My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Wednesday, 21 October 2020

Apa yang dimaksudkan "Manusia sebagai khalifah"

 Tugas sebagai khalifah Allah SWT. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah Al-Baqarah, ayat 30)

Dalam Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan maksud “khalifah” dalam ayat ini: Khalifah ialah seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi dengan berdasarkan wahyu dan syariat Allah, supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah Azza wa Jalla.

Kisah Nabi Daud AS di dalam Al-Quran merupakan iktibar dan pengajaran kepada umat manusia akhir zaman tentang tugas seorang khalifah, firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu”. (Surah Saad, ayat 26)

Pengajaran daripada ayat ini kepada umat Islam zaman ini, sebagai khalifah kita terikat dengan hukum dan syariat Islam yang mencakup semua perkara seperti aqidah, syariat, akhlak, kehidupan dan sebagainya.



Petikan dari khutbah jumaat:

https://jheains.sabah.gov.my/index.php/21-terapi-minda/298-khutbah-jumaat-19-julai-2019

No comments:

Post a Comment