My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Monday, 27 March 2017

PhD-PengHambaan Diri padaNya

PhD ialah PengHambaan Diri kepada Pemilik Ilmu. Lagi jauh kita cuba teroka ilmuNya, lagi kerdil kita rasa. Jika itu yg kita rasa, di akhir penerokaan nanti kita bukan hanya akan memiliki segulung ijazah, tetapi yang lebih penting ialah sekeping hati yang sentiasa rasa Allah lebih besar dari segalanya.

Dalam hidup ini, saat pertama kali saya rasa saya betul-betul mendambakan bantuan Allah ialah semasa saya bergelumang dgn PhD saya. Saat itu pertama kali, sujud dalam solat terasa paling hampir dgn Allah. Rupanya bila tiba saat betul-betul kita terdesak mendambakan bantuanNya, pabila manusia tidak mampu, pada waktu itulah konsep kehambaan kita benar-benar rasai.

Kini, saya merindui saat saya mengharapkan bantuan Allah sebegitu dan saya sentiasa berdoa agar  merasakan diri tidak punya apa-apa kecuali semuanya milik Allah swt.


Mudah2an Allah sentiasa menjadikan dunia ini kecil shj bagi kita kerana akhirat yg lebih utama. Oleh itu, niat mendapatkan segulung PhD perlu sentiasa diperbetulkan. 'Sesungguhnya aku berjihad mencari ilmuMu ini untuk agamaMu dan ummah keranaMu Allah taala'.

DrNK

Nurturing PLC - Whose Job? Presentation by DrNK

A prezi presentation recorded in mp4 format.

Presented during Research Education Seminar, Northern Region, 2015.


happy viewing and do drop your comment.

Thank you.

21 Century Learning Lounge @ IPDA


19 September 2016 (17 Zulhijjah 1437)

Perasmian bilik pembelajaran abad ke-21 telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Dato Sri Mahdzir Khalid pada 19 September 2016. Alhamdulillah.

Pembinaan telah bermula dari Jan 2017 secara perlahan-lahan mengikut tahap keupayaan keadaan semasa (kewangan, tenaga kerja, masa).

Semoga bilik ini menjadi wadah bagi penyuburan kemahiran kompetensi pensyarah dan bakal guru IPGK.





Sesi taklimat tentang tujuan pembinaan bilik dan funsgi susun atur bilik diberikan oleh Pengurus Projek, Dr Norliza Kushairi.




 Sesi simulasi PdPc yang diberikan oleh pelajar major Sains PISMP tentang pendekatan Flipped Classroom yang digunakan pensyarah, Dr Norlza Kushairi dalam kursus Kimia Bukan Organik.
Penerangan oleh pelajar tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran Kursus Kimia Bukan Organik menggunakan Facebook. Idea yang dihasilkan melalui kerja kursus/tugasan kursus  diprmosikan kepada orang awam melaui Facebook. Di sini elemen keusahawanan dan kreativiti yang diterapkan dalam KSSR disuburkan.
 Penerangan yang menarik oleh pelajar alaf digital.
Tandatangan plaque perasmian oleh MP, Dato' Sri Mahdzir Khalid.

Terima kasih kepada semua phak yang telah memberi sumbangan.

"Waqaf Ilmu Saham Akhirat"