My Teaching and Learning Philosophy

My photo
Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.

Thursday, 27 August 2015

Monolog: Menulis dan bercinta (Motivasi buat Mujahid Ilmu)

Monolog: Menulis dan bercinta (Motivasi buat Mujahid Ilmu): Bercinta? Hari- hari nak jumpa, luah perasaan. Lama tak bersua, rindu-rinduan. Selalu sangat jumpa, bosan. Lalu berlaku episod gaduh-gad...

Ummah berilmu?

Ayuh bangunkan ummah berilmu,
kerana maruah agama diamnya di situ,
Tidak akan sewenangnya ia dipalu,
Dek musuh yg kerjanya membambu,
Asal sahaja peluang bertamu.

Bukan salah musuh membambu,
Peluang dicipta dek kelekaan dirimu,
Jangan hingga nangismu tidak berlagu,
Melutut merayu tidak lagi laku.

DrNK

Menulis dan bercinta (Motivasi buat Mujahid Ilmu)

Bercinta?
Hari- hari nak jumpa, luah perasaan.
Lama tak bersua, rindu-rinduan.
Selalu sangat jumpa, bosan.
Lalu berlaku episod gaduh-gaduh sayang-Missed calls, mesej tiada balasan,
Merajuk konon, jadi pendaam
Bila bertemu kembali, macam2 nak dibualkan...


Menulis?
Hari- hari mesti nak menulis walau satu perkataan.
Selalu-selalu sangat menulis, dia mai rasa bosan.
Time rindu nak menulis, idea pulak tak datang.
Time banyak idea, mood nulis pulak hilang.

Tapi satu perkara yg perasan...
Komputer hari-hari nak kena pasang,
Menulisnya yang belum tentu kesampaian...

Jadi bercinta dalam menulis satu kemestian.
rasa cinta itu perlu dicipta, diwujudkan.
Merajuk lama-lama tidak bawa pulangan.

Mujahid ilmu, ayuh selesaikan perjuangan!

DrNK

Hadis: Ilmu bukan untuk meremehkan

Hadis menuntut ilmu

Hayati hadis ini dan ikhlaskan diri kita dalam menuntut ilmu.

 عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ لِيُبَاهِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيَصْرِفَ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ فَهُوَ فِي النَّار. رواه ابن ماجه.

Dari Ibnu Umar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa menuntut ilmu untuk meremehkan orang-orang bodoh, atau untuk mendebat para ulama, atau untuk menarik perhatian manusia, maka ia akan masuk ke dalam neraka." HR Ibn Majah (249)

NViVO, Doraemon dan Mesin Ajaib

Santapan minda buat mujahid ilmu (terutama diriku yang msih terkial-kial berkelana mencari ilmu)

Baru-baru ni saya terdengar perbualan di antara dua orang pelajar PhD di dalam sebuah perpustakaan. Mereka sedang berkira-kira untuk membeli perisian NViVo dengan penuh semangat. Dalam perbualan mereka, saya dapat mengesan salah faham tentang fungsi perisian NViVO - masukkan sahaja data temu bual dalam NViVo dan tema-tema akan dijana secara otomatik.

Ini satu fahaman konsep yg membimbangkan dalam kalangan pelajar lepasan ijazah. Tambah membimbangkan jika fahaman ini dipegang oleh pelajar ijazah lanjutan peringkat PhD.

Jika boleh saya analogikan, fahaman tersebut ibarat begini: kita masukkan kad ATM ke dalam mesin dan taraaa! Duit pun keluar (itupun jika akaun berduit).

Atau begini: kita adalah Doraemon yang sedang memegang mesin ajaib dan sambil berkata 'Keluarkan Temaaa!' maka membuak-buak tema yang keluar sebagai dapatan kajian kita.

Lalu dengan rasa kasihan dan niat ingin membantu, saya beranikan diri menanyakan

beberapa soalan kepada mereka, yang boleh saya ringkaskan begini:

1. Berapa kali telah dengar rakaman temu bual tersebut?


2.Sudahkah ditranskrip temubual tersebut?

Jawab mereka: Oh belum lagi...nanti kami masukkan semua tu dlm NViVo lah... Nanti dia analisislah.

Nah, ini kesilapan besar. Tanpa mendengarnya sendiri berulangkali, sebelum melakukan transkripsi, kita tak mungkin dapat memulakan analisis kerana proses mendengar data berulangkali adalah sebenarnya permulaan analisis (pra-analisis).

Kenapa?

Proses mendengar temubual perlu dilakukan berulang kali kerana ia merupakan peluang untuk kita mula mengesan kod-kod dan corak-corak awal data tersebut. Sambil mendengar kita boleh membuat beberapa catatan atau 'memo'.

Bila kita mentranskripsikan temu bual, sekali lagi kita mendengarnya dan pada waktu ini kita sepatutnya telah dapat menangkap kod-kod yang berpotensi untuk dikumpulkan.

Setelah itu, baharulah kita memasukkan transkripsi ke dalam mesin NviVo.

Proses pra-analisis di atas dilakukan secara manual.

Akhir sekali saya tanya, sambil mata saya melilau ke serata meja mencari sebarang buku rujukan yg mereka gunakan 'Sudahkah dirujuk, dibaca dan difahami buku-buku berkaitan prosedur analisis data kualitatif?'

Belum.

Nah. Anda pembaca dapat kesan silapnya?

Kelihatannya, mereka tidak faham 'requirement' atau 'prerequisite' sebelum gunakan NViVo atau sebarang perisian menganalisis.

NViVo bukan mesin Doraemon di mana kita boleh membuat hajat meminta segala dapatan keluar. Kitalah (penyelidik) yang akan menentukan bagaimana tema itu keluar. Kitalah yang perlu menetapkan kod-kod yang timbul dari data.

Kesimpulannya, dalam pendekatan kualitatif, kitalah (penyelidik) instrumen sebenar dalam penyelidikan. Kitalah yg menentukan kod, kategori dan akhirnya tema dari data itu. NViVo atau apa sahaja cuma mengikut arahan seperti mana mana yg kita arahkan.

Jadi, belajarlah menganalisis secara MANUAL dahulu. Kemudian, baharulah kita boleh menjadi Doraemon yang berhajat kepada mesin ajaib NViVO untuk menguruskan data kita.

DrNK 27 Ogos 2015

Sunday, 24 May 2015

Umur (warkah buat soulmate di hari lahirmu)


Umur,
Hanya angkamu meningkat
Sedang hakikatnya,
Hayatmu menyingkat
Lalu tempohmu…
Makin terhad

Umur,
Mungkin tatkala keinsafan melonjak
bertamu rasa ingin beribadat
menjelma rasa ingin bermunajat
di waktu sunyi malam gelap pekat
Mungkin saat itu, tubuh sudahpun bertongkat
Uzurnya kudrat.

Umur,
Tiada lagi waktu lain yang lebih tepat
Hakikatnya inilah sebenarnya saat
Tubuh ini perlu mengumpul kudrat
Di saat masih sempat,
Mengabdi penuh taat
Membalas segala ni’mat,
Kurniaan Pencipta yang hebat.

Umur,
Semoga tidak terlewat,
Mendapat sinaran hidayat,
Menjadikan engkau berkat
Limpahan kasih rahmat
Dari Pencipta penuh maghrifat.

~sementaradidunia~

24 Mei 2015
ulangtahuntemanjiwaku

Monday, 13 April 2015

Takut 'mengkritik' menjadikan penulisan ilmiah lesu.

Saya kerap diminta menjadi penilai atau pewasit artikel-artikel untuk dimuatkan di dalam jurnal baik di dalam atau di luar negara. Ada juga saya diminta menilai penulisan kertas kerja untuk pembentangan seminar dan seumpamanya.

Dari pengalaman itu, saya boleh buat satu pandangan peribadi yang agak umum iaitu:


Ramai orang menulis tetapi tidak berfikir.

Kenapa? Kerana kebanyakannya hanya menyalin dan menampal semula (copy paste?).
Menggabung-gabung beberapa penulisan orang lain dalam satu perenggan tanpa menganalisis dan mengkriitik idea penulis tersebut.


Ini bukan  penulisan. Ini hanya penyalinan.  Atau dalam istilah yang lebih keras-plagiarism.

Mengapa ini berlaku? 

Mungkin, kita bimbang atau takut-takut untuk mengkiritik idea orang lain kerana istilah 'mengkritik' tersebut, dalam konteks adat budaya kita, bunyinya negatif.

Kita takut untuk mengkiritik idea para sarjana yang tersohor kerana mereka memang sudah dinobatkan pakar dalam bidang tersebut.

JIka inilah pemikiran dan kepercayaan kita, maka pengembangan imu akan menjadi lesu.

Sebenarnya, di dalam penulisan akademik, mengkritik adalah satu kemahiran  asas yang sangat penitng.

Di Barat, budaya 'mengkritik' idea-idea penulis lain atau sarjana lain adalah satu aktiviti sihat di dalam bidang akademik. Sejak kecil, murid-murid telah diminta berfikir tentang pandangan yang diutarakan oleh orang lain, dan memberikan pandangan sendiri apabila memberi respon kepada idea orang lain.

Aktiviti sebegini menjadi satu latihan mental yang sangat baik. Aktiviti mengasah domain kognitif agar sentiasa mendengar dengan tajam, kritikal dan analitikal kerana diujungnya, kita perlu memberikan makumbalas atau pandangan sendiri. Dan pandangan yang kita berikan haruslah ada rasional dan justifikasinya.

Inilah yang kita perlu lakukan. 

Guru-guru, perlulah memulakan latihan ini dari dalam kelas. Inilah KBAT yang ditekankan dalam kurikulum kita sekarang.

Ibu bapa, bersoaljawablah dengan anak-anak kita. 

Misalnya: Apa adik buat hari ini? Mengapa adik buat begitu? Mengapa adik tidak buat begini? Mengapa adik rasa pandangan adik betul? Mengapa adik tidak setuju dengan  pandangan abang?


Mungkin, aktiviti seharian ini akan jadi suatu latihan mental yang rutin dan ia akan terbawa-bawa ke sekolah. Apabila guru-guur juga menggunakannya di sekolah, anak-anak kita mendapat pengukuhan. 

Pengukuhan yang berlaku berterusan. Rumah - sekolah - rumah. Dalam satu kitaran yang dinamik.

Jadi, mulakan dengan melatih pemikiran untuk mengkritik secara sihat. Lambat laun, pemikiran ini yang akan membentuk penulisan anak-anak kita, juga diri kita sendiri.

Jika setiap individu melihat proses 'mengkritik' sesuatu yang tidak musykil, penulisan ilmiah yang segar bukan sesuatu yang mustahil.