My Teaching and Learning Philosophy
- Dr Norliza Kushairi
- Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.
Friday, 13 February 2015
Bite-sized mind teasers #2: Kebimbangan terhadap 'Tajuk kajian'
Sering saya diajukan dengan kebimbangan dalam mencari tajuk kajian. Banyak kali saya diajukan dengan keluh kesah ”tak tahu nak buat tajuk apa la Dr…” Kerap kali juga, bila saya tanyakan kembali mereka dan amati jawapan mereka, sebenarnya bukanlah tajuk yang menjadi kebimbangan mereka.
Ya, tajuk memang penting kerana menggambarkan juga tujuan dan kaedah penyelidikan kita. Tetapi kebimbangan memilih tajuk adalah terlampau tinggi dalam kalangan sesetengah pelajar PhD sehinggakan mereka lupa tentang perkara lain. Sebenarnya, yang dibimbangi bukan tajuk. Dan tidak sepatutnya kita bimbangi tentang tajuk kajian kita.
Apa yang sebenarnya perlu dibimbangi terlebih dahulu oleh mereka adalah ‘isu’ atau ‘masalah’ yang nak dikaji dan difokuskan. Istilahnya ialah ‘pernyataan masalah’.
Tajuk dan pernyataan masalah walaupun untuk satu kajian yang sama adalah dua perkara yang mempunyai hak yang berbeza untuk dibimbangi.
Kekeliruan di antara dua perkara ini timbul kerana kita sering mendengar sesuatu istilah disebut orang tanpa mereka yang menyebutnya sendiri memahami apa yang disebut dan difikirkan. Ia menjadi istilah yang begitu ‘slippery'. Keluar dari lidah tanpa penghayatan makna. Dan ini menjadi lebih kritikal bila orang yang mendengar atau sedang berinteraksi tidak memahami beza antara tajuk dan isu (permasalahan/fokus) kajian.
Jadi, berhati-hati tentang apa yang anda bimbangi. Isu atau ‘pernyataan masalah’ adalah 'JANTUNG’ kajian anda dan inilah sebenarnya yang anda perlu kupas dengan jelas terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda semua, tajuk yang tertulis di tesis saya hanya diperolehi beberapa hari sebelum draf akhir saya dihantar kepada external examiner untuk dibaca sebelum viva!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam.stuju.problem statement reallly important.not a heart but also kidney.tajuk bleh diperolehi hanya dengan bykkan pemerhatian dan bacaan.jgn lupa juga perlu ringan mulut utk diajukan kpd rkan2 (jgn hnya sembang osong sahaja...kan..
ReplyDelete