My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Wednesday, 8 June 2016

Kita, minda dan Allah


Kita, minda dan Allah


PhD proses mencabar. Sbrg proses mencabar perlukan kekuatan mental dalaman. Kekuatan mental dalaman bukan terlahir sejak azali. Namun, kekuatan mental dalaman boleh dilatih. Salah satu caranya ialah dengan melatih minda bawah sedar.

Apa itu minda bawah sedar? Ia ibarat satu program.

Tidak ramai orang menyedari dia memiliki program hebat di dalam
mindanya.
Minda bawah sedar adalah anugerah Allah swt.

Tidak ramai orang boleh menghidupkan minda bawah sedar walaupun minda bawah sedar itulah yang menghidupkan aktiviti sehariannya.

Oleh itu minda bawah sedar perlu di'jentik' spy ia  'hidup', spy ia  tahu ia  'wujud'. Proses 'menjentik' dan'menghidupkan'minda bawah sedar perlu dilakukan dengan penuh SEDAR oleh pemiliknya.

Bagaimana menjentik dan menghidupkan minda bawah sedar?
Banyak. Sangat simple. Bukan perlu buat perkara yg hebat sangat pun:

Antaranya:

1. Selalulah bercakap dgn diri sendiri dgn pernyataan2 positif.
Contoh:

Jika rasa x larat sangat dah, rasa nak layan perasaan malas tu,  tapi masa dah suntuk, deadline dah dekat.

Jadi:
sebelum tidur, cakap pd diri sendiri:
Esok aku x boleh tidor lepas sahur sbb aku kena siapkan bab 1 pukul 9 pagi. Aku kena siapkan. Aku kena siapkan sebelum jam 9 pagi.

Ulang2 pernyataan di atas kerana ulangan akan memprogramkan minda bawah sedar.


Ramai dah buatkan? Tapi mgkn x perasan ia  satu latihan program minda bwh sedar, kan?

Bila kta tidor dgn MBS diprogramkan dgn apa nak buat/capai, insyaAllah akan jadi.

2. Pernyataan positif di atas adalah sebenarnya satu harapan.

"Eyja, mu mesti buleh bangun pukul 3 pagi esok. Mung mesti buleh nnulih 5 muko pagi esok. Mung mesti buleh siap pukul 9 pagi esok. Mung mesti x ngatuk punyo. Mung mesti buleh".

Tu... Kita bina pengharapan pd diri sendiri... Kita bina keyakinan diri sendiri

3. Berbicara dengan Allah dengan merintih, merayu

Sbg orang Islam, lihatlah harapan itu satu doa. Jadi sebutlah pernyataan2 positif sbg satu doa untuk diri sendiri:

Ya Allah, cukupkan aku dgn tidor yang sedikit ya Allah.... Ringankan badanku ya Allah...Buka hijab di hatiku agar aku dpt melihat ilmuMu... Izinkan ilmu Mu kpdku ya Allah... Sesungguhnya aku lemah... Dan hanya Engkau sumber kekuatanku ya Allah.. Dengarlah ya Allah...wahai pemilik ilmu, izinkan kpdku ya Allah... Permudahkanlah buatku ya Allah...rendahkan hatiku utk selalu beristighfarkan kpdMu ya Allah... Ampuni dosa2 ku... Pelihara hubunganku dgn Mu dn dgn manusia2 di sekelilingku... Ya Allah aku tahu, hatiku akan terhijab dr ilmu2 Mu jika aku tidak memelihara hubungan ku dgn Mu dan dengan manusia2 di sekelingku...'

Biar nangis meleleh ayaq hidung pun x pe... Masa ni, minda bawah sedar akan 'hidup' ... Dan akan cuba diprogramkan dgn harapan2, pernyataan2 dan doa tadi. ia  satu pakej....


Nota: of coz, cari waktu doa yg mustajab... Tapi kalau rasa nak berdoa, angkat je tangan dan berdoa, hatta masa tu suasana bising etc... Bercakap2 je dgn diri sendiri dgn menyebut2 pernyataan positif tadi... Ulang2....

Ni antara kita, minda kita dan Allah swt... Perkara lain x penting... Pegang dan fokus tiga perkara ni... insyaAllah keajaiaban akan berlaku dgn izin Allah swt

Banyak lagi tips lain tapi ...

Bersambung selepas ini...

Tips2 di atas tu biasa shj..
Ramai org buat, cuma mungkin ada yg x sedar ia  adalah mekanisme menghidupkan minda bawah sedar dan sekaligus membina kekuatan mental dalaman.

Cthnya, menjaga org tua, membantu org lain wpun diri sendiri susah, bersedekah... Dll... Yg telah dikongsi oleh sahabat2 di sini....Semua ini jika kita buat dgn minda bawah sedar
Kita 'hidup' ,
insyaAllah aktiviti seharian akan jadi meaningful utk diri kita, dan kita rasa lebih contented.

Cth lagi: jika kita sibuk tapi kita spare juga masa utk bancuh kopi utk suami atau masak utk family, masa kita buat semua tu, buatlah dgn bercakap2 pd diri sendiri, ya Allah aku tidak kuat, aku lemah dan di waktu ini aku cuba berkhidmat pd keluargaku dalam keadaan aku sndiri lemah, kesuntukan waktu ya Allah...maka bantulah aku ya Allah.. Dan makbulkan hajatku ya allah ( sebutla hajat kita eg nak GOT)...

Cubalah...

Bersambung... insyaAllah

DrEyja @DrNK, [08.06.16 08:55]

No comments:

Post a Comment