My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Wednesday, 22 August 2018

Set induksi: mengapa perlu fikir terlalu kompleks?

'teacherlearn Series' -DrNK
Siri 'gurubelajar'- DrNK


Saya nak minta semua pelajar seliaan saya perhatikan perkara berikut:

1. Set induksi gunakan kaedah atau bahan bantu mengajar yg hampir dgn kehidupan murid.

Tujuannya: galakkan murid respon dengan aktif apabila mereka sendiri pernah alami peristiwa atau kejadian yg guru sedang ceritakan.

Cth:
Guru nak ajar pasal jenis tanah.

Guru nak tarik minat murid pd pelajaran dan juga nak korek pengetahuan sedia ada murid.

Guru mulakan dengan soalan:
Siapa pernah pergi pantai?( ini soalan ringkas, tahap rendah, tapi cukup utk cetuskan respon murid dan hikangkan rasa takut murid)

Murid respon. Soaljawab berlaku:
Pantai mana?
Dgn siapa?
Seronok?

Baik tutup mata kamu. Bayangkan sebuah pantai yg kamu pernah pergi. (Guru guna nada yg sesuai, bercerita)

Kamu nampak awan...
kamu nampak langit...
Pohon nyior...
Pasir... kamu pijak dgn tapak kami... apa kamu rasa?....dapat rasa tak?
Mcmn rasanya?
Best tak?

Baik buka mata.
(Waktu ini guru nk tnjk gambr pantai pn boleh)

Mula Soaljawab ttg rasa tanah, sentuh ttg teksturnya dll.

Baik. Apa lagi jenis tanah yg kamu tahu??

Cungkil idea murid
Jana idea murid

Baiklah agak2 kita nak belajar apa hari ini?

Lalu... cikgu masuk ke dalam aktiviti utama.

Set induksi ini berlaku dlm 5 -7 minit sahaja.
Harus smooth flow ke dlm topik hari itu.

Tujuan aktviti permulaan:
-Tarik minat murid
-Sediakan minda murid
-Korek pengetahuan sedia ada murid.

Ingat! Aktiviti permulaan yang relate dgn kehidupan murid lebih berkesan.

Think aloud!
Share your deas.

DrNK

No comments:

Post a Comment