19 September 2016 (17 Zulhijjah 1437)
Perasmian bilik pembelajaran abad ke-21 telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Dato Sri Mahdzir Khalid pada 19 September 2016. Alhamdulillah.
Pembinaan telah bermula dari Jan 2017 secara perlahan-lahan mengikut tahap keupayaan keadaan semasa (kewangan, tenaga kerja, masa).
Semoga bilik ini menjadi wadah bagi penyuburan kemahiran kompetensi pensyarah dan bakal guru IPGK.
Sesi taklimat tentang tujuan pembinaan bilik dan funsgi susun atur bilik diberikan oleh Pengurus Projek, Dr Norliza Kushairi.
Sesi simulasi PdPc yang diberikan oleh pelajar major Sains PISMP tentang pendekatan Flipped Classroom yang digunakan pensyarah, Dr Norlza Kushairi dalam kursus Kimia Bukan Organik.
Penerangan oleh pelajar tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran Kursus Kimia Bukan Organik menggunakan Facebook. Idea yang dihasilkan melalui kerja kursus/tugasan kursus diprmosikan kepada orang awam melaui Facebook. Di sini elemen keusahawanan dan kreativiti yang diterapkan dalam KSSR disuburkan.
Penerangan yang menarik oleh pelajar alaf digital.
Tandatangan plaque perasmian oleh MP, Dato' Sri Mahdzir Khalid.
"Waqaf Ilmu Saham Akhirat"
No comments:
Post a Comment