My Teaching and Learning Philosophy
- Dr Norliza Kushairi
- Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.
Wednesday, 8 June 2016
Jadilah ibubapa yang bijak. Sambil menabung sambil dapat rebate cukai. Untung kan?
Klik link sini untuk maklumat lanjut: https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000002243
Anda pasti tidak akan rugi.
Kita, minda dan Allah
Kita, minda dan Allah
PhD proses mencabar. Sbrg proses mencabar perlukan kekuatan mental dalaman. Kekuatan mental dalaman bukan terlahir sejak azali. Namun, kekuatan mental dalaman boleh dilatih. Salah satu caranya ialah dengan melatih minda bawah sedar.
Apa itu minda bawah sedar? Ia ibarat satu program.
Tidak ramai orang menyedari dia memiliki program hebat di dalam
mindanya.
Minda bawah sedar adalah anugerah Allah swt.
Tidak ramai orang boleh menghidupkan minda bawah sedar walaupun minda bawah sedar itulah yang menghidupkan aktiviti sehariannya.
Oleh itu minda bawah sedar perlu di'jentik' spy ia 'hidup', spy ia tahu ia 'wujud'. Proses 'menjentik' dan'menghidupkan'minda bawah sedar perlu dilakukan dengan penuh SEDAR oleh pemiliknya.
Bagaimana menjentik dan menghidupkan minda bawah sedar?
Banyak. Sangat simple. Bukan perlu buat perkara yg hebat sangat pun:
Antaranya:
1. Selalulah bercakap dgn diri sendiri dgn pernyataan2 positif.
Contoh:
Jika rasa x larat sangat dah, rasa nak layan perasaan malas tu, tapi masa dah suntuk, deadline dah dekat.
Jadi:
sebelum tidur, cakap pd diri sendiri:
Esok aku x boleh tidor lepas sahur sbb aku kena siapkan bab 1 pukul 9 pagi. Aku kena siapkan. Aku kena siapkan sebelum jam 9 pagi.
Ulang2 pernyataan di atas kerana ulangan akan memprogramkan minda bawah sedar.
Ramai dah buatkan? Tapi mgkn x perasan ia satu latihan program minda bwh sedar, kan?
Bila kta tidor dgn MBS diprogramkan dgn apa nak buat/capai, insyaAllah akan jadi.
2. Pernyataan positif di atas adalah sebenarnya satu harapan.
"Eyja, mu mesti buleh bangun pukul 3 pagi esok. Mung mesti buleh nnulih 5 muko pagi esok. Mung mesti buleh siap pukul 9 pagi esok. Mung mesti x ngatuk punyo. Mung mesti buleh".
Tu... Kita bina pengharapan pd diri sendiri... Kita bina keyakinan diri sendiri
3. Berbicara dengan Allah dengan merintih, merayu
Sbg orang Islam, lihatlah harapan itu satu doa. Jadi sebutlah pernyataan2 positif sbg satu doa untuk diri sendiri:
Ya Allah, cukupkan aku dgn tidor yang sedikit ya Allah.... Ringankan badanku ya Allah...Buka hijab di hatiku agar aku dpt melihat ilmuMu... Izinkan ilmu Mu kpdku ya Allah... Sesungguhnya aku lemah... Dan hanya Engkau sumber kekuatanku ya Allah.. Dengarlah ya Allah...wahai pemilik ilmu, izinkan kpdku ya Allah... Permudahkanlah buatku ya Allah...rendahkan hatiku utk selalu beristighfarkan kpdMu ya Allah... Ampuni dosa2 ku... Pelihara hubunganku dgn Mu dn dgn manusia2 di sekelilingku... Ya Allah aku tahu, hatiku akan terhijab dr ilmu2 Mu jika aku tidak memelihara hubungan ku dgn Mu dan dengan manusia2 di sekelingku...'
Biar nangis meleleh ayaq hidung pun x pe... Masa ni, minda bawah sedar akan 'hidup' ... Dan akan cuba diprogramkan dgn harapan2, pernyataan2 dan doa tadi. ia satu pakej....
Nota: of coz, cari waktu doa yg mustajab... Tapi kalau rasa nak berdoa, angkat je tangan dan berdoa, hatta masa tu suasana bising etc... Bercakap2 je dgn diri sendiri dgn menyebut2 pernyataan positif tadi... Ulang2....
Ni antara kita, minda kita dan Allah swt... Perkara lain x penting... Pegang dan fokus tiga perkara ni... insyaAllah keajaiaban akan berlaku dgn izin Allah swt
Banyak lagi tips lain tapi ...
Bersambung selepas ini...
Tips2 di atas tu biasa shj..
Ramai org buat, cuma mungkin ada yg x sedar ia adalah mekanisme menghidupkan minda bawah sedar dan sekaligus membina kekuatan mental dalaman.
Cthnya, menjaga org tua, membantu org lain wpun diri sendiri susah, bersedekah... Dll... Yg telah dikongsi oleh sahabat2 di sini....Semua ini jika kita buat dgn minda bawah sedar
Kita 'hidup' ,
insyaAllah aktiviti seharian akan jadi meaningful utk diri kita, dan kita rasa lebih contented.
Cth lagi: jika kita sibuk tapi kita spare juga masa utk bancuh kopi utk suami atau masak utk family, masa kita buat semua tu, buatlah dgn bercakap2 pd diri sendiri, ya Allah aku tidak kuat, aku lemah dan di waktu ini aku cuba berkhidmat pd keluargaku dalam keadaan aku sndiri lemah, kesuntukan waktu ya Allah...maka bantulah aku ya Allah.. Dan makbulkan hajatku ya allah ( sebutla hajat kita eg nak GOT)...
Cubalah...
Bersambung... insyaAllah
DrEyja @DrNK, [08.06.16 08:55]
❤
Thursday, 12 May 2016
Am I a scholar? Am I fit to be called one?
'Am I fit to be called a scholar?'
That question came flooding my mind since I attended the Writing Workshop past two days.
Flash back...
We were listening to a lecture delivered by a friend on techniques of writing.
Half way through the lecture, we were guided on ways to select good articles and how to differentiate between good and poor articles, hence journals.
In order to do that, a wild search on Western scholars paved us to a google site that records the h-index of one's scholar's contribution to the academics world. It displayed hundreds and even thousands of scores per one's western scholar who is declared as prominent in his/her areas.
Then, we tried a few top Malaysian professors, which revealed a very low h-index. That's where Malaysian scholars stand. Oh my God...
And...out of curiosity, I tried my name.
Guess.. what would you find out?
Well, with no orientation and climate on academic inclination at our institution, it is of no surprise to find my name, with no hits on h-index despite a number of writings/publication/articles that I wrote thus far.
Though the articles I wrote were vividly displayed there (and of course, I was quite overwhelmed to find that), but to find the truth of how you stand in the academic world, was a real an eye-opener to me.
When I saw how Western scholars score hits on h-index, I came to realise the wide gap between what is defined by a scholar in Western world and Malaysian's academic world.
I went back that day, with questions swirling in my mind.
I started to flip through my collection of writings, including the ones I sent to international journals. How come they were not cited? Hmmm...of course, the so-called journal 'cap ayam' term was the answer.
Then what is the issue here? Moral of the story, anyone?
Well, you know it.
Our standard of writings aren't at par as the international scholars'.
The lack of critical reading and writing that leads to poor argumentation in how we write makes it difficult for us to achieve the real definition of scholar.
So, there you are.
Hmm...What should Ido next?
Polish up my critical reading.
How?
Put on multiple lens while reading, wear different hats of thinking while so doing.
Then we will eventually be able to see loads of different perspective even in a single line of writing.
Of course, easier said than done. But nothing is easier than doing for believing.
Practice makes perfect. There you go, Eyja.

Saturday, 12 March 2016
'Smell the roses along the way'
'Smell the roses along the way'
Kebanyakan dr pelajar PhD akan mengalami stress. Sesuatu yang menghairankan jika kita dengar pelajar berkata 'Aku tak pernah stress' atau 'Aku tak tahu camana nak rasa stress'.
Stress yg positif sangat elok untuk menggerakkan seseorang individu mencapai matlamatnya. Cuma, perlulah bijak menanganinya agar ia tidak menjadi stress yang negatif.
Andai berlaku juga stress yang negatif, perlulah tahu kaedah2 meredakannya. Aktiviti membaca alquran, beriadah, makan angin (ke pantai, tasik, air terjun bersama yg tersayang), berkebun, bersembang2 dengan ahli keluarga atau rakan2 berkisar ttg tajuk yg menggembirakan (elakkan bercakap psl mengaji anda di waktu stress sebegini) boleh membantu menghilangkan stress negatif.
Pernah dengar pepatah Inggeris 'smell the roses along the way'? Ya. Begitulah. There's always beauty in ugliness. So take a deep breath, feel the roses in you, and enjoy the rosy scent of your life.
DrNK

Friday, 30 October 2015
2015 National Innovation and Creativity Competition, IPGM, MoE Malaysia 11-13 October 2015, IPG Penang

Event: 2015 National Innovation and Creativity Competition, IPGM, MoE Malaysia
Date: 11-13 October 2015
Venue: IPG Penang.
Date: 11-13 October 2015
Venue: IPG Penang.
Our first trial to join innovation competition. It's not so much on trying to win, but it's more about obligation to respond to the call to become 21st century competent educators, to be part of the innovative educators circle, to become co-learners in manifesting lifelong learning in us.
Where and when we began the initiative is not the issue, the real issue is: do we want to change, and be part of the change agents?
Istiqamah!
ACADEMIA SUPPORT PROGRAMME (Program sokongan pensarjanaan pensyarah IPG, PROSPEN)

Academia support programme was held at IPG Kampus Sultan Abdul Halim on 7-9th oct 2015.
A humble me was given the opportunity to share my experience on writing a critical review for my thesis. I might not be the perfect person to teach, but I was greatly honoured to be given the precious 4-hour moments to be with my fellow 44 Mujaheed Ilmu comrades, of whom are struggling with their PhD journey. They came all over the nation just to refresh their soul and mind as to keep themselves on the right path of doing PhD.
The most suffering part, in my experience, was (infact, is!) in putting your ideas into words. Well, not just words, it claims more than that. It claims your critical thinking, critical writing.
Throughout my own struggling journey to put my ideas into words, I shared my innovation of reviewing the literature which I called PROAC2T. I am still refining the innovation, as I am still learning, and the learning continues.
The template I am currently working on is still at its infancy stage. I welcome any comments and feedback for the betterment of its usage and benefit.
Contact me if you are interested: eyjazul@gmail.com
Thursday, 29 October 2015
"Makin baca makin rasa tak tahu", ibarat menuju lubuk emas!

Semasa saya di universiti dahulu, oleh kerana universiti saya melanggan jurnal dari pelbagai penerbit dan mempunyai akses kepada pelbagai pangkalan data, saya tidak ada masalah yg besar apabila mecari artikel yang penting untuk saya baca.
Namun masalah timbul apabila saya nak menulis atau mengulas artikel tersebut kerana supervisor selalu beritahu yang penulisan saya masih lemah, unsur kritikal tidak mantap; Sepertinya saya membuat laporan sahaja, katanya.
Masa tu SV tidak sebut pasal 'voice'. Dia hanya kata penulisan saya 'woobly'; tak sampai ke tahap yang dia nak. Dia tak pulak ajar saya bagaimana nak tulis seperti dia hendak. So saya bawa balik draf penulisan saya tu dan cuba tenung-tenung lagi macamana nak baiki penyampaian idea saya tu. Sampai ke tahap saya dah buntu macamana lagi nak baiki tulisan saya.
Jadi saya sering ke perpustakaan, duduk berjam-jam membaca thesis orang lain. Waktu begini, saya tidak baca contentnya, saya cuma 'study' gaya mereka menulis. Rasa kagum selalu menyelubungi saya terhadap bakat mereka!
Lepas tu saya akan rasa hiba dan menangis bila mengenangkan di mana saya.
Kenapa saya sebagai orang Islam tidak boleh tulis sedemikian, walhal ilmu itu adalah milik Pencipta saya yang saya imani, dan saya sembah setiap hari? saya tidak cukup 'berdoakah'- minta ilmu tu diizinkan keapda saya?
"Ya Allah Kau Maha Pemurah, Kau berikan ilmuMu kepada sesiapa sahaja yang berusaha tanpa mengira siapa mereka."
Lalu saya berkata kepada diri, saya mesti berusaha dapatkan skill menulis ni sebab saya beriman padaNya, pemilik ilmu ini.
Maka saya teruskan pencarian saya, di kedai-kedai buku, di perpustakaan, di laman-laman web. Blackwell, Borders juga Oxfam adalah kedai buku berhampiran univrsiti yang selalu saya 'lepak' untuk menggali buku-buku sedemikian. Berjam-jam saya membelek-belek buku ni, membelek-belek harganya sekali. Kadang-kadang cecah ratusan ringgit. Haduii....
Jika harganya terlalu tinggi, saya akan ke amazon. Cari used book. Boleh la dapat dalam GBP10-GBP20 jika buku-buku masih baru dan dari kualiti yang baik. Bagus juga teknik saya ni, sebab saya boleh selami intipatinya dahulu dan kemudian baru membelinya online. Kerana dalam talian, tak puas saya nak review contentnya.
Bila saya beli buku2 tu, saya terpaksa 'catu' wang belanja saya makan untuk beberapa hari. Kerana duit pound sterling waktu tu ialah GBP1= RM7. Kos sehari makan saya jika saya beli makan tengahari yang murah ie shawarma dalam GBP5=RM35 sehari (wah..sedapnya..'terngiang-ngiang' rupa daging dan rasanya :)).
Bila musim kering sebegitu, saya cuma makan roti dari rumah dan minum air masak banyak-banyak. Kadang-kadang hanya dengan dua keping roti dan berbotol air masak dari jam 7.30 pagi hingga jam 11 malam di universiti. Tapi, alhamdulillah, perut saya tak pulak lapar waktu tu.
Walaupun saya terpaksa menanggung akibat iaitu catu dan ikat perut selama beberapa hari kerana beli buku-buku tu, tapi saya rasa sayalah orang paling kaya waktu tu. Kerana, ni'mat memiliki buku tu seolah-olah macam dapat seketul EMAS. Saya akan cuba hadam tips-tips dalam buku tu sehinggalah satu hari SV saya kata 'Eyja! You have made huge improvement'. Selang 3 bulan lepas tu, sedar-sedar saya dapati saya di dalam bilik menghadapi viva.
Ni'mat menemui, membaca dan menghadam ilmu-ilmu dari penulis hebat sebegini subur hingga ke hari ini.
Hari ini, jika saya dapat jumpa buku, artikel atau sumber yang dapat membuatkan saya rasa macam 'makin banyak yang tak tahu', saya rasa sayalah orang paling kaya, kerana pada saya, apa yang "ditemukan kepada saya" dari "rasa tak tahu" itu ialah "lorong-lorong" menuju LUBUK EMAS! *
* Nota:
1. Frasa "ditemukan kepada saya" read: kerana dengan izin Allah Dia membawa saya kepada ilmu ini
2. Metafora 'menuju LUBUK EMAS' merujuk kepada 'menjadi ilmuwan')

Subscribe to:
Posts (Atom)