My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Monday, 17 December 2018

Pt 08: 14 obsolete things in 21st century school (tulisan asal Ingvi Hrannar Ómarsson) Diolah semula: DrNK

Siri Guru Belajar bersama DrNK: Sehari selembar info

Pt 08: 14 obsolete things in 21st century school (tulisan asal Ingvi Hrannar Ómarsson)

Diolah semula: DrNK

*************

8. Unhealthy cafeteria food


School cafeterias that look and operate almost like fast food restaurants where staff and students get a cheap, fast and unhealthy meals are obsolete.

A few schools in Iceland and Sweden have turned almost completely to organic foods and given thought into the long term benefit of healthy food rather than the short term savings of the unhealthy.

For example at Stora Hammar school in Sweden 90% of the food served is organic.

Children should put the food on their own plate, clean up after themselves and even do the dishes.

Not because it saves the school money on workforce but because it is a part of growing up and learning about responsibility. What 21st century schools should be doing as well is growing their own fruits and vegetables where students water them and learn about nature.

Setting up a farm to feed students would be optimal, but if that is not an option (for example in big city schools) then they can at last set up a window-farm in some of the school windows.

The goal with providing students a healthy meal is not only to give them enough nutrition to last the school day but to make healthy food a normal part of their daily life and get them to think about nutrition which is something that will benefit them for the rest of their lives.

********************


DrNK writes:

Ha! Camna pula kantin sekolah di Malaysia? Meriah dengan makanan yang berminyak, berlemak? Sumber bahan mentahnya pula? Jauh sekali dari organik, agaknya. Agak-agak berapa buah sekolah atau cafe di IPT yang mengamalkan makanan sihat dan bersih? Satu pemandangan atau suasana lazim atau terpencil, di Malaysia?

Saya teringat semasa di England, menghantar anak-anak ke sekolah di sana, kantin sediakan rancangan pemakanan, seperti di sini juga. Walaupun anak-anak saya bawa bekal ke sekolah, tapi kami ibubapa muslim ni sempat aje jengah ke kantin sambil duduk sembang-sembang dengan ibubapa lain.

Rancangan bantuan makanan mereka dipenuhi buah-buahan dan salad—karot, bayam, lettuce, tersusun atas kaunter kantin. Dan ada sandwich, telor rebus, sosej yang direbus (jarang-jarang).

Tiada nasi lemak bagai. Maksud saya, tidak kelihatan makanan yang berkanji tinggi, berkabohidrat tinggi dan ‘berat’ tersusun di kaunter. Sumber karbohidrat hanya dari buah-buahan dan sayur –sayuran sahaja.


Dan anak-anak makan makanan sebegini sebagai sarapan mereka setiap hari. Inilah rancangan bantuan makanan mereka. Benar-benar ‘membantu’ dalam erti kata sebenarnya; membantu pertumbuhan anak-anak yang sihat.

Tidak kurang juga anak-anak yang bawa bekal macam kami. Jelingan saya ke dalam ‘meal-box’ rakan anak-anak saya menampakkan buah-buahan-epal, oren, salad, karot yang dimakan mentah-mentah seperti buah-buahan lain.

Saya pula hanya bekalkan anak-anak saya dengan roti putih dan telur serta beberapa helai salad sebagai inti. Roti putih yang saya bekalkan tu pun bukannya elok sangat. Tapi masa tu, ‘agak jahil’ ilmu tentang keburukan ‘tepung putih’ ini. Mujur ada kesedaran tentang ‘bahaya makanan terlalu berkarbo tinggi’ waktu tu.

Saya rasa telah ada usaha untuk memberi pendidikan kepada pihak penyedia makanan di kantin sekolah. Makanan yang terlalu berkarbohidrat tinggi, sumber bahan mentah yang tinggi kandungan racunnya, adalah antara aspek yang perlu dikaji semula. Teringat saya kes keracunan di Baling akibat makan laksa di sebuah warung menyebabkan kematian dan beberapa orang sakit.

Saya juga yakin telah ada sistem pemantauan dalam hal ini. Jadi, jika sistem pemakanan yang tidak sihat masih berleluasa, mesti ada kesilapan di mana-mana.

Sudah sampai masanya pihak kantin sekolah diberi pendidikan yang benar-benar intensif tentang penyediaan makanan. Pemantauan juga perlu ditambahbaik atau diperkemaskan. Penggunaan polsiterin adalah sama sekali perlu dijauhkan kerana bahaya polisterin telah lama dibincangkan.

Buah-buahan, air buah-bahan segar tanpa gula, cereal/bijiran sarapan pagi yang tidak bergula tinggi dan seumpamanya, perlu ada di kantin atau kafe.

Lihat laporan berita ini. Obesiti yang makin merisaukan di Malaysia.




Tahukah anda bahawa 23.7 peratus daripada kanak-kanak Malaysia mengalami obesiti dan kegemukan?

Apa maknanya? Maknanya, dalam 100 orang kanak-kanak, hampir 28 orang daripadanya gemuk atau obes.




Satu rekod paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia. Kanak-kanak seawal umur 7 tahun pun dah ada kena diabetis.

Mana tidaknya, air coke tu macam air masak je mak bapak bagi kat anak-anak.

Dalam keadaan yang lain, statistik juga menunjukkan ramai kanak-kanak Malaysia yang terbantut tumbesarannya.



Ini baharu soal nutrisi pemakanan, bukan lagi soal kebersihan makanan yang dihidang.

Mungkin, implikasi mengabaikan soal nutrisi dan kebersihan ini dipandang remeh oleh sesetengah pihak, kerana soal mendapat A itu lebih mendominasi kerangka minda pihak yang bertanggungjawab. Walhal, bilangan A atau akademik dan sahsiah itu, tergantung kepada darah daging yang membentuk sel-sel tubuh termasuk otak.

Syukur aspek halalan toyyiban semakin dipandang namun ia berlaku di peringkat makro dan global. Agak ironi, di peringkat mikro seperti di sekolah, halalan toyyiban pada hemat saya belum dihayati sepenuhnya. Bagaimana pandangan anda?

Juga pernah saya terbaca tentang artikel penyelidikan bagaimana kesan gula ke atas kecacatan otak yang akhirnya membentuk tabiat dan kelakuan manusi—garang, beremosi, perengus, kasar, baran- ada kaitan dengan pemakanan bergula dan kecacatan sel-sel otak (rujuk https://ococ.my/ Dr Rizal Abu Bakar – Pakar Otak, bangga saya ada anak Melayu pakar otak)

“Jika kita mahu lihat bagaimana nasib sesebuah Negara itu di masa akan datang, lihatlah generasi mudanya pada hari ini”.

Syekh Mustofa al-Ghalayaini seorang pujangga Mesir berkata :

أن فى يد الشبان أمر الأمة وفى أقدامها حيتها

“Sesungguhnya pada tangan-tangan pemudalah urusan umat dan pada kaki-kaki merekalah terdapat kehidupan umat”

Mengingat betapa pentingnya remaja dan pemuda sebagai generasi penerus bangsa, maka kanak-kanak di bangku sekolah perlulah diberi perhatian yang serius.

al-Qur’an surat an-Nisa ayat : 9

Artinya: “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar”.

Andai mau otak sihat, hindari gizi yang merencat,

Andai mau ummah bijak, beri otak makanan tepat,

Bila ummah otaknya sihat, cantik sikap cantiklah tabiat.

Humble lines: DrNK
--> -->

No comments:

Post a Comment