My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Friday 10 June 2016

Menulis dan Botox.

'Menulis ibarat botox.'

Benarkah frasa di atas?
Tidak benar bagi seorang yang bukan sarjana. Benar bagi seorang yang ingin bergelar sarjana.

Kenapa? Pengalaman sendiri.
********

Saya pernah merasa 'mandom' untuk ke tempat kerja. Bosan. Masuk kelas keluar kelas. Hampir sama setiap hari.

Badan rasa lemah. Puncanya, otak saya yang lemah. Tiada apa yang mencabar neuron-neuron saya untuk ligat berfikir.

Benar, fizikal saya berada di zon selesa. Namun, lama kelamaan fizikal saya rasa lesu.

Bila lihat cermin, mata saya dapat melihat 'penuaan'  akibat zon selesa itu.

Puncanya? Saya telah membiarkan minda saya 'ketandusan'.

Lalu saya berusaha mencari penawarnya. Ia mesti sesuatu yang mencabar otak saya. Saya paksa diri menulis. Suatu topik yang saya suka. Namun proses itu begitu payah setelah sekian lama saya rehatkan otak saya.

Saya tahu, ada sesuatu yang saya nak sampaikan dan kongsikan, dan ianya perlu berlaku di dalam penulisan. Ia perlu berlaku sebelum  hujung perenggan. Itulah sasaran.

Bila ada sasaran sebegitu, dapat saya rasakan jentikan pertama pada otak saya. Ia ibarat makan asam. Ibarat suatu sengatan pada deria lidah, yang membuatkan kecur air liur (macam iklan gula-gula Nano-nano tu).

Untuk mulakan ayat pertama yang susah, saya terpaksa baca. Dan baca. Dan baca.

Setelah disuntik motivasi itu melalui beberapa pembacaan, baharulah neuron-neuron otak saya mula 'hidup'. Lalu timbullah pelbagai ilham untuk memulakan ayat pertama tersebut.

 ******
Jadi bagi saya:

Tidaklah begitu merbahaya jika seorang sarjana berhenti membaca.

Yang merbahaya jika seorang sarjana berhenti menulis.

Kerana, berhenti menulis bererti membiarkan penuaan berlaku kepada minda seorang yang ingin menjadi sarjana.

Jadi saya buat kesimpulan:
Orang yang minatnya membaca, tidak semestinya akan menulis.

Orang yang minatnya menulis, semestinya perlu membaca.

Kerana, seorang sarjana tidak menulis cerita dongeng. Tugasnya membahas ilmu untuk mencambahkannya.

Jadi menulis itulah botox bagi saya. Walaupun sukar dan mahal, ia memastikan minda dan idea saya sentiasa muda dan segar.

Apa-apapun, terpulang anda mahu membenarkan atau tidak. Terpulang juga anda mahu jadi sarjana atau tidak.






No comments:

Post a Comment