My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Friday, 19 March 2021


Begini jadi Cikgu? Evolusi seorang guru

Sebenarnya jadi cikgu ni, kita MULA dengan satu:

Aku kena buat 'sesuatu' supaya setiap murid 'dapat sesuatu'.


Saat kaki langkah masuk kelas, pasang nawaitu:

"Hari ni kena pastikan SETIAP pelajar dapat sesuatu dr aku".


Sewaktu kelas, lihat muka budak-budak tu. Pastu tanya diri:

"Apa lagi aku boleh buat, supaya budak-budak ni dapat belajar ‘sesuatu’ dariku?"


Nak keluar kelas, tengok lagi muka budak-budak tu, satu, satu.

"Sebelum aku masuk, dan selepas aku keluar,

fikiran, emosi, tingkahlaku, kat mana berubah tu?"


Nampak wajah ‘struggle’. Cakap pada diri sendiri: "Tak boleh jadi, aku kena buat sesuatu."

Tukar sikit approach, cuba 'sesuatu' yang 'agak baru', sebelum ni tak pernah ambil tau.

Eureka! INOVASI berlaku.



Eh! Budak-budak rasa camna? Syok sendirikah aku? Kumpul data sikit, sebelum dan selepas percubaan tu.

Rupanya aku MENGKAJI tingkahlakuku.



Oh ya. Nantikan lupa apa buat. Kena tulis ni. Dokumentasi gituu. Eh, mana reti? C'mon, belajar menuliskan dari darjah satu?

Sedar tak sedar, eh dah MENULIS pula aku!



Pastu, kawan ajak 'jom seminar'. Ubah info ke dalam slaid. Audien tanya bertalu-talu.

Mula-mula gugup. Lama-lama, gila 'ccopong' kata sifuku!

Anak murid pula tegur: Wah! dah jadi PEMBENTANG cikgu!



Sambil bentang, jumpa kawan-kawan baru. Minat sama dgn aku. Jom kolab!

Dah jumpa NETWORKING sesama gu.



Habis, takkan nak simpan je laporan tu? Terperap, macam tak laku. Edit sikit ikut format jurnal tu. Kawan tanya: buat pe tu?

Aku kata: PENERBITAN, mengkhazanahkan ilmu!



Eh! MULA di mana semua tadi tu??? Dalam kelas sendiri je, gu! Tak keluar pun beribu batu!

Hmmm! Tak susah jadi cikgu. Yang susah kalau tak mahu berguru!


Anda dapat sesuatu?

Dr Eyja @N Kushairi
19 Mac 2021@6 Syaaban 1442H: 9:46pm


1 comment:

  1. Sangat menarik...Terbaik Dr. Izinkan untuk share dengan guru-guru di luar sana.

    ReplyDelete