Buat PhD kena nangis. Tak nangis bukan PhD namanya'. Sering kita dengar daripada kebanyakan orang. 'Eh, saya mengaji x pernah nangis, habis juga', kata yang lain pula.
Lalu apakah maksud 'menangis' di sini?
Sebenarnya 'menangis' dalam ertikata buat PhD bukanlah bermakna 'mengalah'. Ia bukanlah bermaksud menangis macam anak-anak yg tidak dapat aiskrim yang diidamkannya.
Menangis di sini bermaksud penghambaan diri kita kpd Allah apabila kita rasakan bahawa kita tahu nak buat, nampak macam dekat, nampak ada depan mata, tetapi kita buntu! Puas fikir otak tetap jem. SV pula asyik pesan 'baca, baca lagi, baca lagi lagi dan lagi'.
Jadi, di saat itu kita sedar, jika Allah tak izinkan ilmunya, cerdik tara mana pun kita, tak nampak jalannya. Maka kita pun menangis bersujud kpd Allah, menadah tangan meminta Dia bukakan hijab supaya ilmunya sampai kpd hati kita. Dan kita dapat petunjuk bagaimana nak lakukannya. Di situlah erti 'menangis' iaitu berserah dan menyedari bahawa pemilik ilmu adalah Allah swt, kita ni hambanya yang hina, ingin meminjam ilmunya barang sesaat dua untuk mengemudi kehidupan menjadi khalifah di bumiNya.
InsyaAllah dengan rasa 'berserah' begini, apabila tamat PhD kita nanti, kita akan lebih menghargai ilmu orang lain, bukan sahaja ilmu kita.
Ilmu itu ni'mat dan ni'mat itu ujian.
DrNK
No comments:
Post a Comment