My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Sunday, 5 May 2019

Dilema pelajar: Ghairah persembah data sama berulang-ulang

Kawan/kawan, mohon laluan untuk berkongsi. Jika penulisan ini bermanfaat, mohon share dgn pelajar-pelajar kita:

*************
Mungkin rakan2 penyelia pernah alami keadaan seperti di bawah:

Kerap kali terjumpa kes pelajar terlalu ghairah present data mereka dalam laporan.

Apa maksudnya?

Data yg sama, diulang-ulang dalam persembahan yg berbeza.

Contoh: Norliza (bukan nama sebenar) ada data taburan jantina. Dalam laporan, Norliza present dalam tiga bentuk persembahan; jadual taburan Norliza beri, histogram Norliza beri dan carta pai juga Norliza paparkan: semua cerita sama - taburan jantina lelaki dan perempuan dalam sampel Norliza (lihat rajah).



Mungkin pelajar tersebut seronok dapat  gambarkan taburan jantina sampel  dalam bentuk jadual. Beliau juga seronok dapat tunjukkan taburan jantina melalui histogram. Dan beliau juga ghairah nak guna carta pai untuk tunjukkan taburan jantina responden beliau.

Secara positif, bagus bila nampak pelajar passionate sebegitu- menggambarkan betapa ghairahnya mereka semasa kumpul dan analisis data. Bersungguh-sungguh mereka bila melaporkan data tersebut. Syabas!

Namun, perlu diberitahu kpd pelajar, sangat penting utk memilih *presentasi yg wajar* dengan data atau dapatan, yg ingin dikongsi dgn pembaca.

Sebagai penyelia, beritahulah pelajar:
Satu sudah memadai, kerana ia cerita yg sama.

Agak annoying bila memeriksa laporan yg persembahan datanya berulang-ulang, bukan? Tambahan pula jika ia tidak menyumbang kpd dapatan kajian secara signifikan. Ia cuma, mungkin, ‘mencantikkan rupa’ laporan (kerana mungkin carta pai yg berwarna warni) dan menebalkan laporan pelajar.

Jika anda seorang penyelia yg ‘enjoy’ atau ‘tidak rasa apa-apa’ dengan pelbagai bentuk persembahan berbeza utk data yg sama, perlu berhati-hati kerana dibimbangi, ia menggambarkan penyelia/ pemeriksa pun *tidak faham* persembahan data yg sesuai dgn data yg ada...

Jadi, semasa memeriksa laporan/tesis, dan terjumpa kes di atas, tanya diri dengan kritikal:

*Perlukah ulangan sebegitu?*
*Apakah presentasi yang paling sesuai utk data tersebut?*

Utk pelajar pula, sblm buat persembahan data, minta mereka fikir dan tanya diri:
*Yang mana satu lebih substantif?*

Pesan pd pelajar, tujuan kita laporkan kajian ialah utk berkomunikasi data dan dapatan dgn pembaca. Mereka (pembaca) tidak berada di lapangan sebagaimana anda yg mengkaji dan melaporkannya.

Membuat dan melaporkan kajian melibatkan proses membuat keputusan  yang strategik:   *Just be precise and concise! *


Analoginya:

Jalan cerita yg sama,
heroin yg sama,
cuma tukar baju dan make- up,
tidak akan mengubah plot cerita yg anda  garap.

*KISS: Keep It Significant and Substantive! *

Betulkan jika saya silap... mari kita kongsi dan belajar bersama-sama.

*Lautan biru,*
*Putih pantainya*
Wallahua’lam...DrNK

No comments:

Post a Comment