My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Monday, 27 March 2017

PhD-PengHambaan Diri padaNya

PhD ialah PengHambaan Diri kepada Pemilik Ilmu. Lagi jauh kita cuba teroka ilmuNya, lagi kerdil kita rasa. Jika itu yg kita rasa, di akhir penerokaan nanti kita bukan hanya akan memiliki segulung ijazah, tetapi yang lebih penting ialah sekeping hati yang sentiasa rasa Allah lebih besar dari segalanya.

Dalam hidup ini, saat pertama kali saya rasa saya betul-betul mendambakan bantuan Allah ialah semasa saya bergelumang dgn PhD saya. Saat itu pertama kali, sujud dalam solat terasa paling hampir dgn Allah. Rupanya bila tiba saat betul-betul kita terdesak mendambakan bantuanNya, pabila manusia tidak mampu, pada waktu itulah konsep kehambaan kita benar-benar rasai.

Kini, saya merindui saat saya mengharapkan bantuan Allah sebegitu dan saya sentiasa berdoa agar  merasakan diri tidak punya apa-apa kecuali semuanya milik Allah swt.


Mudah2an Allah sentiasa menjadikan dunia ini kecil shj bagi kita kerana akhirat yg lebih utama. Oleh itu, niat mendapatkan segulung PhD perlu sentiasa diperbetulkan. 'Sesungguhnya aku berjihad mencari ilmuMu ini untuk agamaMu dan ummah keranaMu Allah taala'.

DrNK

No comments:

Post a Comment