My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Thursday, 9 August 2018

Mengulang dengar tidak salah

Jika anda tepu semasa menulis, maka artikel ini untuk anda.

Jika tidak, tekan sahaja butang forward dan langkau sahaja artikel ini. 

Semasa kita menyiapkan tesis, tidak dapat dinafikan, masa menjadi sangat berharga.

Jika boleh kita tidak mahu masa bergerak. Mahu masa henti berdetik. Tapi itu mustahil.

Disebabkan itulah, ada segelintir pelajar PhD yang bertapa menulis, tanpa keluar melakukan 'refreshment'.

Refreshment yang saya maksudjan di sini ialah menghadiri majlis ilmu. 

Mereka rasa dah tahu tentang topik itu. Maka mereka duduk sahaja menulis.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya. Bagi anda yg masih 'struggle' menyiapkan proposal atau penulisan tesis, anda mungkin boleh ikuti panduan ini. 

Apabila berpeluang ke majlis ilmu contohnya ke ceramah-ceramah atau bengkel berkenaan kaedah penyelidikan, penerbitan, penulisan, teknik menulis atau memformat tesis dan seumpamanya, sekalipun pernah mendengarnya banyak kali, tapi tesis anda masih ditahap yang tidak membangun, maka pergilah. 

Tidak salah menjadi begitu pemurah menghulurkan telinga untuk mendengar panduan-panduan dari pakar-pakar yg dijemput khas walaupun telah berulang kali anda mendengarnya. Ada berkatnya di situ, di dalam majlis-majlis ilmu, di dalam bait-bait penceramah yang berkongsi dengan anda sesuatu yang beliau sendiri telah lalui dan alami.

Sebenarnya, dari pengalaman saya, walaupun tajuk ceramah mungkin sama dan penceramahnya juga orang yg sama, hakikatnya, pengisian tetap ada yg berbeza. 

Ini kerana, cara penceramah berinteraksi dengan pendengar atau hadirin sebahagiannya ditentukan oleh reaksi hadirin pada majlis tersebut. 

Pengalaman saya menjadi penceramah, berkongsi ilmu di majlis-majlis tertentu memberitahu saya bahawa peranan hadirin menentukan corak penyampaian dan tip-tip yg saya akan kongsikan. Cara hadirin menunjukkan minat akan mewujudkan satu atmosfera atau iklim pembelajaran atau iklim perkongsian yang unik bagi audiens yg berbeza.

Ini kerana, semasa berkongsi, ada antara audien yang bertanyakan soalan-soalan yang berbeza dan dari situ timbullah tip-tip yang tidak sama dengan audien sebelum ini.

Sementelah pula, bagi anda yg masih struggle menyelesaikan penyelidikan sedangkan tempoh masa kecederaan hampir tamat, janganlah berkira-kira untuk menghadirinya jika ada peluang untuk mendengar pengalaman orang yang sudah melaluinya. 

Mungkin dengan melangkah ke majlis ilmu yang bersifat ulangan tersebut, banyak manfaat yg boleh ditimba dan digunakan utk diri sendiri dlm membantu mempercepatkan proses pengajian kita yang asyik tertangguh. 

Memang kebanyakan ceramah sekarang berbayar, mungkin ini menjadi halangan pada anda. 

Tapi, saya sangat sarankan agar anda mengulang menghadiri bengkel atau ceramah sebegini, walaupun terpaksa membayar berulang kali. Kos penganjuran seminar sekarang bukan percuma - sewa bilik, sewa peralatan, sijil dan makan minum- terpaksa ditanggung penganjur.

Dan, sewaktu di dalam majlis ilmu sebegini,  jangan lupa minta izin dari penceramah untuk merakam supaya anda boleh mengulang dengar di waktu lain.

Pengalaman saya sendiri sebagai peserta bengkel pula, apabila saya belek kembali nota-nota yang diambil semasa berbengkel, saya temui beberapa perkara baharu yang sebelum ini saya sendiri tidak perasan semasa saya menelaahnya sebelum ini.

Mungkin kerana pada waktu itu, otak saya sedang melihat perspektif yang berbeza, maka apa yang saya temui adalah apa yang minda saya ingin cari.

Di waktu berbeza, otak saya mempunyai fokus yang berbeza dan ia mula melihat perspektif yang berlainan pula.

Jadi sama halnya bila kita mengulang dengar. Ia membuka perspektif yang berbeza.

Keluarlah dari pertapaan anda. Hadirilah sekerap mungkin majlis ilmu.

Walaupun tajuknya sama, pengisiannya tidak serupa.

Kerana, "Mengulang dengar tidak salah."
DrNK







No comments:

Post a Comment