‘Belajar Phd ni kena buat macam datang ofis- 8 jam sehari. Clock in dan clock out.”
Saya percaya ramai yang pernah dengar nasihat di atas. Seolah-olah ada mesin punch in (dan punch out?). Tetapi 8 jam yang bagaimana? Berterusan tanpa henti? Atau secara terkumpul dengan beberapa kali hentian?
Persoalannya, yang manakah antara keduanya yang memberikan kita semaksimum mungkin output dalam masa yang sedikit, dalam keadaan masa yang mencemburui kita?
Saya pernah tersilap memahami kaedahnya. Tidak bangun-bangun dari kerusi dengan niat untuk menulis. Semata-mata nak kumpul 8 jam. Nak fokus 8 jam bekerja; tak mahu rugi masa ke sana ke sini. Duduk je sepanjang hari mengadap’ skrin komputer.
Saya akan memaksa diri untuk berfikir walaupun idea dah tidak muncul-muncul lagi. Saya lihat jam. Belum pun sampai 4 jam. Duduk lagi. Merenung komputer. Cuba memerah idea.
Tapi pengalaman mengajar saya. Setiap kali berkeadaan begitu iaitu tidak produktif lagi, seolah-olah ada satu paksaan ke atas saya untuk bangun.
Tetiba rasa nak ke tandas, tetiba rasa nak minum segelas hot chocolate. Dan saya perhatikan, ia sebenarnya bukan ‘bangun’ yang kosong,
Selepas beberapa kali memerhatikan baharulah saya dapat formulanya. Ia mengembalikan produktiviti saya!
Setiap kali rasa ‘sayang’ meninggalkan kerusi itu bermaharajalela, walhal apa yang dibuat hanyalah berkhayal dan merenung skrin sahaja, maka saya ‘paksa’ diri bangun.
Ajaibnya, apabila bangkit sahaja dari kerusi, dan beberapa langkah meninggalkan kerusi kesayangan saya, perlahan-lahan idea-idea mula muncul; corak-corak untuk menyambung penulisan menjelma.
Rupanya benar. Mengikut Dr. Chuck Hillman, pelajar yang ‘exercise’ sebelum exam dapat ‘perform’ dengan lebih baik. Iaitu mereka yang melakukan pergerakan fizikal yang banyak sebelum aktiviti otak berlaku, dapat berfikir dengan lebih produktif.
Maka, saya gunakan formula butang ‘PAUSE’. Bangun dan bergerak dari kerusi.
Sebenarnya apa yang saya lakukan ialah melakukan ‘exercise’ terhadap otak saya.
Ia tidak susah untuk difahami secara saintifik. Peredaran darah, tarikan dan hembusan nafas, pengambilan masuk dan pengaliran oksigen. ianya adalah satu keperluan bagi badan dan otak yang sedang bekerja.
Jadi, nasihat saya, bila sudah tidak produktif, tekanlah butang ‘PAUSE’. Lakukan ini secara interval.
Buat-buatlah ke dapur. Bancuhlah minuman kegemaran anda atau bancuhlah minuman untuk pasangan atau anak-anak anda.
Ataupun sekadar untuk membasuh muka.
Malah lebih baik lagi, jika secara interval, anda bangun lalu mengambil wuduk.
Carilah apa sahaja alasan agar otak anda dapat ‘exercise’ dengan berjalan dalam jarak yang dekat di sekitar rumah anda.
Amaran! Jangan menuju ke TV dan buka saluran kegemaran anda; kerana jika anda lupa ‘jalan pulang’, ia adalah malapetaka.
Cubalah.
Jangan lupa, kongsikan dengan saya apa yang anda rasai sebelum dan selepas kembali ke kerusi kesayangan anda.
No comments:
Post a Comment