My Teaching and Learning Philosophy

- Dr Norliza Kushairi
- Teaching means learning. When we teach, we are questing for knowledge. Hence, learning. Thus, teaching is a manifestation of lifelong learning. Being a teacher, is a lifelong learner, a learning designer. All this is due to my philosophy of "Life is a redox"; when one gives, another has to take, otherwise, life won't exist. Teaching is a devotion, not just a profession.
Sunday, 12 May 2019
Life Is a Redox - A monologue: Memetik Sumber Kedua: Kesilapan yang sering diabai...
Life Is a Redox - A monologue: Memetik Sumber Kedua: Kesilapan yang sering diabai...: Siri Penulisan: "Road to Scholarly Teachers" Kawan-kawan, jika penulisan ini bermanfaat, mohon kongsikan dengan para pelajar aga...
Memetik Sumber Kedua: Kesilapan yang sering diabaikan
Siri Penulisan: "Road to Scholarly Teachers"
Kawan-kawan, jika penulisan ini bermanfaat, mohon kongsikan dengan para pelajar agar menjadi jariah kepada penulisnya.
******************************************************
Sering kali kita terjumpa penulisan pelajar yang memetik sumber sekunder di dalam teks mereka.
Apakah yang dimaksudkan dengan sumber sekunder?
Satu petikan dari penulis yang dimasukkan ke dalam penulisan kita tetapi ia diperolehi melalui sumber lain, bukan dari penulis asal. Bermaksud kita sebagai penulis, TIDAK membaca sumber asal, cuma membacanya dari sumber kedua.
Terdapat syarat atau keadaan-keadaan tertentu yang membolehkan kita memetik sumber sekunder. Antaranya ialah seperti berikut:
1. Sumber asal adalah terlalu klasik (atau antik???) ditulis oleh sarjana dahulu kala namun masih dirujuk oleh kerana teori yang dipeloporinya masih relevan hingga kini. Contoh Einstein, Dewey, Bruner, Piager, Dave, Imam Bukhari, Imam Muslim dan ramai lagi
2. Buku atau sumber asal disahkan tiada dalam simpanan perpustakaan seantero dunia
3. Buku atau sumber asal berada dalam arkib dan sukar untuk diakses walaupun telah menggunakan pelbagai cara
4. dan mana-mana keadaan yang logik yang membenarkan petikan sumber sekunder dilakukan oleh penulis
Jadi apabila berlaku keadaan demikian, penulis boleh memetik sumber tersebut secara sumber sekunder tapi mestilah dengan cara yang beretika.
Lihat contoh di bawah, adakah ia tatacara yang betul dalam memetik sumber kedua?
1. Menurut Piaget (2017, dipetik dalam Plato, 2010), pendidikan merupakan satu proses yang berterusan di mana kehidupan itu sendiri ialah pendidikan....
-Anda (sebagai penulis) ingin memetik Piaget (2017) yang dijumpai dalam penulisan Plato (2010).
2. Kajian oleh Mohammad (2016) menunjukkan bahawa 90% pelajar pasacasiswah menghadapi masalah dalam penulisan akademik di mana sering ditemui mereka menulis dalam gaya 'salin dan tampal' di dalam pelaporan kursus akademik mereka; suatu keadaan yang menggambarkan tahap kemahiran pemikiran dan penulisan kritikal yang membimbangkan. Hal ini menimbulkan tanda tanya berkaitan latihan dan mutu penyeliaan yang diterima oleh pelajar terbabit sewaktu di insititusi pendidikan yang menganugerahkan ijazah pertama mereka. Dapatan ini disokong oleh Piaget (1967) yang mengatakan bahawa.....
-Anda sebagai penulis berhujah tentang kajian Muhammad. Anda ingin menyatakan bahawa kajian Muhammad menyokong teori Piaget.
**************************
Dalam kedua-dua contoh di atas, dapatkan anda melihat kesilapannya?
Jika anda dapat mengesan kesilapannya, maka anda merupakan penyelia atau pembaca yang tajam pengamatan dan kritikal pemikirannya semasa membaca/memeriksa kerja pelajar anda.
Jika tidak, andalah salah seorang penyelia/tenaga pengajar yang dimaksudkan dalam kajian Mohammad (2016) tadi; iaitu tidak berfikiran kritikal semasa menyemak kerja pelajar dan tidak sedar pun apakah sebenarnya tatacara beretika dalam memetik sumber sekunder (jangen mare errr).
Dalam hal ini, sebagai pembaca, penilai mahu pun penyelia, pemikiran kritikal dan pembacaan analitikal dalam mengesan dan mengamati penulisan yang beretika adalah merupakan kriteria penting dalam menentukan mutu sarjana yang kita akan lahirkan nanti (sebenarnya bab pemikiran dan penulisan kritikal ni satu bab yang lain, insyaAllah kita akan bercakap mengenai penulisan kritikal dalam kesempatan yang lain).
Untuk post hari ini, mari kita fokus kepada teknik memetik sumber sekunder dahulu.
1. Dalam no 1 di atas, Plato menulis artikel dalam tahun 2010, manakala Piaget menulis artikelnya dalam tahun 2017. Dari segi kronologi, logikkah, si Plato dalam tahun 2010 memetik Piaget yg belum pun lagi menulis artikelnya pada waktu itu? Maka ini kesilapan yang besar.
Saya sering berjumpa pelajar yang menulis sebegini.
2. Sementara dalam contoh no. 2 pula:
a) Masakan dapatan Mohammad yang ditulis pada tahun 2016, disokong oleh Piaget pada tahun 1967. Jadi ia kesilapan teknikal dari segi ayat. Namun, konotasi di sini ialah ia membayangkan penulis tidak faham teknik penulisan akademik. Penulisan ini perlu diolah semula.
Mungkin apa yang ingin dikatakan oleh anda sebagai penulis dalam contoh 2 ialah begini:
b) Kajian oleh Mohammad (2016) menunjukkan bahawa 90% pelajar pasacasiswah menghadapi masalah dalam penulisan akademik di mana sering ditemui mereka menulis dalam gaya 'salin dan tampal' di dalam pelaporan kursus akademik mereka; suatu keadaan yang menggambarkan tahap kemahiran pemikiran dan penulisan kritikal yang membimbangkan. Hal ini menimbulkan tanda tanya berkaitan latihan dan mutu penyeliaan yang diterima oleh pelajar terbabit sewaktu di insititusi pendidikan yang menganugerahkan ijazah pertama mereka. Dapatan ini menyokong teori yang dikemukakan oleh Piaget (1967) dan Bruner (1983) bahawa pemikiran kritikal merupakan ciri-ciri yang wajib ada pada seorang pelajar yang sedang dibentuk menjadi seorang sarjana atau graduan tersedia masa depan.....
Itu adalah contoh berhujah secara akademik (contoh sahaja....belum cukup kritikal dan analitikal lagi tu, kita akan bercakap mengenai hal ini di waktu lain). Tapi maksud ayat dalam 2(b) sudah berbeza dr 2(a) tadi. Kenapa? kerana 'dapatan ini menyokong' adalah tidak sama dengan 'dapatan ini disokong'
Sebenarnya, apabila kita menjumpai literatur atau penulisan yang banyak in-text citations dan rujukan, itu bermakna sumber itu boleh dipercayai (reliable). Dalam erti kata lain, apabila kita menjumpai banyak petikan dan maklumat berguna dalam sumber tersebut yang merujuk atau berasal dari sumber yang lain, maka literatur tersebut tinggi kebolehpercayaannya.
Walau bagaimanapun, ada kaedahnya untuk memetik sumber sekunder. Mengikut stail APA:
1. Kita perlulah memberi kredit kepada kedua-dua sumber asal dan sumber kedua yang bermaksud kita perlu memberitahu pembaca sumber asal bahan tersebut dan sumber sekunder (iaitu dari mana kita perolehi sumber asal tadi).
Jadi:
Keadaan 1:
Menurut Piaget (1967, dipetik dalam Norliza, 2010), pendidikan merupakan satu proses yang berterusan di mana kehidupan itu sendiri ialah pendidikan....
Perhatikan:
a) Logik kronologi iaitu susunan tahun.
b) Dalam senarai rujukan di hujung artikel anda, hanya senaraikan Norliza (2010) sahaja. Piaget tidak perlu kerana literatur asal ini sudah tidak boleh diperolehi dari mana-mana sumber melainkan dalam penulisan sarjana terkemudian sahaja. Anda hanya membaca pandangan Piaget melalui tulisan Norliza sahaja.
Keadaan 2:
Anda ingin memetik satu kajian oleh Norliza et al. (2016) yang mana di dalamnya terdapat pelbagai kajian orang lain pula iaitu Omar dan Aminah (2011), dan Ikram dan Kamsiah (2012) (kesemua ini adalah sumber asal).
Contoh penulisan yang betul:
Terdapat peningkatan nilai dalam pandangan masyarakat terhadap tugas seorang guru yang melihat guru sebagai "pembelajar sepanjang hayat yang sebenar kerana manifestasi pembelajaran secara berterusan sepanjang karier seorang guru rentetan perubahan yang drastik dan dinamik yang didepani mereka" (Omar dan Aminah, 2011; dan Ikram dan Kamsiah, 2012)" (Norliza et al., 2016, p 18).
Perhatikan:
a) Cara membuat petikan di atas.
b) PENTING: di dalam senarai Rujukan (pada hujung artikel anda, HANYA petik sumber Norliza sahaja. Omar dan Aminah (2011), dan Ikram dan Kamsiah (2012) TIDAK PERLU kerana ia sumber kedua yang anda tidak dapat akses.
Cuma, perlulah diingat, jika sumber asal adalah agak baharu, dalam lingkungan 10 tahun begitu, anda DISARANKAN untuk mendapatkan sumber asal secara bersungguh-sunnguh dahulu. Jika segala ikhtiar tidak membuahkan hasil, baharulah kaedah sumber kedua dibenarkan.
Di sini, etika penyelidik haruslah anda praktikkan setiap masa!
Sekian, untuk post kali ini. InsyaAllah jumpa lagi di lain kesempatan.
Jika bermanfaat, mohon kongsikan.
Mohon betulkan jika saya salah...jom kita belajar bersama-sama...
Road to scholarly teachers!
Wallahua'lam-DrNK

Sunday, 5 May 2019
"According to": guna jangan sembarangan
Kawan2 yg sdg semak pelaporan pelajar, jika boleh, pesan pd pelajar spt mana di bawah ini:
‘According to’ (Menurut) x boleh simply use especially dlm tesis/ academic paper. ‘According to’ must be followed by scholar(s), meaning, the writer must cite scholar yg ada h-index and memang pakar dlm bidang tu.
...Cth yg salah: ‘according to Norliza (2016), problem-based learning ....
Who is norliza, is she guru/sifu/scholar in PBL? How many papers have she published (and being cited) in this area? (Tgk dlm google scholar/ SJR or the like utk tgk h-index).
Kalau nak refer jugak kpd Norliza yg bukan sifu PBL tp findings dr paper dia tu menarik sesangat ttg PBL, jadi kita katalah,
‘based on a study by norliza (2016) who worked on a theory developed by bla bla bla, she found that teachers who exercised PBL approach in their teaching process ... this finding suggest a contradicting impact on students in contrast to the findings suggested by xxx (researcher or study lain plk).
According to Piaget (2010), PBL approach used by a teacher could be the promoting factor towards bla bla bla however in some circumstances ... bla bla bla...
The scenario has fuelled debate in...’
*In a nutshell, “According to’ must be used sparingly, and must refer to ‘real scholar’ .*
Maksud Scholar tu students kena faham betul2.
Ini hasil workshop academic writing yg saya sering ikut. Ramai students x faham ni. Tugas kita betulkannya.
Dilema pelajar: Ghairah persembah data sama berulang-ulang
Kawan/kawan, mohon laluan untuk berkongsi. Jika penulisan ini bermanfaat, mohon share dgn pelajar-pelajar kita:
*************
Mungkin rakan2 penyelia pernah alami keadaan seperti di bawah:
Kerap kali terjumpa kes pelajar terlalu ghairah present data mereka dalam laporan.
Apa maksudnya?
Data yg sama, diulang-ulang dalam persembahan yg berbeza.
Contoh: Norliza (bukan nama sebenar) ada data taburan jantina. Dalam laporan, Norliza present dalam tiga bentuk persembahan; jadual taburan Norliza beri, histogram Norliza beri dan carta pai juga Norliza paparkan: semua cerita sama - taburan jantina lelaki dan perempuan dalam sampel Norliza (lihat rajah).
Mungkin pelajar tersebut seronok dapat gambarkan taburan jantina sampel dalam bentuk jadual. Beliau juga seronok dapat tunjukkan taburan jantina melalui histogram. Dan beliau juga ghairah nak guna carta pai untuk tunjukkan taburan jantina responden beliau.
Secara positif, bagus bila nampak pelajar passionate sebegitu- menggambarkan betapa ghairahnya mereka semasa kumpul dan analisis data. Bersungguh-sungguh mereka bila melaporkan data tersebut. Syabas!
Namun, perlu diberitahu kpd pelajar, sangat penting utk memilih *presentasi yg wajar* dengan data atau dapatan, yg ingin dikongsi dgn pembaca.
Sebagai penyelia, beritahulah pelajar:
Satu sudah memadai, kerana ia cerita yg sama.
Agak annoying bila memeriksa laporan yg persembahan datanya berulang-ulang, bukan? Tambahan pula jika ia tidak menyumbang kpd dapatan kajian secara signifikan. Ia cuma, mungkin, ‘mencantikkan rupa’ laporan (kerana mungkin carta pai yg berwarna warni) dan menebalkan laporan pelajar.
Jika anda seorang penyelia yg ‘enjoy’ atau ‘tidak rasa apa-apa’ dengan pelbagai bentuk persembahan berbeza utk data yg sama, perlu berhati-hati kerana dibimbangi, ia menggambarkan penyelia/ pemeriksa pun *tidak faham* persembahan data yg sesuai dgn data yg ada...
Jadi, semasa memeriksa laporan/tesis, dan terjumpa kes di atas, tanya diri dengan kritikal:
*Perlukah ulangan sebegitu?*
*Apakah presentasi yang paling sesuai utk data tersebut?*
Utk pelajar pula, sblm buat persembahan data, minta mereka fikir dan tanya diri:
*Yang mana satu lebih substantif?*
Pesan pd pelajar, tujuan kita laporkan kajian ialah utk berkomunikasi data dan dapatan dgn pembaca. Mereka (pembaca) tidak berada di lapangan sebagaimana anda yg mengkaji dan melaporkannya.
Membuat dan melaporkan kajian melibatkan proses membuat keputusan yang strategik: *Just be precise and concise! *
Analoginya:
Jalan cerita yg sama,
heroin yg sama,
cuma tukar baju dan make- up,
tidak akan mengubah plot cerita yg anda garap.
*KISS: Keep It Significant and Substantive! *
Betulkan jika saya silap... mari kita kongsi dan belajar bersama-sama.
*Lautan biru,*
*Putih pantainya*
Wallahua’lam...DrNK

Monday, 17 December 2018
Pt 08: 14 obsolete things in 21st century school (tulisan asal Ingvi Hrannar Ómarsson) Diolah semula: DrNK
Siri Guru Belajar bersama DrNK: Sehari selembar info
Pt 08: 14 obsolete things in 21st century school (tulisan asal Ingvi Hrannar Ómarsson)
Diolah semula: DrNK
*************
8. Unhealthy cafeteria food
School cafeterias that look and operate almost like fast food restaurants where staff and students get a cheap, fast and unhealthy meals are obsolete.
A few schools in Iceland and Sweden have turned almost completely to organic foods and given thought into the long term benefit of healthy food rather than the short term savings of the unhealthy.
For example at Stora Hammar school in Sweden 90% of the food served is organic.
Children should put the food on their own plate, clean up after themselves and even do the dishes.
Not because it saves the school money on workforce but because it is a part of growing up and learning about responsibility. What 21st century schools should be doing as well is growing their own fruits and vegetables where students water them and learn about nature.
Setting up a farm to feed students would be optimal, but if that is not an option (for example in big city schools) then they can at last set up a window-farm in some of the school windows.

The goal with providing students a healthy meal is not only to give them enough nutrition to last the school day but to make healthy food a normal part of their daily life and get them to think about nutrition which is something that will benefit them for the rest of their lives.
********************
DrNK writes:
Ha! Camna pula kantin sekolah di Malaysia? Meriah dengan makanan yang berminyak, berlemak? Sumber bahan mentahnya pula? Jauh sekali dari organik, agaknya. Agak-agak berapa buah sekolah atau cafe di IPT yang mengamalkan makanan sihat dan bersih? Satu pemandangan atau suasana lazim atau terpencil, di Malaysia?
Saya teringat semasa di England, menghantar anak-anak ke sekolah di sana, kantin sediakan rancangan pemakanan, seperti di sini juga. Walaupun anak-anak saya bawa bekal ke sekolah, tapi kami ibubapa muslim ni sempat aje jengah ke kantin sambil duduk sembang-sembang dengan ibubapa lain.
Rancangan bantuan makanan mereka dipenuhi buah-buahan dan salad—karot, bayam, lettuce, tersusun atas kaunter kantin. Dan ada sandwich, telor rebus, sosej yang direbus (jarang-jarang).
Tiada nasi lemak bagai. Maksud saya, tidak kelihatan makanan yang berkanji tinggi, berkabohidrat tinggi dan ‘berat’ tersusun di kaunter. Sumber karbohidrat hanya dari buah-buahan dan sayur –sayuran sahaja.
Dan anak-anak makan makanan sebegini sebagai sarapan mereka setiap hari. Inilah rancangan bantuan makanan mereka. Benar-benar ‘membantu’ dalam erti kata sebenarnya; membantu pertumbuhan anak-anak yang sihat.
Tidak kurang juga anak-anak yang bawa bekal macam kami. Jelingan saya ke dalam ‘meal-box’ rakan anak-anak saya menampakkan buah-buahan-epal, oren, salad, karot yang dimakan mentah-mentah seperti buah-buahan lain.
Saya pula hanya bekalkan anak-anak saya dengan roti putih dan telur serta beberapa helai salad sebagai inti. Roti putih yang saya bekalkan tu pun bukannya elok sangat. Tapi masa tu, ‘agak jahil’ ilmu tentang keburukan ‘tepung putih’ ini. Mujur ada kesedaran tentang ‘bahaya makanan terlalu berkarbo tinggi’ waktu tu.
Saya rasa telah ada usaha untuk memberi pendidikan kepada pihak penyedia makanan di kantin sekolah. Makanan yang terlalu berkarbohidrat tinggi, sumber bahan mentah yang tinggi kandungan racunnya, adalah antara aspek yang perlu dikaji semula. Teringat saya kes keracunan di Baling akibat makan laksa di sebuah warung menyebabkan kematian dan beberapa orang sakit.
Saya juga yakin telah ada sistem pemantauan dalam hal ini. Jadi, jika sistem pemakanan yang tidak sihat masih berleluasa, mesti ada kesilapan di mana-mana.
Sudah sampai masanya pihak kantin sekolah diberi pendidikan yang benar-benar intensif tentang penyediaan makanan. Pemantauan juga perlu ditambahbaik atau diperkemaskan. Penggunaan polsiterin adalah sama sekali perlu dijauhkan kerana bahaya polisterin telah lama dibincangkan.
Buah-buahan, air buah-bahan segar tanpa gula, cereal/bijiran sarapan pagi yang tidak bergula tinggi dan seumpamanya, perlu ada di kantin atau kafe.
Lihat laporan berita ini. Obesiti yang makin merisaukan di Malaysia.

Tahukah anda bahawa 23.7 peratus daripada kanak-kanak Malaysia mengalami obesiti dan kegemukan?
Apa maknanya? Maknanya, dalam 100 orang kanak-kanak, hampir 28 orang daripadanya gemuk atau obes.

Satu rekod paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia. Kanak-kanak seawal umur 7 tahun pun dah ada kena diabetis.
Mana tidaknya, air coke tu macam air masak je mak bapak bagi kat anak-anak.
Dalam keadaan yang lain, statistik juga menunjukkan ramai kanak-kanak Malaysia yang terbantut tumbesarannya.

Ini baharu soal nutrisi pemakanan, bukan lagi soal kebersihan makanan yang dihidang.
Mungkin, implikasi mengabaikan soal nutrisi dan kebersihan ini dipandang remeh oleh sesetengah pihak, kerana soal mendapat A itu lebih mendominasi kerangka minda pihak yang bertanggungjawab. Walhal, bilangan A atau akademik dan sahsiah itu, tergantung kepada darah daging yang membentuk sel-sel tubuh termasuk otak.
Syukur aspek halalan toyyiban semakin dipandang namun ia berlaku di peringkat makro dan global. Agak ironi, di peringkat mikro seperti di sekolah, halalan toyyiban pada hemat saya belum dihayati sepenuhnya. Bagaimana pandangan anda?
Juga pernah saya terbaca tentang artikel penyelidikan bagaimana kesan gula ke atas kecacatan otak yang akhirnya membentuk tabiat dan kelakuan manusi—garang, beremosi, perengus, kasar, baran- ada kaitan dengan pemakanan bergula dan kecacatan sel-sel otak (rujuk https://ococ.my/ Dr Rizal Abu Bakar – Pakar Otak, bangga saya ada anak Melayu pakar otak)
“Jika kita mahu lihat bagaimana nasib sesebuah Negara itu di masa akan datang, lihatlah generasi mudanya pada hari ini”.
Syekh Mustofa al-Ghalayaini seorang pujangga Mesir berkata :
أن فى يد الشبان أمر الأمة وفى أقدامها حيتها
“Sesungguhnya pada tangan-tangan pemudalah urusan umat dan pada kaki-kaki merekalah terdapat kehidupan umat”
Mengingat betapa pentingnya remaja dan pemuda sebagai generasi penerus bangsa, maka kanak-kanak di bangku sekolah perlulah diberi perhatian yang serius.
al-Qur’an surat an-Nisa ayat : 9
Artinya: “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar”.
Andai mau otak sihat, hindari gizi yang merencat,
Andai mau ummah bijak, beri otak makanan tepat,
Bila ummah otaknya sihat, cantik sikap cantiklah tabiat.
Humble lines: DrNK
--> -->

Monday, 10 December 2018
Pt 07: 14 obsolete things in 21st century school (tulisan asal Ingvi Hrannar Ómarsson) Diolah semula: DrNK

Siri Guru Belajar bersama DrNK: Sehari selembar info
Pt 06: 14 obsolete things in 21st century school (tulisan asal Ingvi Hrannar Ómarsson)
Diolah semula: DrNK
******************
07. Schools that don’t have Facebook or Twitter
Schools that think putting a news article on the school website every other week and publish a monthly newsletter is enough to keep parents informed are obsolete.
The school should have a Facebook page, share news and information with parents, have a Twitter account and their own hashtag, run their own online TV channel where students film, edit and publish things about school events.
If you don’t tell your story, someone else will.

********************************
DrNK writes:
How does it go here, in our country? Well, even though Malaysians are listed as among the top users of social media apps--publicising and promoting their activities here and there, on insta, on FB, on Twitter, with accelerating number of netizens every single day--schools still are left behind in using social media to publicise their activities.
Ironically, loads of Malaysian online sellers, drop-shippers (i believe all of them), use social media platforms to promote their products. but why isn't every school create an FB page to sell (promote, publicise) their activities and success stories)?
Do we think educational activities-performed by our kids, volunteers, so on and so forth, are not fit for promotion or publicity?
Seronok kan kalau setiap institusi pendidikan di Malaysia-tadika, sekolah, JPN, PKG, kolej, universiti- ada laman sosial masing-masing.
Imagine what would happen? Pasti ibubapa boleh buat survey dan analisis sekolah/uni mana yang bagus sebelum buat keputusan utnuk hantar anak ke sana.
Humble line: DrNK

-->
Sunday, 2 December 2018
Pt 06: 14 obsolete things in 21st century school (tulisan asal Ingvi Hrannar Ómarsson, diolah semula: DrNK
Siri Guru Belajar bersama DrNK: Sehari selembar info
Pt 06: 14 obsolete things in 21st century school (tulisan asal Ingvi Hrannar Ómarsson)
Diolah semula: DrNK
****************************
6. Teachers that don’t share what they do

Teachers who work silently, don’t tweet, blog and discuss ideas with people around the world are obsolete. Teachers are no longer working locally but globally and it’s our job to share what we do and see what others are doing. If a teacher is no longer learning then he shouldn’t be teaching other people.
We should all be tweeting, blogging and sharing what works and doesn’t work, get and give advice to and from co-workers around the world. We should constantly be improving our craft because professional development isn’t a 3 hour workshop once a month but a lifelong process.
“We do not learn from experience…we learn from reflecting on experience.” -John Dewey
**********************************
DrNK writes:
“Cikgu tu kedekut” “ Dia tu kemut ilmu” sering kita dengar apabila menggambarkan orang yang tidak suka berkongsi ilmu.
Benar, berada di zaman yang penuh dengan tool/alatan bersosial ni menjadikan ilmu senang dipelajari, dikongsi dan disebarkan. Dalam istilah lebih akademik, berkolaborasi dalam hal ehwal keilmuan.
Guru suka sebut 4C- komunikasi kolaborasi…
Tapi tahukah makna kolaborasi tu?
Jika dalam satu panitia pun, masing-masing buat hal sendiri, “ABM aku, aku punya, ABM hang, hang punya”Awat jadi lagu tu? Tak boleh share, takut nanti hilang ilmu?
Jika guru sendiri kedekut berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sejawatan, apa makna kolaborasi pada dia agaknya? Sibuk minta murid kolaborasi bila buat aktiviti dalam kelas, tapi guru sendiri pun tidak amalkan kolaborasi dengan rakan-rakan satu sekolah, satu PPD, satu JPN, satu panitia, satu bidang.
Apatah lagi nak berkolaborasi dengan rakan-rakan di luar negara…tidaklah jawabnya.

Maksud hadis “Sebarkanlah ilmu walau satu ayat…” mencerminkan betapa Islam terbina atas dasar nasihat menasihati, berkongsi ilmu dan seumpamanya.
Di sini saya nak sarankan, berkaitan dengan Flipped Learning Approach ni, untuk menjadi Flippers, kawan-kawan kena tau apa yang omputih dah buat dalam hal ini. Jadi kena banyak baca, join keahlian mereka, dan berkongsi pandangan dengan mereka.
Saya join bengkel Flipped Learning Global Initiative oleh Bergmann kerana saya nak tahu apa yang mereka dah buat, dah sampai mana FCr/FL, betulkan apa yang saya buat selama ini, atau dah ketinggalan?
Sudah tentu ini memerlukan pelaburan: wang ringgit, masa, tenaga, idea.
Yang palingpenting, pelaburan sikap: SIKAP mesti berubah kepada positif
Tak de masa, tak de kena mengena, tak sesuai, tak larat, dah nak pencen dan pelbagai lagi,alasan-alasan itu sudah obsolete-lapuk!!!.
Jika kita benar-benar faham apa fungsi menjadi umat islam, kita mesti mahu jadi orang pertama yang berkongsi ilmu yang benar dengan orang lain.
Dan satu lagi, penyampai ilmu itu terlebih dahulu akan disoal di akhirat, oleh itu, seiring dengan menyampai, amalkanlah.
"Orang mukmin yang memudahkan urusan mukmin yang lain, Allah akan mudahkan urusannya di akhirat."
-->
Humble lines: DrNK
Subscribe to:
Posts (Atom)