My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Monday, 13 April 2015

Takut 'mengkritik' menjadikan penulisan ilmiah lesu.

Saya kerap diminta menjadi penilai atau pewasit artikel-artikel untuk dimuatkan di dalam jurnal baik di dalam atau di luar negara. Ada juga saya diminta menilai penulisan kertas kerja untuk pembentangan seminar dan seumpamanya.

Dari pengalaman itu, saya boleh buat satu pandangan peribadi yang agak umum iaitu:


Ramai orang menulis tetapi tidak berfikir.

Kenapa? Kerana kebanyakannya hanya menyalin dan menampal semula (copy paste?).
Menggabung-gabung beberapa penulisan orang lain dalam satu perenggan tanpa menganalisis dan mengkriitik idea penulis tersebut.


Ini bukan  penulisan. Ini hanya penyalinan.  Atau dalam istilah yang lebih keras-plagiarism.

Mengapa ini berlaku? 

Mungkin, kita bimbang atau takut-takut untuk mengkiritik idea orang lain kerana istilah 'mengkritik' tersebut, dalam konteks adat budaya kita, bunyinya negatif.

Kita takut untuk mengkiritik idea para sarjana yang tersohor kerana mereka memang sudah dinobatkan pakar dalam bidang tersebut.

JIka inilah pemikiran dan kepercayaan kita, maka pengembangan imu akan menjadi lesu.

Sebenarnya, di dalam penulisan akademik, mengkritik adalah satu kemahiran  asas yang sangat penitng.

Di Barat, budaya 'mengkritik' idea-idea penulis lain atau sarjana lain adalah satu aktiviti sihat di dalam bidang akademik. Sejak kecil, murid-murid telah diminta berfikir tentang pandangan yang diutarakan oleh orang lain, dan memberikan pandangan sendiri apabila memberi respon kepada idea orang lain.

Aktiviti sebegini menjadi satu latihan mental yang sangat baik. Aktiviti mengasah domain kognitif agar sentiasa mendengar dengan tajam, kritikal dan analitikal kerana diujungnya, kita perlu memberikan makumbalas atau pandangan sendiri. Dan pandangan yang kita berikan haruslah ada rasional dan justifikasinya.

Inilah yang kita perlu lakukan. 

Guru-guru, perlulah memulakan latihan ini dari dalam kelas. Inilah KBAT yang ditekankan dalam kurikulum kita sekarang.

Ibu bapa, bersoaljawablah dengan anak-anak kita. 

Misalnya: Apa adik buat hari ini? Mengapa adik buat begitu? Mengapa adik tidak buat begini? Mengapa adik rasa pandangan adik betul? Mengapa adik tidak setuju dengan  pandangan abang?


Mungkin, aktiviti seharian ini akan jadi suatu latihan mental yang rutin dan ia akan terbawa-bawa ke sekolah. Apabila guru-guur juga menggunakannya di sekolah, anak-anak kita mendapat pengukuhan. 

Pengukuhan yang berlaku berterusan. Rumah - sekolah - rumah. Dalam satu kitaran yang dinamik.

Jadi, mulakan dengan melatih pemikiran untuk mengkritik secara sihat. Lambat laun, pemikiran ini yang akan membentuk penulisan anak-anak kita, juga diri kita sendiri.

Jika setiap individu melihat proses 'mengkritik' sesuatu yang tidak musykil, penulisan ilmiah yang segar bukan sesuatu yang mustahil.


No comments:

Post a Comment