdepan pelbagai cabaran, dugaan, teknologi, maklumat dan seribu macam kemodenan.




Pada abad 20, dan pada abad ke-21, perkara apakah yang tidak pernah berubah? Ya, pendidikan. Lebih tepat lagi, gaya pengajaran.

Yang tersurat, pelbagai perkara telah berubah.

Telefon: dulu tekan keyboard, sekarang touch pad

Kereta: dulu kereta lembu, sekarang kapalterbang

Bilik darjah: dulu bersusun-susun berbarisan, sekarang?

Jadi, jika bakal guru yang dilatih di universiti hanya duduk di kerusi disusun berbarisan, menadah telinga satu hala pada syarahan, bagaimana mereka dapat alami secara peribadi pengalaman berkolaborasi di dalam kumpulan sesama rakan, berkomunikasi bertukar-tukar pandangan, bersatu minda menyelesaikan permasalahan, mencipta dan menjana idea dari pelbagai fikiran?

Ramai percaya bakal-bakal guru perlu didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang kita mahu mereka aplikasikan di sekolah nanti.

Tapi berapa ramai sanggup perlahankan rentak silibus dan biarkan pengalaman 'peer-learning' menjuarai keadaan?



Jika mereka perlu duduk atas lantai, ya biarkan!

Jika mereka perlu berpindah-pindah dari satu stesyen ke satu stesyen, lakukan!

Jika mereka perlu menconteng beramai-ramai di atas kertas mahjong, kerahkan!

Jika mereka perlu belajar di luar kelas, di atas padang, di tepi taman, di pesisiran kolam, bawakan!

Biar mereka tahu, apa rasa duduk di lantai, apa rasa menconteng beramai-ramai di kertas mahjong, apa rasa mendengar dan menyoal dalam stesyen-stesyen yang berlainan, apa itu rasa menghormati pandangan orang, belajar 'agree to disagreement'

Kelak, mereka tahu bagaimana anak murid mereka akan berkelakuan.

Mereka akan lebih bijak menangani keadaan.




Hakikatnya, universiti bukan kilang yang mencipta robot yang pandai ambil nota dalam dewan.

Kita, di universiti sedang melahirkan pendidik dengan roh keguruan, agar murid terdidik dengan seluruh kemenjadian.














Yang tersurat adalah ketidakselesaan, dan kurang keakuran kepada skema perancangan (Scheme of work).

Yang tersirat adalah pengalaman, yang tidak mampu dibeli dengan syarahan.


"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya" 
(Ali bin Abu Thalib ra)

"Life is education itself" (Dewey)


3-D Lexic (Dyslexic Aid): bukan sekadar alat belajar (Kisah Guru yang Gigih)


Best paper presentation! 3D Lexic.
Tahniah Cikgu Bibi Maslina. Kegigihanmu terbayar! Alhamdulillah.

Bukan sekadar alat belajar. Tersirat di sebaliknya, sebuah kisahnya...

****************************************************

Ini asalnya ialah paper Master student yg saya supervise, Cikgu Bibi.
Dia seorang guru, sangat kental, optimis dan mudah terima teguran.

Dia tido bangun rumah saya buat tesis hingga siap. Ini cerita lama. 2017-2018.

Dia berkampung tiap kali cuti dan hjg minggu di rumah saya semata2 nak belajar dan menimba ilmu dan pengalaman.


Senang berkongsi ilmu dgn orang sebegini. Tidak sombong dan merendah diri.
Sentiasa menghormati saya sebagai guru. Malah sebenarnya kami dah seperti adik bradik.

Masalah dia masalah saya juga.
Setelah lama diuji Allah, akhirnya beliau berjaya melepasi satu demi satu halangan.

Mastersnya 5 tahun, bermula 2013.
Waktu tu saya memberi ceramah dan bengkel utk penerima biasiswa KPM/HLP.

Lama dia mencari saya utk berguru.

Akhirnya, 2017, bertemu kembali setelah terputus hubungan.

Sejak itulah dia berkampung di rumah saya. Pengalaman yg menyeronokkan menyiapkan tesisnya, hinggalah kami berganding bahu utk jadikan bahan itu sbg inovasi.

Memasuki banyak pertandingan termasuk iDBOS17, iDBOS18 dan PRISM19.

Alhamdulillah sentiasa dapat Gold.

Tapi Ckg Bibi tak pernah berhenti. Ckg Bibi proaktif cari peluang perbaiki produknya.

Kami mempunyai chemistry.

Perjalanan masih jauh. Semoga masa depan Ckg Bibi semakin cerah.

Sbg kakak, sahabat, penyelia, ahli akademik, saya akan terus mendoakannya.

Saya harap kisah ini inspirasi buat anak2 semua.

Monday, 7 October 2019

Aku Bukan Liabiliti: Pelukan vs Stress

Cerita sikit.

Tentang “S-t-r-e-s-s”.

Semasa ceramah di sebuah sekolah pada Sabtu 5 Okt 2019 (SMKSS), dengan tajuk ‘Bagaimana menjadi guru yg relevan di abad ke-21’, sempat saya kongsi pengalaman menangani stress belajar PhD dahulu.

Kerana saya juga guru, saya tau stress seorang guru.

Senang saje. Semua orang boleh buat.Senang saje. Semua orang boleh buat.

Kisahnya...

“Pulang dr universiti. Setelah selesai jumpa penyelia yg minta baiki itu ini.


Aduhhhh. Stress. Sabar. Ini proses belajar.


Sampai rumah. Sebaik saja pintu rumah saya tolak, terkedek-kedek si kecik tu datang.


Bajunya tebal warna merah, pipinya nipis kemerah-merahan, dek sejuk angin winter, rambutnya lurus di depan menutup dahinya.


Waktu tu saya cukup penat. Sejak dalam kereta rasa nak tidor saja. Dan saya plan nak terus naik bilik dan tidor.


Tapi bila dia terkedek-kedek meluru ke arah saya, bertatih-tatih hampir jatuh, melemparkan senyum menampakkan barisan gigi susunya yang jarang, buat saya kesian dan geraammm.

Lalu saya rendahkan badan saya, tolak beg sandang ke tepi badan, tangan saya depangkan. Saya sambut dia dengan pelukan.


Ya! Saya peluk dia kuat-kuat! Dia spontan mencium pipi saya. Pipi saya yg sejuk dr angin Bristol 5C menyentuh pipinya yang suam dari haba pemanas di rumah kami di Leinster Avenue.


Magik! Terasa satu aliran keluar tenaga negatif dr badan saya


Terasa mengalir masuk tenaga positif dr anak yang saya peluk tu.


Malam itu, saya berjaga hingga 3 pagi dalam dingin winter, menyiapkan draf utk penyelia saya baca. Saya diberi masa 2 minggu.



















Memang saya boleh pilih ‘break’ di hujung minggu.


Tapi tenaga dari pelukan anak saya berumur 3 tahun tadi buat saya kuat. Ia tonik. Waktu tu, saya cuma ingat nak bagi draf siap.’

Itulah kisahnya.

Sekarang dia dah 14 tahun. Sedang menghafaz quran di sebuah sekolah. Sehingga sekarang saya masih suka memeluknya. Memeluknya kuat-kuat. Merangkulnya kemas-kemas.

Terutama bila dia pulang hujung minggu; sebelum kami solat jemaah, dan selepas solat jemaah. Saya peluuuukkk kemas2.

Hakikatnya, saya menumpang tenaganya. Tenaga penghafaz quran.

Dia pula menumpang saya. Tenaga dari seorang ibu.

Kami simbiosis.

Dialah sebahagian perjalanan “Aku Bukan Liabiliti” saya.

Terima kasih Adik! Semoga Allah merahmati Adik.


Bacalah #AkuBukanLiabiliti




https://www.facebook.com/eyja.joe.3/posts/10156827520768337?comment_id=10156829576463337&notif_id=1570445956990739&notif_t=feed_comment


























Sunday, 6 October 2019

"Tap it! "and "Map it!": Mind your knowledge!

"WHAT IS THE MANAGER OF KNOWLEDGE? = MIND"- Tony Buzan.


Have you heard of Tony Buzan's Mind Map?



I am pretty sure all of you have.

 The story went like this:

In most of my classes, I asked my students to explore the TB's mind map as a means to extend their learning skills, extend their memorisation capacity, extend their cognitive capability and many more plus point of extending their brain capacity using this method.


My love for this amazing method has paved me to buy this book via an online platform back in 2010. The outcome is tremendous and it worths every cent paid.



Upon marking my students' work, I found that they are still struggling with mastering these skills.




Even though a series of explanations and demonstrations have been invested in the class, there remains a number of students (regretfully) who really couldn't just see the method clearly.
As a proponent of video teaching (Flipped Lah!), I searched for TB's video on MM, and compile some of them to assist their understanding.

So, students (and my fellow teachers as well), here are some of them.

And if you thirst for more, just type Tony Buzan or mind map and a compilation of videos will populate.

Watch the videos here:

Think Buzan_Mind Map Power1

Think Buzan_Mind Map Power2

Then watch my video here:

Me demonstrating and facilitating my students on MIND MAP (Class Thursday 3rd Oct 2019)

ThinkBuzan.com